Apa itu rotavirus? Ia adalah sejenis virus yang menjadi penyebab utama muntah dan cirit-birit teruk dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Jangkitan ini boleh menyebabkan dehidrasi yang serius, terutamanya jika tidak dirawat segera.
Apa itu rotavirus? Ia adalah sejenis virus yang menjadi penyebab utama muntah dan cirit-birit teruk dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Jangkitan ini boleh menyebabkan dehidrasi yang serius, terutamanya jika tidak dirawat segera.

Malangnya, ramai ibu bapa masih belum cukup maklum tentang bahaya rotavirus serta langkah pencegahannya.
Disebabkan itu, artikel ini akan menjelaskan lebih lanjut tentang cara penularannya, kaitannya dengan muntah dan cirit-birit, serta kepentingan vaksinasi sebagai perlindungan awal untuk si kecil.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Ya, rotavirus memang berjangkit dan boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan tangan, permukaan tercemar atau najis.
Cara utama penyebarannya ialah melalui laluan oral-fekal.
Contohnya, apabila seseorang menyentuh najis tercemar dan memasukkan tangan ke mulut tanpa mencuci dengan bersih.
Cara rotavirus boleh berjangkit:
Disebabkan sifatnya yang mudah berjangkit, rotavirus boleh menyebabkan wabak kecil, terutamanya di pusat penjagaan kanak-kanak.

Ramai ibu bapa tertanya-tanya, kenapa budak muntah dan cirit birit secara tiba-tiba, terutama jika anak mereka kelihatan sihat sebelum itu.
Antara punca paling lazim ialah jangkitan rotavirus yang menyerang sistem pencernaan.
Tanda-tanda utama jangkitan rotavirus termasuk:
Jangkitan ini biasanya berlaku secara mengejut dan boleh menyebabkan anak menjadi sangat lemah dalam masa singkat jika tidak mendapat rawatan.
Kenapa baby berak air secara kerap? Jawapannya mungkin kerana dijangkiti rotavirus.
Bagi bayi yang belum mempunyai sistem imun yang kuat, rotavirus boleh menyebabkan najis yang sangat cair, banyak dan berlaku dengan kerap.
Berak air disebabkan oleh rotavirus biasanya:
Keadaan ini boleh menyebabkan dehidrasi teruk.
Oleh itu, ibu bapa perlu memantau jumlah pampers yang basah dan memastikan anak diberi cukup cecair, sama ada melalui susu ibu, air atau larutan rehidrasi.
Vaksin adalah satu-satunya cara untuk melindungi anak kecil daripada komplikasi serius rotavirus. Bila boleh ambil vaksin rotavirus? Ia biasanya diberikan seawal usia 6 minggu.
Jadual umum vaksin rotavirus:
Vaksin ini diberikan secara oral (melalui mulut) dan bukan suntikan.

Meskipun tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan, vaksin ini sangat disarankan oleh pakar pediatrik dan boleh diperolehi di klinik swasta.
Sekarang kita sudah tahu apa itu rotavirus. Kita juga dapat faham mengapa ia perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa.
Virus ini bukan sekadar menyebabkan muntah dan cirit-birit biasa, malah boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
About Rotavirus. https://www.cdc.gov/rotavirus/about/index.html. Diakses pada Jun 18, 2025.
Awas Serangan Rotavirus Pada Anak. 6 Fakta Ini Sangat Penting!. https://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/info-kesihatan/40-awas-serangan-rotavirus-pada-anak-6-fakta-ini-sangat-penting. Diakses pada Jun 18, 2025.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rotavirus. https://mypositiveparenting.org/ms/2021/12/22/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-rotavirus/. Diakses pada Jun 18, 2025.
Rotavirus. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/symptoms-causes/syc-20351300. Diakses pada Jun 18, 2025.
Rotavirus. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8275-rotavirus. Diakses pada Jun 18, 2025.
Versi Terbaru
22/02/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz