backup og meta

Berapa Banyak Garam Anak Boleh Ambil? Ini Garis Panduan Yang Betul!

Pengambilan garam dalam diet anak perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi kesihatan jantung dan buah pinggang sejak kecil. Memahami jumlah garam yang selamat membantu ibu bapa menyediakan hidangan sihat dan mengelakkan risiko tekanan darah tinggi pada masa depan.

Berapa Banyak Garam Anak Boleh Ambil? Ini Garis Panduan Yang Betul!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Bagaimana garam boleh mempengaruhi kesihatan anak anda?

Pengambilan garam yang tinggi boleh membawa kepada tekanan darah tinggi untuk orang dewasa. Namun, tahukah anda bahawa pengambilan garam yang tinggi dalam kanak-kanak juga boleh mempengaruhi keseluruhan kesihatan mereka. Masalah-masalah lazim dalam kalangan kanak-kanak yang berkaitan dengan pengambilan garam yang tinggi adalah:

garam dalam diet
Anak juga berisiko alami obesiti.

Tambahan pula, terdapat bukti yang menunjukkan tabiat pemakanan semasa alam kanak-kanak boleh mempengaruhi corak pemakanan di kemudian hari. Ini bermakna populasi dewasa boleh mengurangkan pengambilan sodium jika mereka diberikan diet yang rendah garam semasa alam kanak-kanak.

Garam dalam diet: Berapa sudu garam sehari untuk anak?

Bayi dan kanak-kanak hanya memerlukan amaun garam yang sangat kecil dalam diet mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan banyak garam ditambah dalam kebanyakan makanan yang anda beli, seperti roti, kacang panggang, dan juga biskut, jadi anak anda sudah mengambil terlalu banyak garam.

Maksimum amaun garam yang boleh diambil untuk bayi dan kanak-kanak ialah:

  • Sebelum bayi anda berusia enam bulan, dia telah pun mendapat garam secukupnya daripada susu ibu ataupun susu formula
  • 6 hingga 12 bulan – kurang daripada 1g garam sehari (kurang daripada 0.4g sodium)
  • 1 hingga 3 tahun – 2g garam sehari (0.8g sodium)
  • 4 hingga 6 tahun – 3g garam sehari (1.2g sodium)
  • 7 hingga 10 tahun – 5g garam sehari (2g sodium)
  • 11 tahun dan ke atas – 6g garam sehari (2.4g sodium)

Bayi yang masih menyusu badan mendapat amaun garam secukupnya melalui susu ibu. Susu formula pula mengandungi amaun garam yang sama seperti susu ibu.

Apabila anda mula memperkenalkan makanan pejal, ingatlah untuk tidak menambah garam dalam makanan yang anda sediakan untuk bayi.

Ini kerana buah pinggang mereka belum boleh menanganinya. Anda juga perlu mengelakkan pemberian makanan siap yang bukan diperbuat khas untuk bayi seperti bijirin sarapan pagi, kerana kandungannya yang tinggi dengan garam.

Banyak makanan yang dibuat untuk kanak-kanak tinggi kandungan garam, jadi penting untuk anda memeriksa maklumat pemakanan sebelum membeli makanan tersebut.

garam dalam diet
Penting untuk kawal penggunaan garam dalam makanan anak.

Kandungan garam boleh dilihat dengan label sodium. Sebagai panduan, makanan yang mengandungi lebih daripada 0.6g sodium per 100g dikira tinggi kandungan garam.

Anda boleh mengira amaun garam dalam makanan dengan cara mendarab 2.5 amaun sodium. Contohnya, 1g sodium per 100g adalah sama dengan 2.5g garam per 100g.

Anda boleh mengurangkan amaun garam anak anda dengan cara mengelakkan snek masin, seperti biskut atau kerepek rangup, dan menukarnya dengan snek rendah garam.

Cubalah beri anak anda pilihan yang sihat seperti buahan kering, ulam dan buahan potong.

Dengan memastikan anak anda tidak makan terlalu banyak garam, bermaksud anda sedang membantu memastikan mereka tidak ketagih kepada makanan masin, menjadikan pilihan makanan mereka berbeza berbanding orang dewasa.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How much salt do babies and children need? http://www.nhs.uk/chq/Pages/824.aspx?CategoryID=51. Accessed August 27, 2016.
  2.  How Salt Intake Affects Blood Pressure and Heart Health in Kids. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/how-salt-intake-affects-blood-pressure-and-heart-health-in-kids. Accessed August 13, 2025.
  3. Salt and children. https://www.actiononsalt.org.uk/salthealth/children. Accessed August 13, 2025.
  4. Kids and sodium: Serious risks, alarming realities. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/kids-and-sodium-serious-risks-and-alarming-realities. Accessed August 13, 2025.
  5. Sodium and Kids. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/sodium/sodium-and-kids. Accessed August 13, 2025.

Versi Terbaru

13/08/2025

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Si Kecil Susah Makan? Jom Cuba Resipi Makanan Bayi 1 Tahun Ini, Pasti Anak Tak Tolak!

Ibu Berdepan Ragam Anak Enggan Makan? Sabar Ibu, Cuba 5 Tip BIJAK Ini Dahulu!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Dikemas kini 13/08/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan