backup og meta

3 Sebab Mengapa Anda PERLU Mula Hantar Anak Belajar Berenang, Banyak Kebaikannya Pada Mereka!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/11/2023

    3 Sebab Mengapa Anda PERLU Mula Hantar Anak Belajar Berenang, Banyak Kebaikannya Pada Mereka!

    Aktiviti berenang adalah salah satu aktiviti kegemaran ramai kanak-kanak. Kanak-kanak gemar berendam di dalam air yang sejuk dan bermain dalam kolam renang seharian. Akan tetapi, berenang bukan hanya untuk suka-suka.

    Dengan latihan yang betul, anak anda akan mendapat pelbagai manfaat termasuk dari segi kesihatan dan kecergasan sehinggalah kesejahteraan mental dan kelangsungan hidup.

    Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui kepentingan belajar berenang ini kepada anak anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    1. Aktiviti berenang dapat menjamin keselamatan

    Penyebab utama untuk menghantar anak anda belajar berenang adalah untuk keselamatan mereka. Kejadian lemas ialah salah satu punca utama kematian kanak-kanak, terutamanya anak kecil yang berumur 1 hingga 4 tahun.

    Dengan berenang, anak anda boleh belajar skil menyelamatkan diri semasa berada di dalam air ataupun apabila terjatuh ke dalam air.

    Jadi, amat penting untuk anda mendaftar anak ke kelas renang atau mengajar mereka berenang sejak awal lagi.

    aktiviti berenang

    2. Berenang sebagai hiburan

    Kedua, kebanyakan kanak-kanak berkeras supaya anda mengikut mereka berseronok di dalam kolam renang. Jadi, amat penting untuk menyiapkan anak anda supaya selamat semasa percutian anda baik di dalam kolam renang, laut ataupun tasik.

    Daripada menghalang anak mendekati sebarang tempat yang dekat dengan air (dan pada masa yang sama anda mungkin telah menyekat kehidupan sosial mereka), anda boleh menjadi ibu bapa yang proaktif dan biarkan anak anda belajar aktiviti berenang dahulu.

    Apabila anak anda telah mempelajari skil renang yang diperlukan, anda boleh berhenti daripada berasa bimbang jika membiarkan mereka bermain dengan rakan mereka di dalam air.

    3. Kesihatan anak anda sentiasa terjamin

    kebaikan sukan renang untuk anak

    Akhir sekali, berenang adalah sukan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda ajar anak anda bagaimana untuk berenang semasa umurnya masih muda, dia tentu akan ingat kemahiran tersebut dan boleh terus mempraktikannya.

    Senaman di dalam air juga amat baik untuk golongan tua memandangkan ia boleh membantu mengurangkan ketidakupayaan dan menggalakkan fungsi fizikal dan mental.

    Disebabkan berenang hampir tidak mendatangkan risiko, ia dikira sebagai sukan yang selamat untuk warga tua.

    Jadi, daripada mengambil risiko terjatuh disebabkan berlari ataupun berbasikal, lebih baik jika anak anda berlatih berenang.

    Setiap kanak-kanak perlu belajar untuk berenang seawal mungkin untuk mengembangkan kesihatan mental dan fizikal mereka.

    Oleh sebab berenang mempunyai banyak peringkat, anak anda boleh berlatih berenang sehingga dewasa dan mendapat manfaat daripadanya.

    Dengan mengajar anak berenang semasa mereka masih muda, anda boleh memberikan mereka peluang untuk mengembangkan banyak skil dalam hidup mereka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan