Walaupun jarang didengari, kanser kanak-kanak telah menjejaskan kira-kira 77.4 setiap juta kanak-kanak Malaysia berumur bawah 15 tahun, menurut Persatuan Hematologi Pediatrik dan Onkologi Malaysia.
Walaupun jarang didengari, kanser kanak-kanak telah menjejaskan kira-kira 77.4 setiap juta kanak-kanak Malaysia berumur bawah 15 tahun, menurut Persatuan Hematologi Pediatrik dan Onkologi Malaysia.

Selain kanser darah seperti leukemia dan limfoma, tumor otak dan tumor pepejal seperti neuroblastoma, juga berleluasa.
Diagnosis kanser menjejaskan seluruh keluarga, dari mengganggu kehidupan seharian sehingga memberi beban kewangan.
Pengesanan gejala di peringkat awal adalah penting untuk rawatan yang berjaya, dan pendekatan pelbagai disiplin, yang melibatkan pakar seperti pakar pediatrik, pakar hematologi pediatrik dan pakar bedah saraf pediatrik, adalah penting untuk meningkatkan hasil rawatan.
Sempena sambutan Hari Kanser Kanak-Kanak Antarabangsa pada bulan Februari, Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) menonjolkan peranan penting pasukan pelbagai disiplinnya dalam menguruskan penyakit kanser yang mencabar ini, menawarkan harapan kepada kanak-kanak dan remaja yang terjejas.
Kanser kanak-kanak sukar untuk dikesan awal, selalunya meniru penyakit kanak-kanak biasa atau menunjukkan simptom yang tidak jelas dan tidak berkaitan.
Tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak mungkin tidak dapat menyatakan ketidakselesaan mereka dengan berkesan dan sesetengah kanser kanak-kanak berkembang di kawasan badan yang tidak mudah dilihat atau dirasai.
“Gabungan faktor ini boleh melambatkan diagnosis. Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa berwaspada dan membawa anak untuk penilaian perubatan yang menyeluruh apabila timbul kebimbangan,” ujar Dr Ng Ruey Terng, Pakar Perunding Pediatrik di Pusat Perubatan Subang Jaya.


Neuroblastoma adalah kanser sistem saraf simpatik. Penyakit barah ini berkembang daripada sel saraf yang tidak matang.
Walaupun ia paling biasa berkembang dalam kelenjar adrenal (terletak di atas buah pinggang), ia juga boleh timbul dalam kelompok sel saraf di dalam perut, dada, leher, dan berhampiran tulang belakang.
Menurut Dr Chan Lee Lee, Pakar Perunding Haemato-Onkologi Pediatrik di SJMC, kanser ini memberi kesan kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah dan jarang didiagnosis dikalangan kanak-kanak yang lebih tua.
Tingkah laku neuroblastoma berbeza-beza; sesetengah kes sembuh secara spontan, sementara yang lain memerlukan gabungan rawatan.

Para ibu bapa digalakkan melakukan diagnosis awal tetapi simptomnya boleh menjadi samar-samar.
Kadar survival neuroblastoma berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, termasuk umur, peringkat kanser, kumpulan berisiko (ditentukan oleh ciri tumor tertentu) dan kehadiran penanda genetik tertentu.
“Kadar kelangsungan hidup 5 tahun berbeza dari 25%-95% bergantung pada peringkat penyakit dan kumpulan risiko,” kongsi Dr Chan.
Setiap kes kanak-kanak adalah unik, dan pelan rawatan akan disesuaikan mengikut peringkat tertentu dan kumpulan risiko neuroblastoma.

Pembedahan adalah rawatan biasa untuk pelbagai jenis tumor otak, baik kanser dan bukan kanser.
Pembesaran mendadak dalam saiz kepala terutamanya pada kanak-kanak yang sangat muda atau fontanel yang melebar (bintik lembut dalam tengkorak) mungkin menunjukkan kehadiran tumor.
“Tumor otak pada kanak-kanak memerlukan kepakaran pembedahan khusus kerana kanak-kanak mempunyai keperluan psikologi dan fizikal yang unik,” kata Dr Vickneswaran Mathaneswaran, Pakar Bedah Saraf di SJMC.

Risiko pembedahan termasuk komplikasi serta-merta seperti jangkitan, pendarahan dan pembengkakan otak dan bergantung pada lokasi tumor, pembedahan mungkin membawa kepada kelemahan, masalah keseimbangan, sawan atau perubahan dalam personaliti atau tingkah laku.
Kesan jangka panjang termasuk masalah pembelajaran, masalah hormon atau perkembangan tertunda boleh berlaku selepas pembedahan.
Dengan pengetahuan terperinci tentang neuroembriologi, neurofisiologi dan neuroanatomi, komplikasi pembedahan yang berpotensi seperti kelemahan, jangkitan, pendarahan dan pembengkakan otak boleh dicegah.
Untuk hasil rawatan yang terbaik, pasukan pelbagai disiplin mesti mengambil kira pelbagai faktor seperti jenis tumor saiz dan lokasinya, umur kanak-kanak dan kesihatan keseluruhannya, dan kehadiran sebarang keadaan perubatan lain.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Ng Ruey Terng, bahawa pengesanan awal adalah penting dalam meningkatkan hasil rawatan untuk penyakit barah kanak-kanak.
Ibu bapa harus peka dan prihatin denga setiap gerak geri dan perubahahan sifat yang terjadi pada anak mereka.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
25/02/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor