backup og meta

Pengetahuan Tentang Haid Bukan Untuk Wanita Sahaja! Ini Sebabnya Remaja Perlu Diberi Pendedahan.

Pengetahuan Tentang Haid Bukan Untuk Wanita Sahaja! Ini Sebabnya Remaja Perlu Diberi Pendedahan.

Pendidikan kesihatan remaja terutamanya tentang bahagian intim dan seksual boleh menjadi satu perkara yang agak rumit. Kebersihan intim dan seksual adalah aspek penting dalam kehidupan setiap remaja, terutama ketika mereka melalui fasa akil baligh. Tuala wanita merupakan salah satu produk utama yang digunakan oleh wanita semasa haid untuk menjaga kebersihan dan keselesaan. Selain itu, pendidikan kesihatan mengenai kebersihan intim dan seksual adalah kunci untuk memastikan remaja memahami dan menguruskan kesihatan mereka dengan baik. 

Pendidikan Kesihatan Remaja: Kepentingan Tuala Wanita

Anda mungkin rasa tuala wanita adalah satu perkara atau benda remeh. Sebenarnya, nilai pek kecil ini lebih daripada itu. 

Tahukah anda, betapa ramainya wanita di luar sana yang sangat sukar menjaga kebersihan ketika haid kerana akses yang terhad kepada tuala wanita?

Ini sebabnya, semua perlu tahu mengapa ia sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup seorang wanita.

Menjaga Kebersihan dan Keselesaan

Tuala wanita membantu menyerap darah haid dan memastikan kawasan intim kekal bersih dan kering. Ini mengelakkan bau yang tidak menyenangkan serta mengurangkan risiko jangkitan.

Menggalakkan Kesihatan Reproduktif

Penggunaan tuala wanita yang berkualiti tinggi dapat mengelakkan iritasi dan alergi pada kulit, sekaligus menjaga kesihatan sistem reproduktif wanita.

Membolehkan Aktiviti Harian Berterusan

Dengan tuala wanita yang sesuai, remaja dapat menjalani aktiviti harian mereka tanpa gangguan, seperti bersukan, bersekolah, dan lain-lain.

darah haid berketul

Pendidikan Kesihatan Remaja: Tips Memilih Tuala Wanita

Nak gunakan tuala wanita bulan boleh sebarangan, kalau tak kena boleh melecet dan tak selesa sepanjang hari. Ladies, bakal suami, suami dan juga bapa. Sema kena tahu ni!

Pilih yang Sesuai dengan Aliran Haid

Tuala wanita datang dalam pelbagai saiz dan tahap penyerapan. Pilih tuala yang sesuai dengan aliran haid anda – ringan, sederhana, atau berat.

Periksa Bahan dan Kualiti

Pilih tuala wanita yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit. Bahan yang bernafas juga membantu mengurangkan kelembapan dan risiko jangkitan.

Pertimbangkan Gaya Hidup

Jika anda aktif dan sering bersukan, pilih tuala wanita yang mempunyai sayap (wings) untuk perlindungan tambahan dan kekal di tempatnya.

Pastikan Harga Berpatutan

Tuala wanita sepatutnya berkualiti tetapi tidak membebankan. Buat perbandingan harga dan pilih yang menawarkan nilai terbaik tanpa menjejaskan kualiti.

Baca Ulasan dan Maklum Balas

Membaca ulasan dan maklum balas dari pengguna lain boleh membantu anda membuat pilihan yang lebih baik.

remaja kotex

Pentingnya Pendidikan Kesihatan & Kebersihan Intim dan Seksual

Pendidikan kesihatan dan kebersihan bahagian intim dan juga topik hubungan seksual adalah sesuatu yang sensitif dalam masyarakat sejak sekian lama.

Namun dewasa ini, banyak pihak menyedari pentingnya didikan tentang perkara ini dimulan lebih awal dalam kalangan anak anak terutamanya remaja. Ini sebabnya:

Meningkatkan Kesedaran Kesihatan

Pendidikan mengenai kebersihan intim dan seksual membantu remaja memahami pentingnya menjaga kesihatan kawasan intim. Pengetahuan ini dapat mengurangkan risiko jangkitan, seperti jangkitan saluran kencing dan penyakit kelamin.

Mengurangkan Stigma dan Malu

Pendidikan yang betul dapat mengurangkan stigma dan perasaan malu mengenai haid dan isu-isu seksual. Ini membolehkan remaja merasa lebih yakin dan selesa dalam membincangkan dan menguruskan kesihatan mereka.

Menggalakkan Tanggungjawab Peribadi

Dengan pemahaman yang mendalam, remaja boleh mengambil langkah-langkah yang lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan intim dan membuat keputusan yang bijak mengenai kesihatan seksual mereka.

Program Kasih Remaja: Advokasi SRH oleh LPPKN dengan kerjasama Kotex Malaysia

Menyedari kepentingan pengetahuan tentang kebersihan dan kesedaran tentang pelbagai topik sensitif bagi remaja, sebuah acara peringkat kebangsaan Program Kasih Remaja: Advokasi SRH oleh LPPKN yang dijalankan dengan kerjasama Kotex Malaysia. 

Program ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama dengan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan isteri kepada YAB Perdana Menteri di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) pada hari ini. 

Kotex Malaysia akan menyokong komponen i, ii, iv di mana pencipta tuala wanita terkemuka itu telah memberi komitmen untuk menyumbang 600,000 kit pengurusan haid Kotex. Setiap kit dilengkapi dengan tuala wanita Kotex Soft and Smooth dan pantyliner Kotex Daily Fresh serta bahan pendidikan bercetak yang berkenaan.

Majlis pelancaran tersebut disertai 500 orang pelajar. Sebelum majlis utama, empat taklimat telah dijalankan oleh beberapa agensi Kerajaan untuk memberikan murid-murid pengetahuan mengenai pelbagai topik termasuk advokasi anti gangguan seksual, promosi hak kanak-kanak dan ketahanan emosi.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

09/07/2024

Ditulis oleh Siti Sofiah

Fakta Disemak oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Kerjasama Novartis Malaysia X Beacon Hospital, Mentakrifkan Semula Rawatan Kanser Prostat!

OncoCare Center Memperluas Jangkauan Ke Malaysia, Membantu Fasiliti Onkologi Komprehensif!


Fakta Disemak oleh

Nurul Nazrah Nazarudin


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 09/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan