3 Perkara Anda Perlu Lakukan Jika Ingin Beri Anak Makan Coklat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/10/2018 . 1 minit bacaan
Share now

Cara paling mudah untuk memujuk kanak-kanak jika dia ‘membuat perangai’ adalah dengan menawarkan coklat. Cara ini boleh berhasil kerana hampir setiap kanak-kanak menggemari coklat. Menurut Lembaga Koko Malaysia, satu bar yang bersamaan dengan 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalsium – 9%; Riboflavin – 9%; Protein – 6%; Zat Besi – 3%; Vitamin A – 2.4%; Thiamine – 2%. Justeru, tidak benarlah jika ada yang mengatakan coklat tidak baik untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh terlalu kerap memberi anak makan coklat kerana apa jenis makanan sekali pun perlu ada hadnya. Begitu juga dengan pengambilan coklat.

Secara amnya, setiap individu hanya boleh makan coklat tidak lebih daripada 6.7g sehari. Pengambilan coklat yang lebih daripada had akan menimbulkan masalah kesihatan, tidak kira kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Jadi, bagi mengurangkan risiko kepada kesihatan anak akibat makan coklat, ketahui perkara yang boleh anda lakukan jika ingin menawarkan anak coklat.

  1. Pilih coklat gelap yang mengandungi flavanoids, yang ada antioksidan, yang berfungsi membantu untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Kandungan antioksidan dalam coklat juga boleh membaiki dan menguatkan sistem imun tubuh kanak-kanak.
  2. Sebelum membeli atau memberikan coklat kepada kanak-kanak, perhatikan dahulu label pada coklat. Lihat kandungan gula dan lemak yang ada dalam coklat tersebut.
  3. Biasakan anak anda untuk terus menggosok gigi selepas habis makan coklat.

Pemberian coklat kepada kanak-kanak ada manfaatnya, namun ibu bapa perlu mengehadkan pengambilan coklat untuk anak dan memantau diet yang diambil oleh si manja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sering Terkena Serangan Pedih Ulu Hati? Mungkin Apa Yang Anda Makan Merupakan Puncanya!

    Anda kerap diserang masalah pedih ulu hati? Mungkin makanan yang anda ambil setiap hari merupakan penyebab sakit ulu hati yang anda alami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pedih Ulu Hati 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Ku Sangkakan Pekak, Rupanya Telinga Tersumbat! Apa Perlu Buat Jika Alaminya?

    Ramai yang sangka bahawa telinga tersumbat mesti akan disebabkan oleh tahi telinga yang mengeras sahaja. Tidak, jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Kajian menunjukkan aduan berkenaan dengan kaki panjang sebelah (atau kaki pendek sebelah) bukanlah sesuatu yang asing. Ia dialami oleh kira-kira...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Tulang Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Peningkatan jumlah kes bunuh diri sepanjang wabak virus korona baharu (COVID-19) yang berlaku di seluruh dunia amat membimbangkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Cegah Bunuh Diri 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerosakan gigi

    Jangan Abaikan Kesihatan Gigi! Ini 8 Masalah Ortodontik Yang Lazim Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    waktu tidur bayi

    Mak Ayah Jangan Panik Jika Si Kecil Selesema, Uruskannya Dengan 4 Cara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    cara mengatasi obesiti

    Ini Cara Untuk Elak Gemuk Ikut Peringkat Umur: Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    penyebab kanser

    Mata Biru Senang Dapat Kanser? Ini 5 Jenis Kanser Mata Dan Punca Ia Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan