backup og meta

Nak Anak Anda Aktif? Jom Cuba 7 Aktiviti Mudah Ini Bersama, Pasti Seronok!

Nak Anak Anda Aktif? Jom Cuba 7 Aktiviti Mudah Ini Bersama, Pasti Seronok!

Amalan gaya hidup sihat adalah antara cara untuk mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik. Jadi bagaimana untuk menggalakkan si kecil anda melakukan aktiviti fizikal anak ya?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

Kepentingan aktiviti fizikal anak bersama ibu bapa

Bagi kebanyakan individu dewasa, apabila bercakap tentang bersenam, pastinya terbayangkan bersenam di gim, berlari di atas treadmill, atau mengangkat berat, kan?

Tetapi aktiviti fizikal anak bermaksud bermain dan aktif beraktiviti ringan sahaja!

Anak-anak bersenam ketika mereka mengikuti kelas senaman di sekolah, semasa rehat, dalam latihan bola sepak, ketika bermain kejar-kejar mahupun ketika menunggang basikal.

Setiap kanak-kanak boleh mendapat manfaat dengan melakukan aktiviti fizikal prasekolah dan sekolah rendah atau menengah.

Bagi kanak-kanak yang aktif mereka mungkin mampu mempunyai:

  • Otot dan tulang yang lebih kuat
  • Bentuk badan lebih seimbang
  • Kurang berisiko mempunyai berat badan berlebihan
  • Menurunkan risiko untuk menghidap diabetes jenis 2
  • Menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol darah
  • Berpandangan lebih baik tentang kehidupan

Selain menikmati manfaat kesihatan daripada senaman yang teratur, mengamalkan gaya hidup sihat dan aktiviti fizikal ini juga dapat membantu melatih anak untuk tidur dengan lebih baik.

Mereka dapat bertindak balas dengan lebih baik dalam menangani cabaran fizikal dan emosi.

aktiviti fizikal anak

Galakkan si kecil buat aktiviti fizikal anak!

Menggabungkan aktiviti fizikal dengan diet pemakanan yang sihat adalah kunci gaya hidup sihat.

Berikut adalah beberapa petua untuk memotivasikan anak mengamalkan hidup aktif:

  • Bantu anak-anak anda melakukan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan usia
  • Tetapkan jadual biasa untuk aktiviti fizikal
  • Jadikan hidup aktif sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian, seperti menaiki tangga dan bukannya lif
  • Jadi contoh kepada anak dalam mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Mulakan menjadi model teladan positif untuk keluarga anda
  • Bersikap aktif bersama keluarga
  • Jadikan senaman sebagai sesuatu aktiviti yang menyeronokkan, pastinya ia akan membuatkan anak mahu melakukannya lagi

Anda boleh latih si kecil di rumah sahaja?

Memandangkan sekarang masih lagi wujud kerisauan dan kebimbangan tentang jangkitan COVID-19, apa kata anda bersama anak lakukan senaman di rumah sahaja?

aktiviti fizikal anak

Berikut adalah 7 latihan aktiviti fizikal anak untuk ibu bapa cuba bersama:

  1. Lompat tali

Lompat tali atau skipping, adalah salah satu senaman paling asas dan sering dipandang remeh oleh kebanyakan individu dewasa dan juga kanak-kanak.

Pun begitu, apa yang tidak diketahui, aktiviti yang tidak memerlukan intensiti fizikal kuat ini adalah tulang belakang kepada larian dan juga lompatan

  1. Mountain Climbers

Berada dalam posisi seperti ingin melakukan tekan tubi (push-up), kemudian secara berganti-ganti bawakan lutut sehingga ke paras siku. 

Anda boleh lakukannya sama ada kepada sisi siku yang sama atau secara bersilang.

Idea utamanya adalah untuk bergerak pantas dan mengeluarkan peluh!

  1. Lompat bintang

Kanak-kanaklah paling suka senaman ini. Tetapi jangan pandang remeh, ia boleh menyebabkan anak anda tidak cukup nafas jika tidak kena gayanya.

Untuk melakukan aktiviti fizikal ini, berdiri tegak kemudian melompat dengan menepuk tangan ke udara. 

Jangan lupa bukakan kaki dan depakan tangan sehingga kelihatan seperti ‘X’ di udara!

  1. Squats

Anak-anak dilahirkan sebagai individu yang boleh melakukan senaman squats secara semula jadi. 

Cuba bertanding, siapa yang boleh membengkokkan kaki dengan paling lama atau paling banyak dalam tempoh 60 saat.

Untuk melakukan senaman ini dengan betul, pastikan anda berdiri dengan membuka kaki selaras dengan lebar bahu. Kemudian, bengkokkan kaki secara perlahan. 

Pastikan tangan lurus semasa kaki dibengkokkan ya?

aktiviti fizikal anak

  1. Frog pose

Posisi senaman ini dapat menguatkan pergelangan kaki, meningkatkan kelenturan pada pinggul, dan memanjangkan tulang belakang. 

Selain itu, ia juga membantu melancarkan lagi sistem pencernaan.

Caranya dengan berada pada kedudukan lutut di lantai, kemudian lebarkan bukaan antara lutut. Tapi pastikan anda selesa dengan bukaan lutut tersebut. Halakan jari kaki keluar.

Selaraskan pinggul dengan bukaan lutut.

Bahagian siku tangan pula diletakkan pada bahagian depan dan tepukkan tangan semasa melakukan tekanan pada lutut. 

[embed-health-tool-bmi]

  1. Child’s pose

Dalam amalan gaya hidup sihat, posisi senaman ini dikatakan dapat mengaktifkan sistem saraf parasimpatik serta membolehkan badan berehat dan mencerna.

Untuk melakukan senaman ini, anda perlu duduk di atas tumit dengan jari kaki menyentuh punggung. 

Bongkokkan badan secara perlahan sehingga dada menyentuh paha. Kemudian luruskan tangan ke hadapan dan bukakan tapak tangan. Pastikan dahi juga menyentuh lantai.

  1. Bear walk

Turut merupakan antara posisi aktiviti fizikal kegemaran kanak-kanak.

Bongkokkan badan sehingga berat badan berada pada tapak tangan dan kaki. Kemudian, bengkokkan kaki dan merangkak seperti beruang!

Lakukan dengan menggerakkan sisi tangan dan kaki yang sama. Kemudian lakukan secara bersilang.

Jadi, kini tiada lagi alasan untuk anda melakukan aktiviti fizikal anak bersama di rumah. Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fitness and Your 6- to 12-Year-Old, https://kidshealth.org/en/parents/fitness-6-12.html, Accessed Sep 29 2023.
  2. Safe exercise for children, https://www.healthdirect.gov.au/safe-exercise-for-children, Accessed Sep 29 2023.
  3. Physical activity guidelines for children and young people, https://www.nhs.uk/live-well/exercise/physical-activity-guidelines-children-and-young-people/, Accessed Sep 29 2023.
  4. Family workouts to do at home, https://www.worldathletics.org/be-active/performance/family-workout-home-exercise-parent-kids, Accessed Sep 29 2023.
  5. 10 tips to get kids to exercise, https://www.mdanderson.org/publications/focused-on-health/tips-to-get-kids-to-exercise.h17-1589046.html, Accessed Sep 29 2023.

Versi Terbaru

23/02/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bersenam Dulu Sebelum Breakfast Lebih Banyak Manfaat, Kajian Berjaya Sahkan!

Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan