backup og meta

Terlompat Sana Sini & HiperAktif Sungguh Di Rumah, Adakah Anak Alami ADHD?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/07/2020

    Terlompat Sana Sini & HiperAktif Sungguh Di Rumah, Adakah Anak Alami ADHD?

    Antara salah satu simptom ADHD yang paling popular dalam kanak-kanak adalah sifat hiperaktif. Walau bagaimanapun, bagaimana jika anda ingin tahu bahawa anak hiperaktif anda adalah penghidap ADHD atau tidak?

    Hiperaktif sahaja tidak cukup

    Ramai ibu bapa atau penjaga yang mempunyai kerunsingan berkenaan perkara-perkara berikut.

    Sebenarnya, jika anak anda memiliki sifat hiperaktif dan bertenaga,ia tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa anak anda adalah penghidap ADHD.

    Malah, ada juga kanak-kanak yang mempunyai ADHD tidak berkelakuan sedemikian kerana mereka lebih cenderung untuk duduk diam, mudah lalai dan simptom-simptom yang lain yang lebih kurang kelihatan.

    Bagaimana untuk mengenalpasti ADHD pada kanak-kanak?

    anak hiperaktif

    Jadi bagaimana untuk mendiagnosis anak hiperaktif ini sekiranya mereka mempunyai ADHD atau tidak?

    Sebelum seorang kanak-kanak itu perlu didiagnosis, ibu bapa atau penjaga perlu memastikan bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai masalah diri yang kronik dan kekerapan ia berlaku. Apa yang dimaksudkan dengan masalah diri?

    Ini bermaksud bahawa dia mengalami kesukaran dengan kemampuannya untuk mengawal tahap sesuatu aktiviti, selain serta kemerosotan dalam keupayaan mereka untuk menghalang dan mengawal impuls.

    Simptom dan tanda-tanda ADHD

    Untuk makluman anda, simptom-simptom utama seperti hiperaktif, impulsif dan kelalaian adalah merupakan sedikit sahaja daripada gambaran sebenar anak-anak anda.

    Terdapat juga beberapa perkara atau tanda yang lain yang mungkin tidak sejelas simptom-simptom tersebut,  antaranya:

    #1. Anak hiperaktif punyai kesukaran memproses maklumat

    anak hiperaktif

    Kanak-kanak penghidap ADHD mengalami kesukaran untuk memproses maklumat yang diperolehnya.

    Bagi anak hiperaktif, berkemungkinan mereka mempunyai masalah untuk memproses maklumat dengan tepat.

    #2. Anak hiperaktif mudah kecewa dan sedih

    Mereka mudah menjadi kecewa dan sedih kerana mempunyai kesukaran untuk mengawal emosi mereka sendiri.

    Simptom seperti ini akan mengganggu hubungan sosial dan merendahkan keyakinan diri seorang kanak-kanak tersebut.

    #3. Masalah dengan fungsi eksekutif otak

    Kanak-kanak yang menghidap ADHD mempunyai masalah dalam mengatur, merancang, memberi keutamaan, mengikut arahan, memberi perhatian dan mengingati butiran.

    Isu ini akan memberikan masalah kepadanya dalam pelbagai situasi dan keadaan seperti bermasalah untuk bekerjasama, mengikut peraturan dalam sesuatu permainan dan menyiapkan kerja sekolah.

    #4. Anak hiperaktif lambat atau kurang matang

    anak hiperaktif

    Seorang kanak-kanak penghidap ADHD juga berkemungkinan akan berkelakuan kurang matang berbanding kanak-kanak sebaya yang lain.

    Ini bermaksud, walaupun mereka akan memulai fasa remaja, kanak-kanak penghidap ADHD ini akan mengalami kekurangan penilaian (judgement) yang diperlukan oleh mereka untuk membuat pilihan yang tepat dan betul.

    Mereka tidak dapat menilai sebarang risiko yang akan diambil samada baik atau buruk jika sesuatu itu dilakukan.

    Kesimpulannya

    Sekiranya anak anda adalah seorang anak hiperaktif dan sukar untuk duduk diam, dia mungkin menunjukkan sedikit tanda-tanda ADHD.

    Berjumpalah dengan ahli terapi atau psikologi untuk mendapatkan nasihat bagi memperbaiki masalah yang dialami oleh anak anda.

    Walau bagaimanapun, sekiranya dia boleh mengawal emosi dan impulsnya, memberikan perhatian dan memberi respon yang sesuai, anak anda berkemungkinan bukanlah penghidap ADHD melainkan hanyalah seorang kanak-kanak yang hiperaktif. 

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan