backup og meta

Tip Penjagaan Asas Si Manja Yang Mama Papa Perlu Ketahui, Barulah Tak Kelam-kabut!

Tip Penjagaan Asas Si Manja Yang Mama Papa Perlu Ketahui, Barulah Tak Kelam-kabut!

Apabila bercakap mengenai bayi baru lahir, ia sesuatu mengujakan terutama bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa. Ini antara perkembangan bayi yang patut anda fahami.

Bayi baru lahir & tahun pertama mereka

Tahun pertama kehidupan bayi adalah masa yang menggembirakan. Namun tidak dinafikan adakalanya ia mewujudkan rasa terharu.

Sebagai ibu bapa baharu, perkembangan bayi yang dilalui adalah berbeza dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan.

Dan ia mungkin boleh membuatkan anda dan pasangan keliru dengan semua proses yang perlu dihadapi.

Dalam perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan memberikan asas penjagaan dan tumbesaran untuk bayi baru lahir. 

Semoga bermanfaat.

Perkembangan bayi bulan ke bulan

Bermula daripada seorang bayi baru lahir, anak akan membesar menjadi anak kecil yang aktif hanya dalam tempoh 12 bulan. 

365 hari mungkin dirasakan lama, namun dalam proses transformasi seorang anak, ia adalah jangka masa pendek.

Pejam celik pejam celik, sedar-sedar si manja sudah pun boleh berlari. 

Menjadi parents pasti kita tidak sabar untuk mengetahui perkembangan bayi secara tepat. 

Tetapi seperkara yang perlu anda faham adalah anak akan membesar mengikut rentak mereka sendiri. 

Malah ia tidak akan sama dengan adik-beradiknya yang lain.

Bak kata orang putih, ‘just follow the flow’.

Berikut merupakan antara titik perkembangan yang biasa akan berlaku mengikut usia anak:

#1 – 3 bulan

Untuk bayi baru lahir hingga 3 bulan, si manja mungkin akan mula:

  • Tersenyum. Pada awalnya, hanya untuk diri mereka sendiri. Dalam tempoh 3 bulan, senyuman yang diberikan adalah balasan kepada senyuman anda
  • Cuba mengangkat kepala dan dada ketika tummy time
  • Mengikut objek dengan pandangan mata
  • Buka dan tutup tangan dan membawa tangan ke mulut
  • Mencengkam objek dalam tangan
  • Cuba untuk menjangkau objek yang digantung walaupun biasanya mereka tidak akan mendapatkannya

bayi baru lahir

Perkembangan bayi #4 – 6 bulan

Pada tempoh ini, anak mungkin boleh:

  • Berguling daripada depan ke belakang atau belakang ke depan
  • Berceloteh (babble) seakan mengajak anda berborak
  • Ketawa
  • Mencapai sebarang objek dan manipulasi mainan dengan tangan 
  • Duduk dengan sokongan dan mempunyai kawalan kepala yang kuat

#7- 9 bulan

Perkembangan bayi pada usia ini, biasanya mereka mampu untuk:

  • Mula merangkak. Ini termasuklah pergerakan seperti army crawling, di mana mereka menyeret diri menggunakan perut dengan tangan dan kaki. Ada bayi yang tidak merangkak dan mula bertatih untuk berjalan
  • Duduk tanpa sokongan
  • Memberi tindak balas terhadap perkataan tertentu seperti nama sendiri. Mereka mungkin mula berceloteh dengan ungkapan ‘mama’ dan ‘dada’
  • Bertepuk tangan dan bermain permainan seperti peekaboo
  • Mula belajar untuk berdiri dengan mencapai objek sekeliling seperti almari

#10 – 12 bulan

Merupakan fasa terakhir dalam perkembangan bayi untuk tahun pertama. Mereka belajar untuk:

  • Menyuap makanan sendiri
  • Mula bertatih dan berjalan dengan memegang objek sekeliling
  • Mengucap 1 atau 2 perkataan dan mula memanggil ‘mama’ dan ‘dada’ 
  • Menunjukkan ke arah objek yang diingini untuk mendapatkan perhatian anda
  • Mula meniru perbuatan anda seperti berpura-pura bercakap di telefon
  • Sesetengah si manja mungkin sudah mula membuat langkah pertama mereka

Mandikan bayi baru lahir

Pertama kali memandikan bayi baru lahir pastinya agak sukar, tetapi percayalah, anda akan berjaya melakukannya dengan baik bak profesional.

perkembangan bayi

Umumnya, bayi tidak perlu dimandikan setiap hari. Bahkan, bayi hanya perlu mandi antara 2 – 3 kali seminggu. 

Sebelum memandikan bayi pastikan anda sudah menyediakan barangan berikut:

  • Kain lap lembut dan bersih
  • Sabun dan syampu bayi ringan serta tanpa pewangi
  • Tuala
  • Lampin bersih
  • Pakaian bersih

Gunakan kain lap untuk membersihkan bahagian muka dan rambut si manja.

Lakukan urutan perlahan pada kulit kepala si manja anda menggunakan jari atau berus rambut bayi yang lembut.

Ini termasuklah pada bahagian atas fontanelles atau ubun kepala.

Sekiranya menggunakan sabun atau syampu pada bahagian kepala, pastikan anda meletakkan tangan pada dahi agar air yang mengalir ke sisi dan tidak terkena bahagian mata si manja.

Anda boleh membasuh bahagian tubuh bayi dengan menggunakan sedikit sabun dan air.

Sepanjang proses mandian, pastikan anda menyiram air secara berkala pada tubuh mereka agar si manja tidak berasa kesejukan. 

Selesai sesi memandikan bayi, balut si kecil dengan tuala segera. Jangan lupa untuk menutup bahagian kepala mereka, okay?

Penggunaan tuala bayi dengan pelindung kepala (hood) sangat disarankan agar bayi tidak berasa kesejukan.

Paling penting, semasa memandikan si manja, jangan sesekali meninggalkan mereka. 

Jika perlu keluar daripada bilik air, pastikan anda turut membalut si manja dengan tuala dan bawa mereka bersama.

Antara kebaikan mandi untuk si manja adalah:

  • Meningkatkan jalinan ibu bapa dan bayi
  • Merupakan pengalaman untuk belajar
  • Dapat menenangkan bayi yang meragam
  • Membantu menggalakkan bayi tidur lebih lena

Menjaga bayi

Jika ini adalah pertama kali anda mengendalikan bayi yang baru lahir, sudah tentu timbulnya rasa bimbang.

Usah risau. Anggap ini proses pembelajaran.

Berikut antara beberapa perkara asas yang perlu anda amalkan:

  • Basuh tangan atau gunakan gel pembersih sebelum memegang bayi kerana sistem imun si manja belum kuat. Pastikan setiap individu yang ingin memegang si kecil juga mempunyai tangan yang bersih
  • Berikan sokongan pada kepala dan leher si manja
  • Jangan sesekali mengoncangkan bayi baru lahir walaupun hanya untuk bermain. Jika perlu mengejutkan si kecil, berikan sentuhan lembut pada pipinya atau geletek kaki mereka
  • Pastikan anda meletakkan si manja dengan betul dalam carrier, kereta sorong atau tempat duduk kereta. Elakkan daripada melalui jalan yang terlalu berbonggol

Perkembangan bayi: Penjagaan kulit

bayi baru lahir

Siapa yang tidak ketagih dengan bau bayi malah ia membuatkan anda ingin mencium mereka berulang kali, bukan?

Kulit bayi sememangnya lembut tetapi ia juga sangat sensitif.

Ini adalah panduan yang harus dilakukan untuk menjaga kulit si manja. 

  • Elakkan daripada membiarkan kulit si manja terdedah kepada sinar matahari terik sehingga berusia 6 bulan.  
  • Lindungi bayi daripada gigitan serangga atau pepijat. 
  • Tidak perlu memandikan bayi setiap hari. Mandian kerap boleh mengeringkan kulit mereka
  • Pastikan setiap pakaian baharu dibasuh sebelum dipakaikan kepada si manja

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Bayi, sila dapatkannya di sini.

Kesimpulan

Kesimpulan

Anda tidak boleh mengelak daripada berasa cemas semasa menguruskan dan menjaga bayi yang baru lahir. 

Ia perkara normal.

Namun percayalah, dari masa ke masa, anda akan menjadi pakar dalam mengendalikan si manja.

Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai perkembangan bayi anda, dapatkan rundingan dengan pakar pediatrik.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Feb 27, 2021 from

https://kidshealth.org/en/parents/guide-parents.html

https://www.unicef.org/parenting/child-development/baby-tips

https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/diapers-clothing/Pages/Cleaning-Baby-Clothes.aspx

https://www.healthychildren.org/english/ages-stages/baby/bathing-skin-care/pages/bathing-your-newborn.aspx

https://www.healthychildren.org/English/safety-prevention/at-play/Pages/Infant-Water-Safety.aspx 

https://www.aap.org/Pages/ErrorPage.aspx?requestUrl=https://www.aap.org/en-us/about-the-aap/aap-press-room/pages/AAP-Recommendations-on-Limiting-Sun-Exposure-in-Children-and-Supporting-Legislation-to-Prohibit-Salon-Tanning-by-Minors.aspx

 

Versi Terbaru

23/11/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Pilih Antara Lampin Kain Atau Lampin Pakai Buang Untuk Si Manja? Lihat 9 Ciri-Ciri Ini Dulu!

Sebelum Si Manja Lahir, Mak Ayah Belajar Dulu Cara Pakaikan Baby Lampin, Mudah Saja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan