home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pemakanan & Penyusuan

Pemakanan & Penyusuan

Jika anda bercadang untuk memberikan bayi susu ibu, mula ambil berat akan diet pemakanan anda. Tahukah anda, corak pemakanan boleh mempengaruhi pengeluaran susu badan anda? Semua makanan yang anda makan akan disalurkan ke susu badan anda dan seterusnya zat tersebut akan dapat pada bayi melalui susu. Jadi, amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang bagi melancarkan pengeluaran susu badan anda dan juga memberikan susu badan yang terbaik kepada si manja.

Pilih makanan yang bernutrisi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Doktor mungkin akan menyarankan anda mengambil multivitamin harian atau meneruskan pengambilan vitamin pranatal supaya badan anda mendapat kesemua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Selain itu, minum banyak air seperti air kosong, jus dan susu bagi membantu anda kekal hidrat. Kurangkan juga pengambilan kafein kerana kafein berlebihan boleh mengganggu tidur bayi anda.

Berhati-hati juga memilih ubat. Kebanyakan ubat adalah selamat untuk diambil semasa anda menyusukan bayi. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya anda dapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum memakan ubat tersebut.

6 makanan terbaik semasa penyusuan

  1. Beras perang

Bertukarlah daripada beras biasa ke beras perang. Tahukah anda bahawa beras perang merupakan karbohidrat kompleks yang menyediakan tenaga yang diperlukan ibu semasa menyusukan bayi. Pengambilan beras perang membantu merangsang rembesan prolaktin, iaitu hormon utama dalam penyusuan.

  1. Bayam

Sayuran hijau ini merupakan sumber baik yang mengandungi kalsium, zat besi, vitamin K, A dan folat. Folat atau dikenali sebagai asid folik adalah mineral penting untuk wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak. Sayuran hijau gelap seperti bayam ini juga mengandungi phytoestrogens, yang dipercayai dapat meningkatkan kesihatan tisu payudara dan membantu proses laktasi.

  1. Betik

Betik telah lama menjadi pilihan makanan yang dapat membantu menggalakkan pengeluaran susu badan ibu. Orang-orang dulu lazimnya menggunakan betik muda dalam masakan seperti masak bening untuk dihidangkan kepada ibu berpantang. Enzim dan phytokimia yang ada di dalam buah ini berupaya menggalakkan tisu pada payudara untuk merangsang proses laktasi. Betik juga digunakan sebagai sedatif semula jadi yang membantu ibu untuk rasa relaks semasa menyusukan bayi mereka dan pada masa yang sama, membantu merangsang proses penghasilan susu badan.

  1. Lobak merah

Tidak ramai yang tahu akan keberkesanan lobak merah dalam membantu penghasilan susu. Sama seperti bayam, lobak merah juga mengandungi phytoestrogens dan kaya dengan beta-karoten serta vitamin A, di mana kedua-duanya amat baik untuk laktasi. Jus karot terutamanya, adalah baik untuk ibu yang menyusukan bayi kerana ia dipercayai dapat menyediakan tenaga tambahan yang diperlukan oleh ibu dan membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu badan.

  1. Oatmeal

Oatmeal merupakan makanan yang dapat membantu merehatkan tubuh. Ia juga berfungsi mengeluarkan oksitoksin (hormon yang terdapat dalam pengeluaran susu), yang membantu meningkatkan proses penghasilan susu ibu. Manfaat makanan ini telah lama diketahui baik untuk ibu yang menyusukan anak mereka.

  1. Air

Proses penyusuan akan membuatkan badan anda kekurangan air dan menjadikan anda dehidrasi. Jadi, anda perlu minum banyak air bagi membantu tubuh anda kekal hidrat dan sekali gus membantu menghasilkan lebih banyak susu. Nasihat kami, jika anda rasa haus, minumlah air kosong, dan anda juga boleh minum segelas air sebelum mula menyusukan si manja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Rujukan:
https://www.babycentre.co.uk/a3565/diet-for-a-healthy-breastfeeding-mum

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 31/07/2018
x