Apabila berdepan dengan bayi, kita secara tidak langsung akan mempunyai keinginan untuk mencium dan memegang si kecil, bukan? Namun untuk memastikan kulit mereka sentiasa dalam keadaan baik, ibu ayah mesti ambil tahu cara penjagaan kulit badan bayi.
Teruskan membaca perkongsian ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Penjagaan kulit badan bayi
Kulit bayi anda sangat lembut dan licin sehingga anda tidak boleh menahan diri dari mencium dan menyentuhnya. Walau bagaimanapun, mengekalkannya adalah tidak mudah.
Berbeza dengan organ lain, kulit memerlukan hampir 9 bulan untuk berkembang dengan sempurna di dalam rahim. Kebanyakan bayi mempunyai sedikit jerawat bayi – disebabkan oleh hormon ibu. Menjaga kulit yang muda dan sensitif memakan masa dan tenaga.
Baca juga:
Apa yang perlu dibuat untuk jerawat bayi?
Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Perkara terbaik untuk penjagaan kulit badan bayi berjerawat yang anda boleh lakukan ialah dengan memastikan ia sentiasa kering dan bersih dan menahan diri anda dari memecahkan jerawat tersebut kerana ia boleh menyebabkan parut kekal.
Jerawat tersebut akan hilang dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika masalah ini berkekalan atau semakin buruk dengan kegatalan dan ketidakselesaan, anda harus meminta nasihat dari doktor memandangkan ia mungkin disebabkan penyakit kulit lain seperti ekzema.
Adakah produk yang direka untuk bayi benar-benar selamat?
Tidak semestinya. Banyak produk penjagaan kulit badan dan rambut yang dilabel “untuk bayi” mengandungi banyak bahan rengsa. Sesetengah bayi boleh menggunakan produk tersebut dengan selamat manakala ada bayi yang mengalami iritasi pada kulit.
Tambahan pula, bahan tambahan seperti parabens dan phthalates – dibutyl phthalate (DBP), dimethylphthalate (DMP) dan diethyl phthalate (DEP) menjadi kebimbangan. Bukti saintifik menunjukkan bahawa pendedahan kepada bahan-bahan tersebut boleh mendatang kesan negatif terhadap kadar hormon badan manusia, menyebabkan masalah pembesaran.
Walaupun kajian dalam bidang ini masih terhad kerana kebanyakannya dijalankan ke atas haiwan, tiada juga bukti yang menunjukkan ia selamat.
Penjagaan kulit badan bayi #Bagaimana ingin memilih produk untuk si manja?
Jika anda ingin mengelakkan diri bayi dari bahan yang berpotensi membahayakan kesihatan, berikut adalah beberapa tip pemilihan produk untuk anda:
- Berpegang kepada yang asas. Bayi anda tidak memerlukan terlalu banyak sabun dan syampu. Sabun kosong dan air sudah cukup. Jika menggunakan sabun yang berbuih secara berlebihan, anda mungkin menyebabkan kulitnya kering.
- Cari bahan semula jadi. Penggunaan produk berasaskan minyak sayur-sayuran adalah dinasihatkan. Walaupun tidak semua bahan semula jadi adalah selamat untuk kulit sensitif – sebahagiannya masih bioleh menyebabkan tindak balas alahan, sekurang-kurangnya ia adalah pilihan yang lebih selamat untuk kulit bayi.
- Ringkas adalah yang terbaik. Jika senarai bahan produk itu terlalu panjang dan anda tidak boleh menyebut kebanyakan bahannya, lebih baik gunakan produk yang lebih ringkas. Menggunakan produk dengan bahan yang lebih sedikit boleh membantu mengurangkan bayi anda terdedah kepada bahan berbahaya.
[embed-health-tool-vaccination-tool]