Bayi kembung perut atau masalah kolik adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan. Bila kembung bayi akan hilang? Kenapa baby kembung perut? Petua hilangkan kembung perut?
Ada cara melegakan kembung perut bayi untuk anda cuba!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apa itu bayi kembung perut?
Bila kembung bayi akan hilang? Kenapa baby kembung perut? Petua hilangkan kembung perut?
Bayi yang mengalami kolik selalunya akan menangis berpanjangan tanpa henti dan meragam.
Keadaan ini selalunya berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kolik ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar.
Perut kembung adalah keadaan paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat.
Dikatakan bahawa bayi kembung perut sering menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih lama.
Apakah simptom-simptom bayi kembung perut?
Perut kembung biasanya menjadi paling teruk apabila bayi berusia sekitar 6 hingga 8 minggu dan akan hilang dengan sendiri apabila usia antara 8 dan 14 minggu.
Tanda-tanda bayi kembung perut yang perlu anda awasi adalah termasuklah:
- Episod menangis yang boleh dijangka: Bayi akan menangis pada waktu sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.
- Tangisan yang keterlaluan: Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah bayi anda mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
- Menangis tanpa sebab yang jelas: Menangis yang berkaitan dengan masalah kembung pada perut berlaku tanpa sebab yang jelas.
- Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolik.
Tip melegakan kembung perut pada baby
- Teknik penyusuan
Anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.
Ini akan membantu memberikan posisi paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena nipple crack yang amat pedih!
- Tukar susu formula
Apa lagi petua hilangkan kembung perut?
Masalah kembung perut pada baby mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu. Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.
- Puting yang sesuai
Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian. Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.
- Menjaga pemakanan
Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang diketahui menyebabkan baby alami kembung. Antara jenis makanan yang harus dielakkan adalah kubis, brokoli, bunga kubis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu.
- Sendawakan bayi
Bayi kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap. Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi.
Jika bayi anda muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan ia merupakan satu keadaan tidak berbahaya bagi bayi.
- Alihkan perhatian
Alihkan tumpuan bayi dengan membawanya bersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah. Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.
- Mengurut
Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Sebaiknya anda perlu memastikan teknik urutan yang anda gunakan adalah betul dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.
- Dodoikan
Ada masanya masalah kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk bayi anda. Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali meninggikan suara pada bayi. Cuba untuk memberikannya ketenangan.
- Dapatkan bantuan
Cuba dapatkan bantuan pasangan agar mereka dapat meredakan tekanan yang menyelubungi perasaan anda. Pastikan ibu semua mendapat rehat yang secukupnya kerana anda juga perlu sihat untuk menguruskan bayi.
Petua atasi bayi kembung perut
Petua-petua berikut boleh membantu melegakan bayi kembung perut:
- Pegang secara tegak semasa penyusuan
Jika anda sedang menyusu badan, ia mungkin membantu untuk membolehkan bayi anda menyusu pada satu payudara sehingga ia hampir kosong sebelum menukar ke bahagian satu lagi.
- Pertimbangkan mengubah diet
Diet ibu menyusu badan mungkin tidak memainkan peranan dalam simptom kolik bayi.
Dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan, mengeluarkan alergen berpotensi dari diet mungkin boleh mengesan alergi makanan tidak diketahui pada bayi.
- Tukar susu formula
Susu formula berkemungkinan tidak menyebabkan simptom-simptom mereka. Tetapi, bertukar kepada sejenis formula yang dipanggil susu formula hidrolyzate mungkin boleh membuat perbezaan jika bayi anda alah kepada susu lembu atau tidak toleransi kepada susu.
- Tukar botol
Mencuba jenis botol atau puting susu yang berbeza boleh membantu mengurangkan sedikit daripada simptom bayi anda.
Kesimpulan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk si manja anda.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]