Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Si Manja Sudah Masuk 10 Bulan, Mama Jom Tukar Resipi Untuk Baby Yang Baru Tumbuh Gigi!
Sedang mencari resipi menarik untuk si manja 10 bulan yang sudah ada gigi susu? Dalam artikel ini kami ada kongsikan beberapa idea termasuk juga resepi makanan bayi 10 bulan yang belum tumbuh gigi boleh anda cuba, paling penting sedap!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Resepi makanan bayi 10 bulan
Memasuki usia 10 bulan, gigi susu si kecil mungkin sudah mula tumbuh. Dengan gigi susu yang sudah mulai tumbuh lebih banyak, ini secara tidak langsung membolehkan si manja untuk mengunyah makanan enak bertekstur padat.
Pada tempoh ini, anda digalakkan memberi si manja finger food– iaitu makanan yang boleh dimakan terus dengan tangan.
Selain memberikan makanan jejari daripada buah-buahan atau sayuran, terdapat beberapa resepi makanan bayi 9 bulan lain yang boleh anda berikan kepada anak.
Resepi makanan bayi 9 bulan #1. Jejari kentang sayur
Masukkan air ke dalam periuk dan rebuskan bawang, isi ayam, kentang dan lobak.
Apabila kentang dan lobak empuk, masukkan makaroni dan tambahkan sedikit serbuk ikan bilis.
Biarkan seketika sehingga sup mendidih dan padamkan api.
Jika si manja masih belum mempunyai gigi, tidak mengapa. Berikut ada beberapa tekstur makanan bayi 10 bulan yang sesuai untuk si kecil yang belum tumbuh gigi.
Resepi makanan bayi 10 bulan yang belum tumbuh gigi
Sediakan doh dengan mencampurkan tepung, yogurt, serbuk penaik, telur, keju cheddar, minyak zaitun dan garam.
Masukkan sayur ke dalam adunan doh.
Kemudian pindahkan doh ke dalam loyang mufin yang telah disapu mentega.
Bakar pada suhu 180℃ selama 20 minit atau sehingga perang keemasan dan padat.
Selepas sejuk, potongkan kepada beberapa bahagian kecil dan hidangkan kepada si manja.
Resepi makanan bayi 10 bulan #3. Strawberi mufin
Bahan-bahan:
3 biji pisang – dilenyekkan
Segenggam strawberi – dipotong kecil (boleh digantikan dengan beri biru)
¼ cawan susu
1 sudu teh mentega – untuk disapu pada loyang pembakar
Cara penyediaan:
Masukkan pisang ke dalam mangkuk, tambahkan susu dan adun sebati.
Sapukan mentega pada loyang mufin mini.
Letakkan beberapa potongan buah strawberi di dalam setiap slot mufin.
Tuangkan campuran susu dan pisang.
Bakar mufin selama 15 minit atau sehingga masak.
Keluarkan mufin dan biarkan sejuk.
Potong mufin kepada potongan kecil dan berikan kepada si comel.
Adakah anda mendapat inspirasi daripada resepi makanan bayi 10 bulan yang dikongsikan? Selamat mencuba!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sample Menu for a Baby 8 to 12 Months Old. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/feeding-nutrition/Pages/sample-one-day-menu-for-an-8-to-12-month-old.aspx, Accessed on Feb 22, 2023
Meal Ideas: Month 10. https://www.healthhub.sg/live-healthy/2024/meal-ideas-month-10m, Accessed on Feb 22, 2023
10-Month-Old Baby Food: Ins and Outs. https://flo.health/being-a-mom/your-baby/baby-care-and-feeding/10-month-old-baby-food, Accessed on Feb 22, 2023
Recipes for 9 – 12 Months Old. https://mynutribaby.org.my/recipes-for-9-12-months-old/, Accessed on Feb 22, 2023
Introducing solid foods for babies. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/eating-tips-for-babies. Accessed on Feb 27, 2023
Resepi Makanan Bayi 10 Bulan Senang Untuk Masak. https://bidadari.my/resepi-makanan-bayi-10-bulan/, Accessed on Feb 22, 2023
Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-sedap! https://www.majalahpama.my/menu-anak-9-10-bulan-buat-anak-tak-bosan-makan-semua-sedap-sedap/, Accessed on Feb 22, 2023
Versi Terbaru
06/11/2024
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor