backup og meta

Si Manja Sudah Masuk 10 Bulan, Mama Jom Tukar Resipi Untuk Baby Yang Baru Tumbuh Gigi!

Si Manja Sudah Masuk 10 Bulan, Mama Jom Tukar Resipi Untuk Baby Yang Baru Tumbuh Gigi!

Sedang mencari resipi menarik untuk si manja 10 bulan yang sudah ada gigi susu? Dalam artikel ini kami ada kongsikan beberapa idea termasuk juga resepi makanan bayi 10 bulan yang belum tumbuh gigi boleh anda cuba, paling penting sedap!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Resepi makanan bayi 10 bulan

Memasuki usia 10 bulan, gigi susu si kecil mungkin sudah mula tumbuh. Dengan gigi susu yang sudah mulai tumbuh lebih banyak, ini secara tidak langsung membolehkan si manja untuk mengunyah makanan enak bertekstur padat.

Pada tempoh ini, anda digalakkan memberi si manja finger food – iaitu makanan yang boleh dimakan terus dengan tangan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Selain memberikan makanan jejari daripada buah-buahan atau sayuran, terdapat beberapa resepi makanan bayi 9 bulan  lain yang boleh anda berikan kepada anak.

Resepi makanan bayi 9 bulan #1. Jejari kentang sayur

Bahan-bahan:

resepi makanan bayi 10 bulan
Menu jejari kentang sayur untuk bayi 9 bulan
  • 2 biji kentang – dikukus
  • ¼ biji labu
  • Isi ayam – dikukus atau rebus dan dicincang
  • Brokoli – dicincang
  • ½ batang lobak merah – disagat
  • ¼ bawang holland – dicincang
  • ½ cawang tepung gandum
  • Telur 
  • Minyak untuk menumis, menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Lenyek kentang dan labu, kemudian masukkan tepung. Gaul sebati.
  2. Masukkan ayam ke dalam adunan dan sebatikan.
  3. Tumiskan bawang, lobak dan brokoli hingga layu.
  4. Tuangkan bahan yang ditumis ke dalam adunan tadi – gaul sebati kesemuanya.
  5. Bentukkan adunan membentuk jejari mengikut kesesuaian anak – tidak terlalu tebal.
  6. Celupkan jejari ke dalam telur dan goreng dengan sedikit minyak dan api perlahan.
  7. Apabila jejari kentang menjadi kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.
  8. Boleh dihidangkan kepada si manja.
resepi makanan bayi 10 bulan
Cara menenangkan bayi yang meragam akibat tumbuh gigi.

#2. French toast, antara resepi makanan bayi 10 bulan mudah dicuba

Bahan-bahan:

  • Roti gandum
  • Telur
  • Susu penuh krim
  • Ekstrak vanila
  • Serbuk kayu manis – boleh abaikan jika tidak mahu
  • Mentega – boleh digantikan dengan minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Pukul telur, susu, ekstrak vanila dan serbuk kayu manis di dalam mangkuk.
  2. Panaskan pan bersama mentega dengan api sederhana.
  3. Potong roti mengikut kesesuaian dan celupkan ke dalam adunan telur tadi.
  4. Masak roti hingga kuning keemasan tetapi pastikan tidak terlalu garing. Terbalikkan roti sekali-sekala untuk memastikan kedua-dua bahagian roti masak.

Resepi makanan bayi 10 bulan #3. Sup makaroni

Bahan-bahan:

  • 1 cawan makaroni – direbus 
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 100gram isi ayam – dipotong kecil
  • 1 biji kentang (bersaiz kecil) – dipotong dadu
  • ½ biji lobak merah – dipotong dadu
  • 1 mangkuk kecil brokoli – dipotong kecil
  • Sedikit serbuk ikan bilis 
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan rebuskan bawang, isi ayam, kentang dan lobak.
  2. Apabila kentang dan lobak empuk, masukkan makaroni dan tambahkan sedikit serbuk ikan bilis.
  3. Biarkan seketika sehingga sup mendidih dan padamkan api.

Jika si manja masih belum mempunyai gigi, tidak mengapa. Berikut ada beberapa tekstur makanan bayi 10 bulan yang sesuai untuk si kecil yang belum tumbuh gigi.

Resepi makanan bayi 10 bulan yang belum tumbuh gigi

Snack untuk bayi 10 bulan #1. Pasta tomato

Bahan-bahan:

  • Pasta penne atau berbentuk cengkerang
  • Minyak zaitun atau mentega
  • Puri tomato
menu anak
Resipi pasta tomato yang enak.

Cara penyediaan snack untuk bayi 10 bulan:

  1. Rebus air dan masak pasta sehingga empuk.
  2. Dalam kuali, masukkan minyak zaitun atau mentega. Kemudian tambah pasta yang sudah dimasak.
  3. Masukkan puri tomato dan gaul sebati.
  4. Sedia dihidang kepada si manja.

#2. Quiche sebagai snack untuk bayi 10 bulan

Bahan-bahan:

  • 2-3 cawan tepung gandum
  • ¼ cawan minyak zaitun
  • 1 cawan sayur lobak merah – dipotong dadu
  • 1 cawan bayam – dihiris halus
  • 1 cawan brokoli – dipotong
  • 4 biji pisang – dilenyekkan
  • 1 cawan keju cheddar – diparut
  • 1 cawan yogurt
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • Garam secukup rasa – pilihan
  • Telur- siap dipukul

Cara penyediaan:

  1. Kukuskan sayur.
  2. Sediakan doh dengan mencampurkan tepung, yogurt, serbuk penaik, telur, keju cheddar, minyak zaitun dan garam.
  3. Masukkan sayur ke dalam adunan doh.
  4. Kemudian pindahkan doh ke dalam loyang mufin yang telah disapu mentega.
  5. Bakar pada suhu 180℃ selama 20 minit atau sehingga perang keemasan dan padat.
  6. Selepas sejuk, potongkan kepada beberapa bahagian kecil dan hidangkan kepada si manja.

Resepi makanan bayi 10 bulan #3. Strawberi mufin

Bahan-bahan:

  • 3 biji pisang – dilenyekkan
  • Segenggam strawberi – dipotong kecil (boleh digantikan dengan beri biru)
  • ¼ cawan susu
  • 1 sudu teh mentega – untuk disapu pada loyang pembakar

Cara penyediaan:

  1. Masukkan pisang ke dalam mangkuk, tambahkan susu dan adun sebati.
  2. Sapukan mentega pada loyang mufin mini.
  3. Letakkan beberapa potongan buah strawberi di dalam setiap slot mufin.
  4. Tuangkan campuran susu dan pisang.
  5. Bakar mufin selama 15 minit atau sehingga masak.
  6. Keluarkan mufin dan biarkan sejuk.
  7. Potong mufin kepada potongan kecil dan berikan kepada si comel.
Adakah anda mendapat inspirasi daripada resepi makanan bayi 10 bulan yang dikongsikan? Selamat mencuba! 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sample Menu for a Baby 8 to 12 Months Old. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/feeding-nutrition/Pages/sample-one-day-menu-for-an-8-to-12-month-old.aspx, Accessed on Feb 22, 2023
  2. Meal Ideas: Month 10. https://www.healthhub.sg/live-healthy/2024/meal-ideas-month-10m, Accessed on Feb 22, 2023
  3. 10-Month-Old Baby Food: Ins and Outs. https://flo.health/being-a-mom/your-baby/baby-care-and-feeding/10-month-old-baby-food, Accessed on Feb 22, 2023
  4. Recipes for 9 – 12 Months Old. https://mynutribaby.org.my/recipes-for-9-12-months-old/, Accessed on Feb 22, 2023 
  5. Introducing solid foods for babies. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/eating-tips-for-babies. Accessed on Feb 27, 2023 
  6. Resepi Makanan Bayi 10 Bulan Senang Untuk Masak. https://bidadari.my/resepi-makanan-bayi-10-bulan/, Accessed on Feb 22, 2023
  7. Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-sedap! https://www.majalahpama.my/menu-anak-9-10-bulan-buat-anak-tak-bosan-makan-semua-sedap-sedap/, Accessed on Feb 22, 2023

Versi Terbaru

06/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ibu Ada Masalah Bengkak Susu? Cuba Ubat Farmasi Ini & Cara Lain Untuk Atasinya!

Ibu Ayah, Jangan Cepat Panik Bila Bayi Jatuh Katil Ya? Lakukan 5 Langkah Ini Segera!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan