8 Tip Menidurkan Bayi Anda yang Baru Lahir

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Menidurkan bayi kadangkala boleh jadi cabaran buat ibu bapa terutamanya yang baru menyambut cahaya mata pertama. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tip-tip berkesan menidurkan bayi anda yang baru lahir.

Bagaimanakah Menidurkan Bayi Anda?

#1. Gunakan puting palsu

Pertama sekali, ibu bapa boleh menggunakan puting palsu. Ini merupakan tip yang paling penting diketahui oleh ibu bapa. Ini kerana kebanyakan bayi memang akan mudah tidur dengan lebih nyenyak jika disumbat dengan puting palsu.

#2. Bedung bayi

Bedung bayi untuk menidurkan mereka adalah antara tip yang sudah diamalkan sejak turun-temurun lagi. Ini terbukti berkesan kerana ia akan memberikan sensasi seperti mereka dipeluk oleh anda. Namun begitu, pastikan anda membedung bayi dengan betul. Baca: Bedung Bayi dengan Cara yang Betul untuk Mengelakkan “Hip Dysplasia”

#3. Gendong bayi

Mesti anda selalu melihat bayi tertidur ketika digendong oleh ibu atau bapa mereka, bukan? Ini disebabkan mereka akan lebih dekat dengan ibu bapanya sehinggakan mampu mendengar bunyi degupan jantung. Bunyi inilah yang bayi sebenarnya dengar ketika berada dalam rahim dan mereka amat tenang tatkala mendengarnya.

#4. Dodoi bayi

Ya, ini merupakan antara tip paling berkesan. Ibu bapa hanya perlu menepuk-nepuk badan bayi ketika berbaring di sebelahnya. Pada masa yang sama, anda juga boleh menyanyikan lagu kegemaran mereka dengan nada yang sangat rendah, seakan-akan berbisik ke telinga mereka.

#5. Pasangkan muzik

Jika anda bukan seorang penyanyi yang bagus dan suara anda hanya akan menyebabkan bayi tidak tenang, anda juga boleh menggunakan alternatif lain dengan memasangkan muzik. Sebaiknya, pasangkan lagu yang tenang dengan kelantangan yang perlahan sahaja.

#6. Berbual-bual dengan bayi

Dalam pada itu, anda juga boleh berbual-bual sahaja dengan bayi anda. Suara anda yang sudah didengari bayi sejak 9 bulan dalam kandungan sudah pasti akan membuat mereka lebih tenang dan mudah mendatangkan mengantuk.

#7. Pastikan tempat tidur bayi selesa

Tempat tidur juga merupakan aspek yang paling penting untuk bayi tidur lebih nyenyak. Oleh itu, pastikan anda alaskan tempat tidur bayi dengan tilam, selimut dan bantal yang selesa. Selain itu, ibu bapa juga perlu panaskan tempat tidur mereka lebih-lebih lagi jika cuaca pada malam itu sangat sejuk.

#8. “White noise”

“White noise” adalah bunyi aneh yang dikeluarkan oleh objek-objek di rumah kita seperti televisyen, vakum, mesin basuh dan pengisar makanan, sebagai contoh. Percaya atau tidak, bunyi-bunyian seperti ini boleh menyebabkan bayi berasa mengantuk lalu mudah untuk tertidur. Oleh itu, muat turun sahaja bunyi “white noise” ini ke dalam telefon pintar anda dan mainkannya ketika hendak menidurkan bayi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Anak Kurang Berisiko Dapat Alahan? Ibu Boleh Cuba Minum Lebih Banyak Susu Lembu!

    Menurut kajian, ibu yang gemar minum susu lembu semasa menyusukan anak kurang berisiko untuk mendapat anak yang mempunyai alahan makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan Makanan 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Kehamilan Sahaja Penyebab Haid Lewat, 5 Perkara Ini Turut Menyumbang!

    Haid, ada masa ia sampai awal, ada masa lambat. Waktu lain pula, tempohnya boleh berubah-ubah jumlah harinya. Jadi, apa sebenarnya punca period lambat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Haid 04/03/2021 . 2 minit bacaan

    Benarkah Air Mazi TIDAK Menyebabkan Kehamilan? Ini Tanggapan Yang Harus Diperbetulkan

    Benarkah air mazi iaitu bukan punca yang menyebabkan wanita akan keluar cecair coklat atau hamil? Ini beza air mazi dan air mani yang perlu anda fahami.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Cubaan Hamil, Cubaan Hamil Lain 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Bila Ia Akan Berakhir? Virus Selesema Burung, H5N8 Muncul Pula Di Negara Rusia!

    Tahukah anda, baru-baru ini terdapat virus strain baru iaitu H5N8 telah dikenal pasti di Rusia? Mari teruskan pembacaan dan ketahui lebih lanjut mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Virus Lain 04/03/2021 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    khasiat ginseng

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    pemberian vaksin

    Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    mata bertahi

    Penuh Tahi Mata Sampai Susah Nak Kelip? Kena Periksa Cadar Tilam & Sarung Bantal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 2 minit bacaan
    sendawa berlebihan

    Aduh, Busuknya Bau Sendawa! Ketahui 5 Perkara Mungkin Jadi Punca Sendawa Bau Telur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan