backup og meta

Ibu Menyusu Perlu Ambil Dan Elak 11 Jenis Makanan Ini, Jika Baby Ada Jaundis

Ibu Menyusu Perlu Ambil Dan Elak 11 Jenis Makanan Ini, Jika Baby Ada Jaundis

Situasi bayi baru lahir mengalami masalah jaundis atau demam kuning adalah normal. Tetapi adakah terdapat sebarang makanan ibu untuk bayi kuning yang perlu diamalkan bagi membantu mempercepatkan penyembuhan si kecil?

Jawapannya adalah ya. Kalau ingin tahu, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui petua tradisional hilangkan kuning bayi yang disarankan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Masalah kuning bayi

Jaundis adalah tanda peningkatan paras bilirubin, yang merupakan perkara biasa semasa minggu pertama kehidupan. Ini terutamanya dalam kalangan bayi yang dilahirkan pramatang.

Bilirubin merupakan hasil pecahan normal sel darah merah. Parasnya boleh meningkat pada bayi baru lahir disebabkan beberapa faktor:

  • Jangka hayat sel darah yang pendek serta tahap kepekatannya yang tinggi berbanding dewasa menyebabkan kadar pengeluaran bilirubin lebih banyak pada bayi baru lahir
  • Fungsi hati yang masih tidak matang turut memberi kesan kepada metabolisme bilirubin lebih perlahan
  • Kelewatan dalam laluan mekonium boleh menyebabkan peningkatan penyerapan semula bilirubin dalam usus

Demam kuning pada bayi baru lahir biasanya disebut sebagai jaundis fisiologi dan dianggap tidak berbahaya.

Jenis makanan ibu untuk bayi kuning

Umumnya, kita pasti sedia maklum bahawa mengekalkan diet yang sihat boleh mempercepatkan proses penyembuhan badan.

Tetapi apabila berkaitan dengan jaundis pada bayi, untuk ibu yang menyusu badan, diet anda juga boleh membantu dalam memulihkan tubuh si kecil.

Ini kerana apa yang anda makan, memberi kesan langsung pada susu ibu. Jadi disebabkan itu, amat penting untuk ibu memilih makanan berkhasiat dan mengelakkan makanan yang boleh mengakibatkan gangguan gastrousus pada si kecil.

makanan ibu untuk bayi kuning
Tips mengurangkan jaundis bayi baru lahir.

Makanan ibu untuk bayi kuning

Beberapa makanan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan si kecil daripada demam kuning, seperti:

1. Makanan tinggi serat, sebagai petua tradisional hilangkan kuning bayi

Makanan serat – terutamanya serat larut – membantu memindahkan hempedu keluar dari hati. Keadaan ini boleh mengurangkan ketoksikan.

Nutrien yang sangat penting ini terdapat dalam pelbagai jenis makanan, termasuk:

Makanan ibu untuk bayi kuning yang berserat tinggi termasuk:

  • Sayuran seperti brokoli
  • Buah beri
  • Oat 
  • Badam 
  • Beras perang
  • Quinoa

2. Buah-buahan & sayuran, antara makanan ibu untuk bayi kuning

Makanan ibu untuk bayi kuning seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar mengandungi antioksidan dan tinggi serat yang boleh membantu mengehadkan kerosakan hati semasa metabolisme dan memudahkan penghadaman.

Kebanyakan buah dan sayuran menawarkan nutrien yang baik untuk hati, tetapi berikut beberapa jenis yang terbaik, antaranya:

  • Kranberi, beri biru, dan anggur
  • Buah sitrus terutamanya lemon, limau dan limau gedang
  • Betik dan tembikai
  • Labu, ubi keledek dan keladi
  • Avokado dan buah zaiton
  • Buah tomato
  • Lobak merah, ubi bit
  • Brokoli, kubis bunga
  • Halia dan bawang putih
  • Bayam dan sayur kolard

3. Petua hilangkan kuning bayi dengan mengambil bijirin penuh

Makanan bijirin penuh mengandungi jumlah nutrien mesra hati yang tinggi, termasuk lemak sihat, serat, antioksidan dan mineral.

makanan ibu untuk bayi kuning
Manfaat pengambilan bijirin.

4. Pengambilan cecair, penting dalam makanan ibu untuk bayi kuning

Kekal terhidrat adalah salah satu cara terbaik untuk membantu hati pulih daripada jaundis. 

Air bukan sahaja membantu memudahkan penghadaman, tetapi ia juga membantu hati dan buah pinggang membuang toksin.

Anda boleh menambah satu sudu teh atau lebih jus lemon, limau gedang segar sebagai perasa semula jadi untuk air sebagai dos antioksidan tambahan.

Petua tradisional hilangkan kuning bayi 5. Protein tanpa lemak

Protein tanpa lemak, termasuk tauhu, kekacang, dan ikan, mengurangkan tekanan pada hati.

Spesies ikan berminyak seperti salmon dan tenggiri, mengandungi omega-3 dan zink – yang membantu memetabolismekan asid lemak, alkohol, karbohidrat dan protein.

Manakala brokoli dan oat memberikan manfaat kepada anda dan bayi dengan memastikan kalian mendapat nutrien yang diperlukan bagi membolehkan hati berfungsi lebih berkesan.

Makanan ibu untuk bayi kuning perlu dielakkan

Seperti makanan membantu mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan penyakit kuning si kecil, sudah tentu ada yang sebaliknya.

Berikut beberapa jenis makanan tidak sihat yang harus dielakkan daripada ‘dihantar’ kepada si kecil melalui susu badan anda:

1. Minuman beralkohol

Alkohol adalah toksik kepada kebanyakan tisu badan dalaman, termasuk hati. 

Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh menyebabkan keradangan kronik, mengurangkan fungsi hati dan membawa kepada fibrosis.

2. Karbohidrat yang ditapis

Soda, bakeri, roti putih dan pasta semuanya mengandungi jumlah gula halus yang tinggi.

3. Makanan dalam tin, berbungkus & salai

Makanan berbungkus, dalam tin atau salai mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Pengawet ini biasanya merupakan bentuk garam, seperti nitrat dan sulfat.

Garam mengeringkan badan, menjadikan pencernaan dan metabolisme lebih sukar, dan memberi tekanan pada hati.

contoh makanan dalam tin
Keburukan makanan dalam tin.

Punca kuning bayi lambat turun 4. Lemak tepu & trans

Makanan bergoreng, berminyak dan fast food mengandungi jumlah lemak tepu dan trans yang tinggi serta sukar dihadam.

5. Ikan & kerang mentah atau kurang masak, makanan ibu untuk bayi kuning perlu dihindari

Ikan dan kerang kurang masak atau mentah boleh mengandungi toksin yang boleh merosakkan hati dan organ pencernaan lain.

Terdapat juga risiko ia mengandungi virus, bakteria dan parasit yang boleh menjangkiti hati.

6. Daging merah

Daging merah seperti daging lembu mengandungi tahap asid amino dan lemak haiwan yang tinggi. Ia mungkin sukar dihadam dan memberi tekanan pada hati yang rosak.

Makanan ini tidak baik untuk anda dan bayi anda. Ia mungkin tidak memburukkan jaundis si kecil, tetapi juga memberi kesan dalam mempercepatkan penyembuhan.

Kesimpulan

Walaupun anda mungkin mengamalkan makanan ibu untuk bayi kuning, namun terdapat perkara penting lain yang perlu diberikan perhatian.
Anda harus segera membawa bayi untuk pemeriksaan doktor jika jaundis yang dialami tidak sembuh dalam tempoh 2 minggu.
Punca kuning bayi lambat turun mungkin disebabkan daripada jangkitan, masalah dengan hati atau sistem hempedu, metabolisme atau genetik.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What Should Mother Eat When Baby Has Jaundice? https://uncustomary.org/what-should-mother-eat-when-baby-has-jaundice/, Accessed on Aug 30, 2022
  2. Jaundice. https://www.cdc.gov/breastfeeding/breastfeeding-special-circumstances/maternal-or-infant-illnesses/jaundice.html#, Accessed on Aug 30, 2022
  3. Jaundice in Newborns. https://kidshealth.org/en/parents/jaundice.html, Accessed on Aug 30, 2022
  4. Food Tips for Breastfeeding Mums. https://www.healthxchange.sg/women/post-pregnancy/food-tips-breastfeeding-mums, Accessed on Aug 30, 2022 
  5. Breast Feeding and Jaundice. https://www.birthinjuryhelpcenter.org/jaundice-breastfeeding.html, Accessed on Aug 30, 2022
  6. Breast milk jaundice. https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/breast-milk-jaundice, Accessed on Aug 30, 2022
  7. Does My Diet Affect My Breast Milk? https://mypositiveparenting.org/2017/08/06/does-my-diet-affect-my-breast-milk/, Accessed on Aug 30, 2022 

Versi Terbaru

07/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ini 11 Punca Si Manja MOGOK Untuk Menyusu, Ibu Sila Periksa!

Ini Manfaatnya Jika Ibu Guna Kedua-dua Payudara Masa Susukan Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan