Kelahiran pramatang berlaku apabila bayi dilahirkan lebih 3 minggu awal sebelum tarikh jangkaan bersalin. Tetapi apakah punca yang menyebabkan bayi prematur 7 bulan dilahirkan awal?
Buat bakal ibu dan ayah, ikut perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Punca bayi prematur 7 bulan
Secara amnya, bayi tidak cukup bulan melibatkan kelahiran yang terjadi sebelum bermulanya minggu kehamilan ke-37.
Keadaan ini boleh terjadi disebabkan pelbagai punca.
Dalam kebanyakan kes, kelahiran pramatang berlaku secara spontan dan puncanya tidak dapat dikenal pasti.
Namun, ada juga disebabkan oleh proses induce awal atau bersalin secara caesarean yang disebabkan oleh masalah perubatan atau bukan perubatan.
Pun begitu, terdapat juga beberapa keadaan kehamilan yang berisiko mengakibatkan berlakunya kelahiran awal ini.
Terdapat beberapa faktor melibatkan ibu dan kandungan yang menyumbang kepada kelahiran bayi prematur 7 bulan.
Kehamilan berganda (kembar 2 atau lebih)
Antara punca utama untuk kelahiran pramatang adalah mengandung anak kembar atau kehamilan berganda.
Sejak beberapa tahun lalu, kadar kelahiran berganda semakin meningkat. Keadaan ini disebabkan oleh penggunaan ubat kesuburan dan bantuan teknik pembiakan.
Dianggarkan hampir separuh kelahiran bayi kembar berlaku ketika kandungan berusia 36 minggu atau kurang.
Malah, separuh daripada kehamilan kembar 3 dilahirkan sebagai bayi prematur 7 bulan.
Kebanyakan wanita dengan kehamilan berganda ini mengalami proses kelahiran pramatang secara spontan.
Adakalanya situasi bersalin awal ini juga terjadi kerana wujudnya komplikasi semasa kehamilan.
Ibu hamil alami masalah dengan rahim atau serviks
Terdapat dua keadaan pada ibu yang boleh mencetuskan kelahiran pramatang, iaitu:
- Gangguan plasenta – keadaan di mana plasenta berpisah daripada rahim semasa kehamilan
- Serviks lemah atau incompetent cervix – serviks tanpa rasa sakit secara perlahan-lahan terbuka sebelum waktu yang sepatutnya
Jangkitan pada ibu punca bayi prematur 7 bulan
Sebarang jangkitan yang dialami ibu ketika mengandung seperti penyakit jangkitan kelamin (STD), jangkitan rahim, saluran kencing atau faraj boleh mengakibatkan bayi lahir tidak cukup bulan.
Masalah jangkitan saluran kencing yang tidak dirawat akan meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
Begitu juga dengan jangkitan vaginosis bakteria. Ia juga boleh menggandakan risiko untuk bayi dilahirkan tidak cukup bulan.
Antara simptom utama vaginosis adalah keputihan ringan atau berat yang disertai bau hanyir.
Baca juga:
Masalah perubatan pada ibu
Sesetengah masalah perubatan kronik yang dialami ibu turut mengakibatkan kelahiran bayi prematur 7 bulan seperti:
Preeklampsia
Merupakan keadaan yang menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi dan kewujudan protein dalam air kencing.
Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan sawan atau membawa maut.
Pengambilan ubatan boleh membantu. Namun, kelahiran bayi adalah jalan terbaik untuk memulihkan preeklampsia.
Perkembangan janin lemah
Terdapat banyak sebab mengapa bayi tidak membesar dengan baik semasa dalam kandungan.
Antaranya kerana masalah dengan plasenta, jangkitan tertentu, kehamilan berganda atau anomali genetik pada bayi yang mengakibatkan sekatan pertumbuhan intrauterin (IUGR).
Dalam beberapa kes, bayi mungkin perlu dilahirkan lebih awal.
Gangguan plasenta
Masalah kehamilan melibatkan plasenta ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang melampau pada ibu dan bayi, seterusnya boleh membawa maut.
Prosedur kelahiran kecemasan mungkin perlu dilakukan.
Masalah janin punca bayi prematur 7 bulan
Adakalanya wujud masalah pada bayi ketika kehamilan yang tidak diketahui puncanya.
Beberapa keadaan seperti masalah dengan tali pusat, aliran darah, penyakit hati adalah beberapa punca terjadinya masalah janin.
Diabetes & tekanan darah tinggi
Masalah kesihatan sedia ada yang dialami ibu turut boleh menjadi penyumbang kepada bayi lahir tidak cukup bulan.
Diabetes
Komplikasi yang disebabkan oleh peningkatan kadar gula dalam darah dapat meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
Kajian menunjukkan bahawa risiko kelahiran awal akibat diabetes kehamilan lebih besar jika seorang ibu menghidap masalah kesihatan ini sebelum minggu ke-24 kehamilan.
Selepas minggu ke-24, kemungkinan kelahiran prematur menurun.
Tekanan darah tinggi
Salah satu komplikasi yang mungkin dialami oleh wanita hamil dengan tekanan darah tinggi adalah kelahiran pramatang, atau melahirkan sebelum minggu ke-37.
Tekanan darah tinggi semasa kehamilan menyukarkan bayi untuk mendapatkan oksigen dan nutrien yang cukup untuk membesar, sehingga perlu bersalin lebih awal.
Sejarah kelahiran pramatang punca bayi prematur 7 bulan
Seorang wanita mempunyai risiko untuk bersalin awal sekiranya mempunyai sejarah keluarga yang melahirkan anak tidak cukup bulan.
Ini bermaksud jika seseorang dalam keluarga anda, seperti ibu, nenek atau adik-beradik perempuan mempunyai bayi pramatang.
Jika seorang individu wanita itu sendiri merupakan bayi prematur, kecenderungan untuk bersalin awal adalah lebih tinggi.
Mengetahui kewujudan risiko ini dapat membantu anda dan doktor untuk menentukan sama ada memerlukan penjagaan khas bagi menghindari kelahiran pramatang atau tidak.
Jika anda berisiko tinggi, doktor akan memutuskan langkah penyediaan kesihatan yang boleh diamalkan untuk memastikan hasil terbaik buat diri ibu dan kandungan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]