backup og meta

Ada Anak Kembar? Jom Ketahui 4 Fakta Menarik Mengenai Mereka

Ada Anak Kembar? Jom Ketahui 4 Fakta Menarik Mengenai Mereka

Mesti seronok jika mempunyai anak kembar. Berpakaian sama, perangai pun lebih kurang sama. Tetapi adakah semua perkara akan dibuat oleh si kembar bersama-sama? Haaa, jom ketahui 4 fakta anak kembar yang menarik.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Fakta anak kembar kongsi kebijaksanaan, betul ke?

Pada tahun 2020, ada berita mengenai pasangan kembar yang memiliki keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang sama, dengan masing-masing memperolehi skor purata gred kumulatif (CGPA) sebanyak 4.0, walaupun berbeza kelas. 

Mengulas mengenai kejayaan mereka, pelajar daripada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin, Tan Xing Hong dan Xing Han yang berusia 20 tahun, memberitahu bahawa mereka akan belajar, berkongsi maklumat dan pengetahuan bersama-sama.

“Walaupun kami berada di dalam kelas yang berbeza di sekolah. Namun masih wujud persaingan sihat antara kami untuk melakukan yang terbaik dalam pelajaran,” ujar Xing Han.

fakta anak kembar
Sumber: The Star

Adakah ini bermakna pasangan kembar akan mempunyai tahap kepandaian yang sama?

Sebenarnya, apa yang berlaku kepada pasangan kembar di atas adalah disebabkan usaha mereka sendiri.

Pandai atau tidak anak kembar atau anak-anak lain yang tidak mempunyai kembar adalah bergantung 100% kepada usaha dan ikhtiar mereka untuk berjaya.

Tiada DNA atau genetik yang boleh menentukan tahap kejayaan atau kepintaran seseorang itu melainkan usaha mereka sendiri.

Fakta anak kembar yang menarik

Banyak perkara mengenai si kembar yang sering kita salah anggap sedangkan ia hanyalah sekadar kepercayaan semata-mata. Apa kata kita bongkar 4 fakta menarik mengenai pasangan kembar ini.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

  1. Cap jari tidak sama

Sudah namanya kembar, mestilah semuanya sama. Haaa…ia adalah fakta anak kembar yang tidak tepat sama sekali.

Walaupun pasangan kembar memiliki raut wajah yang hampir seiras, namun itu tidak bermakna bahawa mereka turut akan mempunyai cap jari yang serupa.

Cap jadi tidak terhasil berdasarkan DNA semata-mata. Ketika dalam kandungan, kedua-dua pasangan kembar akan bermula dengan cap jari yang sama. 

fakta anak kembar

Walau bagaimanapun, pada minggu ke-6 hingga ke-13 kehamilan, ketika bayi mula bergerak, mereka akan menyentuh kantung amniotik dan garisan unik dan ridges akan mula terbentuk.

Keadaan ini sekali gus akan menghasilkan cap jari yang berbeza.

  1. Imej cermin seiras, antara fakta anak kembar

Jika pasangan kembar seiras melihat pasangan mereka, ia seperti melihat imej diri sendiri pada cermin. Ini kerana mereka dikatakan mempunyai ciri asimetri terbalik. Apakah maksudnya itu?

Kira-kira 25% kembar seiras membesar secara menghadapi antara satu sama lain.

Ini bermakna mereka menjadi seperti pantulan. Salah seorang mungkin menulis tangan kanan dan seorang tangan kiri, bahkan tanda lahir juga bertentangan antara satu sama lain.

Keadaan seperti itu berlaku apabila kembar berpisah daripada 1 telur yang disenyawakan setelah seminggu lebih tempoh kesuburan – waktu sperma bergerak melalui faraj ke dalam rahim dan menyuburkan telur di dalam tiub fallopian.

Baca juga:

  1. Tidak semestinya mempunyai genetik yang sama

Walaupun kembar seiras berasal daripada 1 telur yang disenyawakan bersama set arahan genetik yang sama dipanggil genom, namun mereka tetap berkemungkinan untuk mempunyai perbezaan dalam genetik. 

Dalam kajian melibatkan 19 set genom pasangan kembar dewasa yang dilakukan oleh Pakar Genetik dari University of Alabama di Birmingham, Dr Cark Bruder mendapati pada beberapa set, DNA pasangan kembar berbeza dalam bilangan salinan setiap gen yang ada. 

  1. Berinteraksi dalam rahim, antara fakta anak kembar menarik untuk diketahui

Pada 2011, saintis di Umberto Castiello dari University of Padova di Italy mengkaji video 3D kembar di dalam rahim ibu mereka. Hasil kajian itu mendapati pada minggu ke-14 kehamilan, bayi kembar dilihat mencapai satu sama lain. 

anak-kembar--fakta-menarik-pasangan-kembar

Manakala pada minggu ke-18, mereka dilihat lebih kerap menyentuh satu sama lain berbanding menyentuh badan mereka sendiri.

Berdasarkan kajian tersebut, penyelidik mengatakan berdasarkan rakaman analisis kinematik menunjukkan kembar melakukan isyarat berbeza antara satu sama lain.

Sama seperti anak lain

Anak adalah permata hati. Seperti anak yang lain, identical twinmempunyai personaliti, sikap dan sifat yang tersendiri.

Paling penting, parents jangan membeza-bezakan setiap anak, okay? Sayangilah mereka seadanya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fun facts about twins. https://www.twins.org.au/news-and-events/latest-news/news-archive-2014/319-fun-facts-about-twins, Accessed on July 29, 2022
  2. Fraternal twins, identical twins and other types of twins. https://raisingchildren.net.au/pregnancy/health-wellbeing/twin-pregnancy/twins, Accessed on July 29, 2022
  3. Monalisha Sahu and Josyula G Prasuna. (2016). Twin Studies: A Unique Epidemiological Tool. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4919929/, Accessed on July 29, 2022
  4.  Anak Kembar Ni Tak Sama, Perangai Lain-lain, Perkembangan Pun Tak Sama, Mak Ayah Wajib Tahu! https://www.majalahpama.my/anak-kembar-ni-tak-sama-perangai-lain-lain-perkembangan-pun-tak-sama-mak-ayah-wajib-tahu/ / Accessed on Mac 2, 2020
  5. Identical twins bag the perfect score. https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/26/identical-twins-bag-the-perfect-score / Accessed on Mac 2, 2020

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tidur Meniarap, Telentang Atau Mengiring? Ini Posisi Tidur Bayi Yang Betul!

Sunatkan Bayi Perempuan Masa Kecil, Bila Waktu Yang Sesuai? Parents WAJIB Ambil Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan