backup og meta

Sebelum Si Manja Lahir, Mak Ayah Belajar Dulu Cara Pakaikan Baby Lampin, Mudah Saja!

Sebelum Si Manja Lahir, Mak Ayah Belajar Dulu Cara Pakaikan Baby Lampin, Mudah Saja!

Anda baru sahaja bergelar ibu dan tidak tahu bagaimana untuk memakai dan menukar lampin si manja? Jangan risau! Dengan mengikuti tip di bawah, anda akan menjadi ibu yang pakar dalam melampin bayi.  

Apa yang perlu disediakan semasa melampin bayi

Sebelum mula, anda perlu menyiapkan semua benda berada dekat dengan anda kerana anda tidak boleh meninggalkan bayi semasa melampin, walaupun sesaat.

Berikut adalah benda yang anda perlukan: lampin yang bersih, bekas yang mengandungi air suam, kain bersih, salap lampin, dan pelapik menukar lampin untuk mengalas bayi semasa menukar atau memakaikan lampin. 

Pastikan bayi sentiasa dengan anda 

Ingatlah untuk mencuci tangan anda sebelum melampin. Pertama sekali, anda perlu meletakkan bayi pada permukaan yang rata, tidak kira di atas lantai ataupun di meja menukar lampin.

Kemudian, pastikan sebelah tangan anda sentiasa memgang tubuh bayi bagi memastikan si manja tidak berguling. Langkah seterusnya adalah dengan membuka lampin yang kotor dan pada masa yang sama anda memegang kaki si manja.

Teruskan menarik lampin keluar dari bahagian bawah tubuh bayi dengan menggunakan sebelah tangan anda. 

Lap bayi dari depan ke belakang 

Basahkan kain bersih dengan air suam dan kemudian lap lembut bahagian kemaluan bayi dari depan ke belakang.

Ingat bahawa jangan sesekali lap dari belakang ke depan, kerana ia boleh menyebarkan bakteria dan menyebabkan jangkitan pundi kencing, terutama dalam kalangan bayi perempuan.

Jika bayi anda lelaki, letakkan lampin bersih di atas penis bayi semasa anda menukar lampin bagi memastikan dia tidak terkencing pada anda.

Apabila selesai, anda perlu lap bayi dengan kering menggunakan kain bersih dan sapukan sedikit salap lampin. 

Tukar lampin kotor kepada lampin baru

Bagi menukar lampin baru, anda perlu mengangkat kaki bayi dan menarik keluar lampin kotor.

Kemudian, masukkan lampin bersih di bawah bahagian punggung bayi sambil memegang kakinya semasa melampin untuk memastikan kakinya tidak terkena lampin kotor.

Juga, bagi memakaikan lampin, anda perlu untuk menarik bahagian depan lampin sehingga ke paras perutnya.

Uji kemuatan lampin bayi anda

Jika anda tidak pasti lampin bayi anda benar-benar muat, anda boleh periksa dengan memasukkan jari antara lampin dengan pinggang bayi anda.

Bagi bayi baru lahir, anda perlu menarik turun sedikit atas lampin untuk membiarkan tunggul tali pusat terdedah kepada udara.

Mengelakkan ruam lampin

Ruam lampin adalah keadaan yang amat biasa untuk bayi. Bagi mengelakkan ruam lampin, anda perlu menukar lampin dengan kerap, gunakan salap lampin untuk mencegah dan menyembuhkan ruam, dan biarkan sesekali bayi anda bebas lampin. 

Jika ruam lampin muncul, anda perlu mendapatkan bantuan perubatan.

Jika anak anda mengalami demam berpanjangan dengan adanya ruam lampin ataupun ruam lampin menyakitkan si manja, berwarna merah terang dengan melepuh, segera hubungi doktor anda.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to diaper your baby? http://www.webmd.com/parenting/treat-diaper-rash-16/slideshow-diapering. Accessed April 28, 2017.

Baby basics: diapering your baby. http://kidshealth.org/en/parents/diapering.html#. Accessed April 28, 2017.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Stroller Baby Yang Best & Memudahkan Ibu Bapa Untuk Bawa Anak Berjalan!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan