backup og meta

Wanita Bunting Pelamin Bermaksud Hamil Luar Nikah? Ini Fakta Sebenarnya!

Wanita Bunting Pelamin Bermaksud Hamil Luar Nikah? Ini Fakta Sebenarnya!

Jika ditanya maksud bunting pelamin, bunting kahwin atau bunting pengantin, apakah yang boleh anda jelaskan? Adakah pengertian istilah tersebut membawa maksud pengantin perempuan telah mengandung saat berkahwin? 

Jika itu pemahaman anda, awas! Boleh jatuh fitnah. Apa kata anda baca dahulu perkongsian artikel ini untuk mengetahui fakta yang sebenar tentang bunting pengantin, okey?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Maksud bunting pelamin

Istilah bunting pengantin itu sendiri sebenarnya adalah misnomer – nama atau istilah yang tidak betul atau tidak sesuai untuk seseorang atau benda.

Apabila menyebut bunting pelamin atau bunting pengantin, ada yang terfikir bahawa pengantin perempuan telah hamil sebelum majlis persandingan atau ketika berkahwin. Hakikatnya ia adalah salah sama sekali. 

Pengertian yang sebenar adalah wanita yang hamil betul-betul selepas atau sejurus berkahwin atau bersanding. 

Sebagai contoh, pasangan pengantin bernikah pada 4 April 2022. 4 minggu kemudian, iaitu 1 Mei 2022, pengantin perempuan disahkan berbadan dua. Bahkan anggaran usia kandungan telah memasuki 6 minggu. Eh..macam mana tu?

Fahami cara pengiraan usia janin bunting pelamin

Bagi wanita hamil dengan istilah ini, anda akan mendapati usia janin adalah awal 1-2 minggu daripada tarikh pernikahan. Jangan risau, ia sebenarnya perkara normal dalam kehamilan.

Dalam buku antenatal, biasanya anda akan diminta untuk menulis tarikh hari pertama haid yang baru berakhir atau last menstrual period (LMP) dan bukannya tarikh akhir bersama pasangan.

Masih tidak faham? Ini contoh cara pengiraannya:

  • Tarikh hari pertama haid (LMP): 15 April 2022
  • Tarikh bernikah: 29 April 2022
  • Tarikh berjumpa doktor: 29 Mei 2022
  • Kiraan usia kehamilan: 15 April 2022 – 29 Mei 2022 = 6 minggu

Sekiranya diambil pengiraan ini, maka usia kehamilan adalah lebih lama berbanding usia pernikahan kalian. 

Kebiasaannya di klinik pakar wanita, mereka akan menggunakan alat pengiraan yang dikenali sebagai pregnancy wheel bagi membuat kiraan berkaitan tarikh LMP, usia kehamilan serta tarikh jangkaan bersalin.

Secara amnya, tarikh obstetrik bagi setiap wanita adalah berbeza dengan usia embrio. Ini di mana tarikh obstetrik biasanya 2 minggu lebih lama daripada tarikh sebenar embrio.

bunting pelamin
Gunakan tracker untuk jejak waktu hamil.

Ini kerana usia janin dalam kandungan tidak akan dikira dari hari terakhir anda melakukan hubungan seks bersama pasangan. Sebaliknya dikira dari hari pertama anda mengalami haid yang terakhir.

Tetapi kenapa ya?

Ia disebabkan selepas tempoh haid, ovari akan menghasilkan telur pada waktu wanita paling subur, anggarannya pada hari ke 14-16.

Jadi berdasarkan contoh kiraan tarikh di atas, sekiranya pasangan pengantin melakukan persetubuhan pada malam pernikahan dan persenyawaan berlaku – ia terjadi pada tempoh sangat subur si isteri. 

Apa yang dikatakan sebagai waktu subur?

Masa subur bagi wanita adalah ketika proses ovulasi berlaku – yang merupakan sebahagian daripada kitaran haid, yang membolehkan bunting pelamin berlaku. Ia terjadi semasa telur (ovum) dilepaskan dari ovari.

Ovulasi adalah apabila telur dilepaskan daripada ovari yang bertahan selama tempoh 48 jam sehingga ia tidak lagi boleh disenyawakan oleh sperma. Masa yang singkat itu boleh dianggap sebagai tempoh ovulasi.

bunting pelamin
Ilustrasi sperma menuju ke ovum.

Apabila telur dilepaskan, 2 kemungkinan boleh berlaku – sama ada ia disenyawakan atau tidak oleh sperma. Jika ya, maka telur akan bergerak ke rahim dan melekat untuk membentuk kehamilan.

Pun begitu, masa subur wanita bukanlah merujuk kepada hari ovulasi semata-mata. Ia sebenarnya turut bergantung kepada jangka hayat telur dan sperma.

Proses itu dikenali dengan nama tingkap kesuburan atau fertile window.

Tingkap kesuburan peluang bunting pelamin terjadi 

Apabila bercakap mengenai tingkap kesuburan, ia adalah hari yang merupakan tempoh dalam kitaran haid apabila kehamilan mungkin berlaku.

Ia adalah berbeza bagi setiap wanita kerana bergantung kepada panjang kitaran haid yang dialami.

Tingkap kesuburan ini adalah hari telur dilepaskan daripada ovari – masa ovulasi – dan 5 hari sebelumnya.

Melakukan hubungan seks selama tempoh ini merupakan pilihan terbaik. Ini kerana ia meningkatkan peluang untuk berlakunya kehamilan.

Menjelang tempoh 12 hingga 24 jam selepas ovulasi, seorang wanita tidak akan hamil untuk kitaran haid tersebut kerana telur sudah tiada lagi dalam saluran tiub fallopio.

bunting pelamin
Ini tanda anda sedang subur untuk hamil.

Masa terbaik untuk seks

Jadi tingkap kesuburan boleh bertahan sehingga 10 hari.

Walau bagaimanapun, anda harus ingat jika ingin mendapat cahaya mata, hubungan kelamin perlu dilakukan sedekat mungkin dengan ovulasi.

Kiraan secara manual mungkin boleh menyebabkan anda keliru.

Semoga kita semua dapat benar-benar memahami maksud sebenar istilah bunting perkahwinan tersebut dan tidak lagi tersalah anggap.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is Ovulation? https://americanpregnancy.org/getting-pregnant/infertility/understanding-ovulation/, Accessed on April 11, 2022 
  2. Your Fertility right time for sex. https://www.yourfertility.org.au/everyone/timing, Accessed on April 11, 2022 
  3. Calculating Your Monthly Fertility Window. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/calculating-your-monthly-fertility-window, Accessed on April 11, 2022
  4. Pregnancy: Ovulation, Conception & Getting Pregnant. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11585-pregnancy-ovulation-conception–getting-pregnant, Accessed on April 11, 2022 
  5. Ovulation Date Calculator. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=ovulation-date-calculator-41-OvulationCalc. Accessed on April 20, 2022 

 

Versi Terbaru

04/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Tak Sabar Nak Tahu Hamil Ke Tidak? Ini 9 Tanda Anda Sudah Boleh Buat Pregnancy Test!

Elak Bersama Ketika Awal Mengandung Jika Ibu Alami 7 Tanda Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan