Ketika kehamilan minggu ke 39, banyak persoalan dan pertanyaan akan bermain di minda. Contohnya, 39 minggu berapa bulan dan banyak lagi soalan yang perlu jawapan untuk kehamilan lebih sihat!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Perkembangan bayi ketika kehamilan minggu ke 39
Bagaimana perkembangan bayi saya ketika ini?
Bayi anda sekarang bersaiz seperti tembikai kecil dengan berat 3.5 kg dan kepanjangan daripada kepala ke kaki lebih kurang 50 cm. Kadangkala, tali pusat mungkin mengelilingi leher bayi.
Ini tidak mendatangkan masalah melainkan jika berlaku tekanan kepada tali pusat sewaktu proses kelahiran, pembedahan Caesarean mungkin diperlukan.
Tali pusat tersimpul pula jarang sekali berlaku, hanya sekitar 1% daripada semua kehamilan. Kebanyakan vernix yang meliputi kulit bayi anda telah hilang, begitu juga dengan lanugo.
Badan anda pula membekalkan antibodi melalui plasenta yang dapat membantu sistem imun bayi anda melawan jangkitan pada usia 6-12 bulan.
Perubahan badan ketika kehamilan minggu ke 39
Bagaimana perubahan badan saya ketika ini?
Kontraksi Braxton Hicks, juga dikenali sebagai “kelahiran palsu”, mungkin akan semakin terasa kepada anda.
Walaupun sakit dan sekuat kontraksi sewaktu kelahiran, ia tidak seragam atau bertambah kekerapan seperti kontraksi sebenar sewaktu kelahiran.
Tanda kelahiran yang lain, kantung amnion pecah mungkin berlaku bila-bila masa sekarang. Apabila air ketuban pecah, anda mungkin merasa air keluar mendadak dan titisan air yang berterusan.
Tetapi kebanyakan wanita tidak mengalami pecah air ketuban hinggalah benar-benar pada waktu kelahiran.
Doktor mungkin perlu memecahkan air ketuban untuk memulakan proses kelahiran atau mempercepatkannya.
Jika anda rasa air ketuban anda telah pecah atau anda mengalami kontraksi yang seragam, hubungi doktor anda.
Pertemuan dengan doktor ketika kehamilan minggu ke 39
Apakah makluman yang doktor perlu tahu?
Ramai yang mengatakan herba dapat membantu wanita hamil mempercepatkan proses kelahiran.
Tidak ada kajian tentang keselamatan penggunaan ubat herba yang digunakan untuk mempercepatkan kelahiran, jadi jangan menggunakan persediaan herba tanpa merujuk doktor anda.
Apakah ujian yang saya perlu buat?
Apabila anda semakin menghampiri tarikh jangkaan kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis berkala untuk menentukan kedudukan kepala bayi dalam uterus.
Pemeriksaan ini dapat membantu doktor menentukan kedudukan bayi sewaktu kelahiran: kepala dahulu, kaki dahulu atau punggung dahulu.
Sewaktu pemeriksaan ginekologikal, doktor juga akan melakukan pemeriksaan serviks untuk memerhatikan jika serviks anda sudah mula terbuka atau melembut atau menipis dan maklumat ini akan direkodkan menggunakan nombor dan peratus.
Faktor kesihatan & keselamatan ketika kehamilan minggu ke 39
Apakah yang perlu saya tahu ketika ini?
Kekurangan waktu tidur
Anda mungkin risau jika kurang tidur dapat membahayakan bayi anda. Sebenarnya bayi anda boleh tidur sekalipun anda berjaga.
Tidak ada bukti waktu tidur bayi bergantung kepada waktu tidur anda, tetapi tidur adalah antara keperluan penting fisiologi badan manusia.
Kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan anda, aktiviti anda dan menyebabkan anda tertidur sewaktu memandu atau mudah terjatuh.
Keperluan ubat migrain
Anda mungkin risau untuk mengambil ubat migrain sewaktu hamil. Ia bergantung kepada ubat yang anda ambil, tetapi kebanyakan ubat mungkin berbahaya.
Sesetengah ubat boleh menyebabkan saluran darah menyempit dan secara hipotesisnya mungkin menyebabkan perkara yang sama berlaku pada saluran darah bayi anda.
Jika saluran darah bayi menjadi sempit sewaktu awal kehamilan, ia mungkin menyebabkan masalah perkembangan usus atau menyebabkan arteri ke saraf tunjang pecah, menyebabkan bayi anda lumpuh.
Tiada siapa yang mengetahui sama ada ubat ini menjejaskan bayi anda atau tidak. Terdapat kerisauan pada hipotesis yang timbul di samping beberapa laporan masalah.
Bagaimanakah perkembangan bayi anda pada minggu hadapan?
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]