Wanita yang pertama kali menjadi ibu pasti tertanya-tanya apa perkembangan dan gerakan janin 17 minggu mereka. Tahukah anda bahawa saiz bayi dalam kandungan anda akan membesar seperti lobak putih semasa kehamilan minggu ke 17 ini?
Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahuinya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Perkembangan bayi semasa kehamilan minggu ke 17
Perkembangan bayi dalam kandungan
Bayi anda sedang membesar dengan baik dan kini sebesar saiz lobak putih (turnip), seberat kira-kira 150 gram dan kepanjangan daripada kepala ke kaki kira-kira 12cm.
Kini, terdapat beberapa lemak terkumpul pada badan bayi anda. Lemak badan bayi anda akan terus berkembang dan menjadi dua pertiga daripada berat badan bayi sewaktu kelahiran.
Lemak badan adalah penting untuk memanaskan bayi anda. Pada masa ini, jantung bayi anda telah berdegup lebih kerap, pada kira-kira 140-150 denyutan seminit.
Ini adalah hampir dua kali lebih laju daripada degupan jantung anda! Ini bermakna bayi anda semakin kuat dan akan memerlukan banyak nutrien dan oksigen.
Plasenta anda akan berkembang cepat untuk menyokong keperluan bayi anda.
Perubahan hidup & tubuh badan ketika kehamilan minggu ke 17
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Payudara anda terus berkembang dan boleh menyebabkan ketidakselesaan. Hormon anda akan menyebabkan lebih banyak aliran darah ke payudara sebagai persediaan untuk pengeluaran susu.
Ini boleh menyebabkan vena lebih kelihatan. Saiz payudara anda juga semakin bertambah. Pastikan bra baru anda selesa untuk memberikan payudara anda sokongan yang sewajarnya.
Selera makan anda juga kian bertambah. Rasa loya anda juga mungkin telah hilang semasa kehamilan minggu ke 17 ini.
Jauhkan diri anda dari makanan yang tinggi kandungan gula dan tinggi lemak. Walaupun anda terliur dengannya, anda perlu kekal sihat dan memberikan bayi anda nutrien dan vitamin yang mencukupi untuk pembesaran.
Rancang makanan anda dan pilih buah-buahan dan sayur-sayuran. Ingat bahawa anda hanya boleh menambah 300 kalori sehari.
Apa yang perlu saya beri perhatian?
Anda mungkin bimbang suhu badan anda meningkat atau berpeluh dengan lebih mudah. Ia bukanlah perkara yang perlu dirisaukan tetapi boleh menyebabkan anda tidak selesa.
Cuba untuk sejukkan diri dengan memakai pakaian yang longgar, mandi mandian sejuk atau menggunakan kipas peribadi. Jumlah darah anda semakin meningkat dan mengalir dengan lebih cepat.
Ini boleh menyebabkan kulit anda berasa merah dan panas. Penting untuk anda memastikan kulit anda sejuk dan kering.
Apabila badan anda panas, bayi anda juga boleh berasa panas, yang membawa kepada kesan berbahaya. Pastikan anda minum air dengan banyak.
Pertemuan dengan doktor
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?
Adakah anda berasa pening dan bimbang semasa kehamilan minggu ke 17 ini? Apabila anda merasa pening, baring ke kiri dan angkat kaki ke atas setinggi mungkin atau anda boleh duduk dan meletakkan kepala di antara kedua lutut.
Ambil nafas dalam-dalam dan longgarkan pakaian yang ketat. Sebaik sahaja anda berasa lebih baik, makan sedikit dan maklumkan doktor anda tentang rasa pening ini dalam lawatan seterusnya.
Jatuh pengsan sebenarnya sangat jarang berlaku, tetapi jika anda pengsan, jangan ambil ringan, anda perlu menemui doktor dengan segera.
Apakah ujian yang perlu saya tahu semasa kehamilan minggu ke 17?
Semasa temu janji, doktor mungkin melakukan ujian berikut:
- Ukur berat badan dan tekanan darah;
- Periksa gula dan protein dalam air kencing;
- Pemeriksaan kadar jantung janin;
- Pemeriksaan saiz rahim melalui luaran
- Pemeriksaan ketinggian dari bahagian bawah rahim;
- Periksa sama ada tangan dan kaki anda mempunyai urat bengkak atau varikos atau tidak.
Beritahu doktor mengenai sebarang simptom yang luar biasa atau mengganggu.
Kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk menjadi sihat dan selamat:
X-ray
Kebanyakan ujian X-ray terbukti tidak menyebabkan kemudaratan kepada janin anda. Tetapi, anda juga perlu tahu bahawa pendedahan radiasi terlalu banyak dan pendedahan radiasi berkadar tinggi akan meningkatkan risiko berbahaya kepada bayi anda.
Kesan-kesan berbahaya termasuklah menjejaskan perkembangan mental, kecacatan kelahiran atau leukemia kanak-kanak.
Tiada senaman
Senaman sentiasa disyorkan tetapi ada kalanya anda mungkin tidak dapat bersenam jika anda telah diarahkan doktor untuk berehat di atas katil.
Doktor anda mengehadkan aktiviti fizikal untuk memastikan keselamatan anda dan bayi jika anda berisiko mengalami keguguran atau kelahiran pramatang, mempunyai serviks tidak kompeten, pendarahan atau titis darah, atau telah didiagnosis dengan plasenta previa atau pre-eklampsia.
Bincanglah dengan doktor anda tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan.
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]