Tanda-tanda awal kehamilan pada perut #6. Kembung perut
Sesetengah wanita hamil akan mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian perut seperti perut kembung dan berangin, sehingga membuatkan anda akan kerap sendawa atau terkentut.
Ini sama keadaannya seperti semasa anda mengalami premenstrual syndrome atau PMS.
Ini berikutan regangan rahim yang berlebihan semasa hamil bagi menampung bayi yang bakal lahir.
Bagi mengurangkan jumlah gas pada badan anda sekali gus merawat masalah kembung perut, amalkan pengambilan makanan seperti brokoli, kubis bunga dan jagung.
Jika anda mengalami simptom ini, ini mungkin tanda awal kehamilan anda!
#7. Tidak sedap badan
Rasa letih, lesu dan nak demam? Ini mungkin antara tanda awal kehamilan anda.
Ibu hamil akan mengalami gejala seperti hendak demam dan kurang bertenaga disebabkan tahap hormon yang sedang meningkat ketika ini.
Ada kalanya anda akan rasa letih tanpa sebarang sebab munasabah.
Jadi, perbanyakkanlah berehat supaya badan anda kekal segar. Pastikan juga anda minum air secukupnya dan mendapatkan makanan seimbang untuk membina tenaga.
#8. Menjadi lebih sensitif
Jangan terkejut, sekiranya makanan yang menjadi kegemaran anda sebelum ini terus bertukar menjadi makanan yang anda langsung tidak akan sentuh.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen