backup og meta

Jangan Tangguh Untuk Mengandung, Ini Umur Yang Sesuai Untuk Wanita Rasai Kehamilan

Jangan Tangguh Untuk Mengandung, Ini Umur Yang Sesuai Untuk Wanita Rasai Kehamilan

Kebanyakan wanita berfikir untuk menimang cahaya mata sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam hidup mereka. Untuk menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam hidup adalah keputusan penting. Ahli saintis percaya bahawa keputusan penting ini perlu dibuat pada usia tertentu.

Umur untuk hamil yang terbaik 

Usia pertengahan 20-an dikira sebagai usia terbaik untuk hamil dan menjaga bayi. Ia dikira sebagai tahun yang paling subur untuk kebanyakan lelaki dan wanita.

Untuk wanita, haid ketika ini adalah lebih teratur, telur juga lebih kuat dan sihat (iaitu sekitar 400 000 telur dikeluarkan semasa hayat anda), jadi kemungkinan untuk kesuburan adalah sangat baik.

Secara puratanya, wanita usia 20-24 tahun mempunyai lebih daripada 20 peratus peluang hamil pada setiap bulan dengan melakukan seks tanpa perlindungan yang kerap.

Kebaikan dan keburukan mendapat anak pada usia pertengahan 20-an?

tambah darah

Bergelar ibu pada usia pertengahan 20-an berkemungkinan dapat mengurangkan risiko keguguran disebabkan proses penuaan badan. Kehamilan pada umur ini juga boleh menghindarkan anak daripada mendapat keadaan kesihatan yang berbahaya. Juga, pada usia yang muda, anda lebih bertenaga untuk menjaga bayi.

Jika menimang cahaya mata pada awal 20-an baik untuk kesihatan anda, hamil di usia 30-an pula adalah lebih terjamin dari aspek kewangan anda dan pasangan.

Ketika ini, ramai wanita yang mungkin mempunyai pekerjaan yang stabil, jadi cuti bersalin bukanlah masalah untuk anda. Selepas habis tempoh berpantang, anda boleh kembali semula ke tempat kerja dan menyesuaikan diri dengan perubahan baru di tempat kerja.

Sebagai tambahan, wanita yang berusia pertengahan 20-an dan 30-an mempunyai lebih pengalaman dalam hidup dan persiapan yang lebih rapi untuk menjaga bayi. Malah, mereka ini juga lebih bersedia dengan perubahan kehidupan dan kurang mendapat masalah kesihatan berbanding dengan mereka yang berusia 40-an.

Umur untuk hamil – Apa perlu buat jika anda melewatkan kehamilan?

ibu hamil

Disebabkan beberapa alasan seperti masalah kewangan, keluarga, pasangan ataupun belum bersedia, sesetengah wanita mungkin mahu melewatkan sementara kehamilan mereka.

Akan tetapi, jika masa untuk menghasilkan telur terbaik yang berkualiti telah hampir, maka mungkin anda boleh mempertimbangkan kaedah membekukan telur untuk digunakan pada kemudian hari.

Walaupun kos untuk membekukan telur sedikit tinggi, namun ia adalah lebih baik jika anda perlu menggunakan kaedah kesuburan lain di usia hujung 30-an atau memasuki 40-an – ketika usia ini peluang anda untuk hamil adalah rendah. Peluang kejayaan anda dengan dibantu oleh teknologi reproduktif nyata lebih tinggi di usia muda.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Age and fertility: Getting pregnant in your 20s.
http://www.babycenter.com/0_age-and-fertility-getting-pregnant-in-your-20s_1494692.bc. Accessed December 13, 2016.
What’s the Best Age to Have a Baby?.
http://www.webmd.com/baby/features/whats-the-best-age-to-have-a-baby#1. Accessed December 13, 2016.
What’s the Best Age to Have a Baby?. http://www.parents.com/getting-pregnant/age/timing/whats-the-best-age-to-have-a-baby/. Accessed December 13, 2016.

Versi Terbaru

16/12/2020

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Boleh Terjadi?

Ada 13 Komplikasi Semasa Mengandung, Paling Bahaya No 7, Jaga-jaga Ibu Hamil!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/12/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan