backup og meta

Jika Anda Juga Ibu Yang Sedang Menyusukan Bayi Dengan Susu Badan, Baca Ini!

Jika Anda Juga Ibu Yang Sedang Menyusukan Bayi Dengan Susu Badan, Baca Ini!

Sebagai antara petua menyusukan bayi, terdapat beberapa makanan yang perlu anda elakkan kerana ia akan masuk ke dalam susu ibu dan boleh menjejaskan bayi anda.

Jadi, tidak kira berapa lama bayi menyusu badan, anda perlu tahu petua menyusukan bayi dari segi makanan!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

Petua menyusukan bayi #1. Elak kafein

Kafein akan tersalur ke dalam aliran darah anda, dan kemudian memasuki susu ibu.

Ini adalah tidak elok kerana kafein diketahui boleh membuatkan bayi gelisah dan mudah terjaga.

Ia tentunya akan menyukarkan anda menjaga bayi jika dia penuh dengan tenaga.

Walau bagaimanapun, dos sederhana adalah dibolehkan. Jumlah kafein yang disarankan untuk ibu yang menyusukan bayi adalah 1 hingga 2 cawan kopi sehari.

petua menyusukan bayi

#2. Pudina tidak baik jika menyusukan bayi

Ibu yang menyusukan bayi yang mengambil banyak peppermint atau pudina akan mempengaruhi pengeluaran susu badannya.

Malahan, peppermint juga diketahui digunakan dalam dos tinggi untuk menghentikan penghasilan susu ibu bagi wanita yang bersedia untuk berhenti daripada menyusukan bayi

Anda masih boleh mengambil peppermint dalam bentuk makanan atau teh, tetapi hanya pada dos sederhana.

Jika anda melihat sebarang penurunan pada pengeluaran susu anda, adalah lebih baik jika anda berhenti mengambil peppermint untuk seketika. 

#3. Sage tidak bagus ketika menyusukan bayi

Sage berkongsi ciri-ciri yang sama seperti peppermint. Lantaran itu, jangan mengambil sage dalam jumlah yang banyak.

Herba ini akan mengurangkan penghasilan susu badan anda, yang mana boleh menjejaskan bayi. 

#4. Kacang tanah

Menerusi susu ibu, sebarang sebatian alahan boleh disalurkan kepada bayi anda.

Jika anda tidak pasti sama ada si manja mempunyai alahan kacang tanah ataupun tidak, anda perlu memantau tanda-tanda reaksi alahan seperti bersin, ruam atau gatal-gatal pada bayi.

Jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan kacang tanah, pastikan anda mengelak untuk makan kacang tanah sehinggalah selepas bayi anda bercerai susu. 

petua menyusukan bayi

#5. Kurangkan gandum 

Jika si manja didiagnosis dengan intoleransi gluten, mula menggunakan produk yang bebas-gluten. Jika anda makan gandum, yang mengandungi gluten, bayi anda akan mengalami najis berdarah, cerewet, dan pedih perut. 

#6. Hadkan tenusu

Tenusu ialah salah satu daripada makanan lazim yang menyusahkan bayi yang menyusu badan.

Jika bayi anda meragam selepas menyusu badan, mengalami ekzema, masalah kulit lain atau menghadapi masalah tidur, anda perlu menghapuskan satu-satu jenis makanan untuk mengetahui punca alahan.  

Petua menyusukan bayi #7. Elak alkohol

Alkohol juga memberikan kesan buruk kepada bayi anda memandangkan ia disalurkan menerusi susu badan.

Oleh itu, ibu yang menyusukan bayi perlu mengelak daripada minum alkohol bagi mencegah sebarang komplikasi.

Walau bagaimanapun, jika anda teringin, anda boleh mengambil secawan.

Alkohol mengambil masa 1 hingga 2 jam untuk memetabolisme, dan ia tidak kekal lama di dalam susu badan anda berbanding di dalam aliran darah.

Oleh itu, sebaik sahaja anda berada dalam keadaan sedar atau tidak mabuk, anda boleh mula meneruskan penyusuan.  

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Best (and worst) foods to eat while breastfeeding, https://www.lcmchealth.org/west-jefferson-medical-center/blog/2020/august/best-and-worst-foods-to-eat-while-breastfeeding/, Accessed Jan 29 2019.
  2. 5 Breastfeeding Diet Myths, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/5-breastfeeding-diet-myths, Accessed Jan 29 2019.
  3. Foods to avoid while breastfeeding, https://www.osfhealthcare.org/blog/breastfeeding-diet-tips-less-fussy-baby/, Accessed Jan 29 2019.
  4. 5 best and worst foods for breast milk supply, https://www.lebonheur.org/blogs/practical-parenting/5-best-and-worst-foods-for-breast-milk-supply, Accessed Jan 29 2019.
  5. Foods or drinks to avoid while breastfeeding, https://www.nutrition.org.uk/life-stages/baby/breastfeeding/foods-or-drinks-to-avoid-while-breastfeeding/, Accessed Jan 29 2019.

Versi Terbaru

05/09/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Petua Nak Cepat 'Lekat', Kena Bersetubuh Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Menjadi Ke?

Eh... Hamil Ke Tidak Sebenarnya Ni? Usah Keliru! Jom Semak 24 Tanda Awal Kehamilan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nurul Iftida Basri

Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan