backup og meta

Ini Keadaan Yang Perlu Anda Bimbangkan Apabila Memasuki Trimester Ketiga

Ini Keadaan Yang Perlu Anda Bimbangkan Apabila Memasuki Trimester Ketiga

Dalam tempoh kehamilan, wujud risiko untuk mengalami buasir semasa mengandung. Sudah tentu ia mendatangkan kerisau buat wanita hamil, bukan? Jom ketahui cara mengatasinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Buasir semasa mengandung

Kehamilan merupakan salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Sesetengah individu mengatakan bahawa wanita yang mengalami kehamilan dan melahirkan anak adalah manusia yang paling gagah!

Walau bagaimanapun, wanita hamil dianggap sebagai kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat buasir. Kami akan menerangkannya bagaimana ia boleh terjadi melalui perkongsian artikel ini.

Bagaimana buasir semasa mengandung berlaku?

Fetus yang semakin membesar di dalam rahim menyebabkan banyak tekanan pada pelvis. Disebabkan sifat semula jadi kehamilan, pertumbuhan janin dan tisu yang berada di sekitarnya menyebabkan pertambahan tekanan dari masa ke masa.

Oleh itu, kebanyakan kes buasir biasanya berkembang pada trimester ketiga. Tekanan ini menyumbang kepada kesesakan saluran darah vena dalam kusyen dubur.

Selain itu juga, hormon yang berkaitan dengan kehamilan memainkan peranan yang penting. Hormon kehamilan yang tinggi seperti estrogen dan progesteron memperlambat transit makanan di dalam usus.

Ini mendedahkan wanita hamil kepada masalah sembelit, yang membawa kepada pembentukan buasir. Hormon ini juga memberi kesan kepada dinding vena, menjadikannya terdedah kepada pembengkakan.

Semasa mengandung, wanita hamil juga mengalami peningkatan jumlah darah, yang meningkatkan kesesakan saluran darah dalam kusyen dubur.

ibu-mengandung-dan-risiko-masalah-buasir

Mengelakkan buasir semasa mengandung

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan terjadinya buasir dalam kalangan ibu mengandung. Antaranya ialah, mengambil banyak makanan yang tinggi kandungan serat beserta jumlah pengambilan air yang mencukupi.

Buah-buahan seperti pir, beri, avokado, pisang dan betik selain sayuran seperti brokoli dan kacang pis adalah antara sumber makanan yang kaya dengan serat.

Pengambilan air minuman yang mencukupi turut membantu anda sebagai ibu mengandung mengelakkan kejadian sembelit.

Selain itu, terus membuang air besar jika anda berasa seperti ingin membuangnya. Jangan menahannya kerana ia akan mengakibatkan terjadinya sembelit.

Ibu mengandung juga disarankan untuk tidak duduk atau berdiri dalam tempoh yang terlalu lama. Anda boleh bangun dan berjalan-jalan selama beberapa minit dalam setiap jam untuk memastikan proses pengepaman darah anda berada dalam keadaan yang baik. 

Kebanyakan masalah buasir akan timbul semasa tempoh kehamilan trimester ketiga dan selepas kelahiran bayi.

Walau bagaimanapun, masalah buasir yang dialami oleh ibu mengandung akan menghilang secara beransur-ansur memandangkan tahap hormon, jumlah darah, dan tekanan intra-abdominal akan berkurangan selepas kelahiran bayi.

Risiko kesihatan lain semasa hamil

Selain daripada buasir, ibu mengandung juga berpotensi untuk mengalami penyakit vena kronik (chronic venous disease) atau dikenali secara ringkas sebagai CVD.

CVD ialah satu keadaan di mana vena yang lemah atau rapuh akan melebar disebabkan oleh ketidakmampuannya untuk menahan tekanan daripada berat darah.

Akibatnya, darah akan sukar untuk mengalir kembali ke bahagian jantung.

Secara umumnya, ia adalah masalah yang berkaitan dengan tekanan darah yang lemah. Apabila CVD terjadi, ia mengakibatkan beberapa simptom seperti telangiektasis, vena varikos, edema, ulser aktif dan perubahan keadaan kulit.

Setiap satu daripada dua individu yang mengalami masalah buasir biasanya akan mengalami CVD. Bagi wanita hamil, CVD akan menjadi lebih buruk ketika kehamilan dan apabila tempoh kehamilan telah tamat, kesemua simptom akan berakhir dengan sendirinya. 

Rawatan untuk kedua-dua keadaan kesihatan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

  1. intervensi gaya hidup
  2. ubat-ubatan (rawatan farmakologi)
  3. prosedur (mungkin atau mungkin tidak melibatkan pembedahan)

Rawatan untuk kedua-dua buasir dan CVD, melibatkan penggunaan ubat 500mg Daflon yang menyediakan penyerapan pantas hasil daripada mikronisasi partikel aktifnya. 

wanita hamil

Menurut kajian yang dijalankan di Department of Obstetrics and Gynaecology, All India Institute of Medical Sciences, New Delhi, India yang bertajuk “Micronized flavonoid therapy in internal hemorrhoids of pregnancy”, Daflon 500mg adalah selamat untuk digunakan dalam rawatan buasir jangka pendek semasa kehamilan bagi ibu mengandung.

Pemeriksaan doktor

Jika anda mengalami kesukaran berkaitan pergerakan usus seperti sembelit, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Jangan biarkan keadaan terus melarat sehingga membahayakan kesihatan anda dan juga mendedahkan risikonya kepada bayi dalam kandungan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. “Don’t Sit on It Lah!” Daflon Roundtable Session. 22nd August 2019. 
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9184951
  3. womenshealth.gov/pregnancy/youre-pregnant-now-what/body-changes-and-discomforts
  4. mayoclinic.org/diseases-conditions/hemorrhoids/symptoms-causes/syc-20360268
  5. obgyn.onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/1471-0528.12838
  6. mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expert-answers/hemorrhoids-during-pregnancy/faq-20058149
  7. ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4541377/

Versi Terbaru

27/09/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nurul Iftida Basri

Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan