Alami gugur kandungan? Keguguran membawa maksud kehilangan kandungan sebelum minggu ke-20 kehamilan. Ini adalah perkara yang biasa berlaku bagi ramai wanita hamil. Terdapat 1 atau 2 kes keguguran dalam 10 kehamilan.
Ia memberi kesan yang banyak kepada psikologi ibu. Oleh itu memahami punca dan rawatan selepas keguguran adalah penting bagi setiap wanita.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Apakah puncanya gugur kandungan terjadi?
Walaupun ramai wanita berfikir bahawa ia adalah salah ibu, keguguran adalah cara badan melindungi dirinya.
Badan ibu boleh mengesan isyarat luar biasa dari janin, yang kebiasaannya disebabkan oleh anomali pada kromosom.
Lapan minggu pertama adalah tempoh yang berbahaya. Jika keputusan imbasan mendapati bahawa degupan jantung lemah, risiko keguguran akan meningkat.
Hormon juga merupakan punca lain bagi keguguran. Terdapat sejumlah kecil wanita mempunyai lapisan rahim nipis kerana gangguan hormon.
Dalam kes ini, rawatan progesteron akan digunakan tetapi kadar keberjayaannya adalah tidak tinggi.
Di samping itu, gangguan darah auto-imun juga boleh menyebabkan keguguran.
Dengan menjalankan ujian darah, doktor boleh memikirkan risiko keguguran bagi wanita untuk mencegahnyai. Suntukan aspirin atau heparin boleh digunakan sebagai rawatan.
Tambahan pula, bekerja, senaman fizikal atau ubat pencegah kehamilan tidak menyebabkan keguguran bagi wanita.
Apa simptom-simptomnya gugur kandungan?
Pendarahan dan kekejangan adalah dua isyarat berbahaya untuk ibu.
Walaupun simptom-simptom ini mungkin adalah normal, ia boleh menjadi serius untuk tempoh tiga bulan pertama. Wanita perlu berjumpa pakar atau segera hubungi doktor untuk mendaoatkan pemeriksaan.
Walau bagaimanapun, tidak semua pendarahan dan sakit adalah berbahaya. Jika hasil pemeriksaan menunjukkan degupan jantung yang kuat, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Oleh itu, temu janji yang kerap dengan doktor adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang risiko.
Bagaimana penjagaan wanita hamil selepas keguguran?
Jika mereka mengalami perkara ini, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat bagi mengurangkan kesakitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes serius yang memerlukan pembedahan yang dipanggil pengembangan dan pengkuretan (D & C).
Baca juga: