Makanan yang Ibu Hamil Perlu Elakkan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ketika hamil, kebanyakan wanita mengalami keadaan mereka mengidam sesuatu jenis makanan. Makan makanan yang pelbagai dapat memastikan sumber nutrien yang cukup untuk perkembangan bayi dalam kandungan anda. Namun begitu, terdapat beberapa jenis makanan yang seharusnya dielakkan demi melindungi kesihatan bayi dalam kandungan dan anda sendiri. Berikut merupakan 5 jenis makanan yang perlu dielakkan semasa hamil menurut saintis.

1. Keju

Ibu hamil perlu mengelakkan diri daripada memakan jenis keju seperti brie, camembert, feta serta pelbagai lagi jenis keju yang mempunyai kaedah salutan yang sama. Elakkan juga memakan keju biru seperti gorgonzola or roquefort yang diperbuat daripada kulat yang berfungsi sebagai perisa keju tersebut. Keju jenis ini mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan listeriosis. Meskipun individu dewasa jarang dijangkiti infeksi listeria, ibu yang sedang hamil yang terkena jangkitan ini berisiko mengalami masalah kehamilan seperti keguguran atau kelahiran bayi pramatang. Oleh itu, hanya pilih produk keju yang diperbuat daripada susu yang telah dipasteurkan demi menjamin kesihatan bayi dalam kandungan anda.

2. Telur mentah

Demi mengelakkan infeksi salmonella, ibu hamil seharusnya mengelakkan diri daripada makan telur mentah atau sebarang makanan yang diperbuat daripadanya. Makanan seperti ais krim, kek juga mungkin mengandungi telur mentah. Begitu juga dengan sos buatan seperti mayonis. Oleh itu, hanya pilih makanan yang diproses seperti ais krim, kek atau mayonis yang diperbuat daripada telur yang telah dipasteur demi mengurangkan risiko dijangkiti infeksi salmonella.

3. Makanan laut yang bercengkerang

Makanan laut bercengkerang seperti tiram dan kerang sebenarnya mempunyai kandungan kalsium tinggi yag bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Namun begitu, ibu hamil diingatkan untuk tidak makan makanan laut bercengkerang yang tidak dimasak atau separuh masak demi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada makanan laut. Melalui masakan, bakteria yang terdapat dalam cengkerang makanan laut akan dimusnahkan namun tidak semua. Oleh itu, jalan yang terbaik untuk mengurangkan penyakit ini adalah dengan mengelakkan makanan laut yang bercengkerang ketika sedang hamil.

4. Ikan yang disalai

Ikan atau makanan laut yang disalai mengandungi amaun listeria yang sangat tinggi. Oleh itu, ibu hamil seharusnya mengelakkan diri daripada memakan atau membeli ikan yang disalai ini. Jika anda masih ingin memakannya, pastikan anda memasak ikan yang disalai ini dengan secukupnya terlebih dahulu.

5. Daging mentah

Ibu hamil seharusnya lebih berhati-hati apabila memakan daging yang kelihatan masih mentah. Sebagai contoh, sosej, salami, chorizo, pepperoni atau daging cincang selalunya tidak dimasak dengan sepenuhnya. Ini menyebabkan makanan jenis ini masih mempunyai kandungan bakteria dan parasit yang tinggi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Angkara Kurang Tidur, Jadilah ‘Mata Panda’, Ada 9 Cara Untuk Hilangkannya!

    Terdapat banyak cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata dan salah satu adalah cukup tidur. Jom klik untuk baca cara lain dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penjagaan Mata 02/03/2021 . 3 minit bacaan

    Wahai Lelaki, Ambil 8 Suplemen Ini Jika Anda Ingin Tingkatkan Kebolehan Mencapai Ereksi!

    Kebolehan seseorang untuk mencapai ereksi turut bergantung kepada kadar aliran darah ke organ zakar. Ketahui suplemen yang baik untuk bantu capai ereksi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Mati Pucuk 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

    Sebenarnya, hubungan suami istri di usia tua tidak boleh diabaikan dengan alasan fizikal dan mental yang lemah. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Aktif Di Usia Emas 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Apa Itu Alergi? Kenali Simptom, Diagnosis, Rawatan Dan Cara Pencegahannya

    Tahukah anda, apa itu alergi? Artikel ini akan menjelaskan lebih lanjut mengenai maksud alergi, simptom, diagnosis, rawatan dan cara cegah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan 01/03/2021 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    spotting coklat

    Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 2 minit bacaan
    tanda kanser kulit

    Masa Untuk Periksa Kulit Anda! Ini Gejala Bagi 4 Jenis Kanser Kulit Yang Boleh Ancam Nyawa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 3 minit bacaan
    cara menjaga jantung

    Nak Jantung Lebih Sihat Dan Kulit Glowing? Makan Sebiji Epal Sehari Sudah Cukup!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 3 minit bacaan
    virus cacar air

    Virus ‘Chicken Pox’ Boleh Buat Anda Pekak? Ia Mungkin Kesan Sindrom Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 3 minit bacaan