Kenaikan berat badan ibu hamil antara perkara yang membimbangkan semasa berbadan dua. Namun berat naik ketika hamil ini bukan hanya di perut, tetapi turut melibatkan bahagian tubuh lain.
Ingin tahu di mana? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Kenaikan berat badan ibu hamil
Pertambahan berat badan kehamilan yang sihat adalah antara 5.4 hingga 15.8 kilogram. Ia lebih bergantung kepada berat sebelum mengandung.
Berat naik ketika hamil tidak boleh dipandang remeh terutamanya bagi wanita obes atau kurang berat badan, kerana indeks BMI boleh meletakkan mereka dalam kategori berisiko tinggi.
Ini kerana terdapat bukti menunjukkan obesiti boleh membawa kepada komplikasi semasa mengandung, bersalin dan tempoh selepas bersalin. Kenyataannya, obesiti tidak baik untuk kesihatan – sama ada anda sedang hamil atau tidak.
Manakala kehilangan berat semasa hamil sehingga menyebabkan kurang berat badan merupakan masalah yang perlu diberikan perhatian.
Berat naik ketika hamil di bahagian tubuh ini
Apabila berbicara mengenai kenaikan berat badan ibu hamil, perkara paling penting sekali adalah untuk memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan kesihatan ibu juga berada pada tahap yang baik.
Tetapi adakah anda tahu selain di perut, berat juga akan meningkat pada 4 bahagian tubuh ini, iaitu:
Bahagian punggung
Pinggul dan punggung adalah tempat nombor satu sebahagian besar lemak pada wanita disimpan.
Setiap kali terdapat penambahan berat badan, ia cenderung untuk terus pergi ke pinggul – sama juga keadaannya jika berlaku pertambahan berat badan semasa mengandung.
Wanita hamil bukan sahaja membesarkan bayi di dalam rahim, tetapi dalam masa sama sedang menyediakan badan untuk menjadi ibu.
Ia memerlukan banyak tenaga fizikal untuk menyusu dan mengasuh si kecil sehingga mereka boleh berdikari.
Sebagai persediaan, tubuh ibu mempunyai tempat penyimpanan tenaga sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti kebuluran untuk mengutamakan keperluan bayi.
Berat naik ketika hamil #Bahagian muka
Pada akhir kehamilan, anda mungkin akan terkejut melihat wajah yang membulat, hidung lebih besar dan sebagainya.
Selalunya ini adalah pengekalan air disebabkan perubahan hormon – dikenali sebagai edema. Ia membuatkan anda berasa lebih berat dan lebih kenyang, justeru berat bertambah disebabkan cecair tambahan dalam sel.
Pun begitu, edema juga boleh menjadi keadaan yang lebih serius. Edema boleh dikenal pasti dengan menekan kulit selama beberapa saat menggunakan ibu jari atau jari.
Sekiranya selepas jari diangkat dan tekanan masih tidak hilang, lakukan pemeriksaan doktor segera. Ini terutamanya jika ia berlaku pada bahagian tubuh lain.
Bahagian kaki turut terkesan jika berat naik ketika hamil
Kaki biasanya menjadi salah satu tempat pengekangan air berlaku.
Peredaran darah di kaki mungkin agak perlahan disebabkan oleh peningkatan berat sekitar bahagian pelvis.
Edema adalah cecair yang terkumpul dan graviti yang ada bermakna cecair tambahan cenderung bergerak ke bahagian tubuh paling rendah.
Walaupun anda mungkin pernah mendengar penyelesaian untuk perkara ini adalah dengan meletakkan kaki di atas kerusi, pastikan ia dilakukan dengan cara yang betul.
Ini kerana duduk di atas sofa dengan kaki ke atas boleh membuatkan anda bersandar ke belakang – bermaksud bayi mungkin berada dalam kedudukan yang kurang ideal dalam rahim untuk proses kelahiran.
Edema adalah perkara biasa dan normal semasa berbadan dua, namun ia boleh menjadi masalah kehamilan yang teruk dipanggil preeklampsia – berisiko membawa kesan serius kepada ibu dan bayi jika tidak dirawat.
Berjumpalah doktor jika edema muncul bersama gejala lain seperti sakit kepala, penglihatan kabur dan sakit dada.
Berat naik ketika hamil pada bahagian lengan
Sekiranya tubuh anda cenderung menyimpan lemak di lengan, maka secara semula jadi penambahan berat badan semasa mengandung juga akan memberi impak pada bahagian ini.
Malah jika anda makan dengan seimbang dan bersenam, peningkatan sedikit berat mungkin berlaku di bahagian lengan.
Mustahil badan semakin membulat dan lengan kekal langsing, bukan? Lemak secara amnya akan diagihkan sama rata di seluruh tubuh, tetapi semasa hamil, deposit meningkat pada bahagian tertentu badan.
Penting untuk mengekalkan berat seimbang
Berat naik ketika hamil dengan ketara sepanjang tempoh ibu mengandung tidak bermakna ia boleh dibiarkan tanpa ada usaha untuk mengawalnya. Ia adalah idea yang sangat baik untuk mengawal kenaikan berat badan ibu hamil.
Perhatikan apa yang anda makan, pilih makanan seimbang dan bernutrisi serta bersenam semasa mengandung dapat memastikan berat badan naik secara terkawal.
Fakta
Bahkan ia adalah cara yang sangat baik untuk mengawal berat badan semasa mengandung.
Mengawal pertambahan berat boleh menjadikan diri lebih sihat dan cergas untuk bersalin. Ia juga boleh memendekkan tempoh bersalin anda.
[embed-health-tool-due-date]