Terdapat pelbagai gejala kehamilan boleh dilihat untuk mengetahui diri hamil atau tidak. Namun sudah tentulah penggunaan ujian kehamilan air kencing (UPT) dapat memberikan keputusan lebih tepat. Jom ketahui antara jenama UPT yang boleh detect awal kehamilan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Waktu sesuai check UPT di rumah
Sudah tentulah sebelum mengetahui jenis UPT yang boleh detect awal, anda perlu memahami bilakah waktu sesuai check UPT di rumah terlebih dahulu.
Satu perkara penting perlu anda tahu untuk mengambil ujian kehamilan ini – agar ia menjadi positif, jika hamil – ia perlu mengesan human chorionic gonadotropin (hCG) yang mencukupi dalam air kencing.
Tetapi badan tidak akan mula menghasilkan hCG sehinggalah embrio yang disenyawakan menempel ke dalam dinding rahim. Proses ini biasanya mengambil masa antara 6-10 hari selepas persenyawaan berlaku.
Walaupun selepas embrio melekat pada dinding rahim, tempoh masa beberapa hari masih diperlukan untuk tahap hCG meningkat secukupnya bagi mendapatkan keputusan yang positif.
Selain itu, setiap individu berbeza dan memiliki badan berlainan, serta faktor lain yang memberi kesan kepada ketepatan hasil ujian kehamilan seperti:
- Kepekaan ujian
- Kecairan air kencing
- Kiraan kitaran haid
Secara amnya, kebanyakan ujian kehamilan di rumah boleh dilakukan antara 3-4 hari sebelum jangkaan haid.
Namun jika anda tidak 100% pasti dengan kitaran haid atau cenderung mempunyai kitaran atau corak ovulasi lebih panjang, sebaiknya tunggu dahulu sehingga terlepas hari pertama period dan seterusnya.
Satu perkara yang pasti, jika ujian dibuat terlalu awal, anda mungkin mendapat negatif palsu, di mana UPT test negatif tapi mengandung.
Jenis upt yang boleh detect awal
Sememangnya terdapat banyak jenama kit ujian kehamilan terjual di pasaran. Berikut antara yang boleh anda jadikan pilihan:
First Response Early Result In-stream Pregnancy Test
Dikatakan sebagai produk UPT yang boleh detect awal terbaik. Ini kerana ia dikatakan cukup sensitif untuk dapat memberikan keputusan 6 hari sebelum tarikh jangkaan haid. Ketepatan keputusan akan meningkat 99% selepas anda terlepas period.
Anda akan memperolehi keputusan dalam masa 3 minit dan ia agak mudah dibaca: 2 garis bermakna hamil dan 1 garis sebaliknya.
Dip ‘N’ Tell Pregnancy Test
Tidak pasti sama ada diri hamil atau tidak? Ujian kehamilan Dip ‘n’ Tell boleh membantu anda.
Produk UPT ini boleh mengesan hormon hCG seawal 3-4 hari sebelum tarikh jangkaan haid. Ujian boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun air kencing pagi yang pertama lebih disarankan kerana kandungan hCG lebih tinggi.
Hasil keputusan ujian boleh diperolehi dengan cepat, dalam tempoh masa 1 minit.
Namun pastikan anda memilih produk yang betul kerana terdapat 2 varian UPT berbeza: untuk wanita dengan kitaran haid normal dan kitaran haid tidak teratur. Jadi pastikan tidak tersalah pilih ya?
DiscloSure Urine Pregnancy Test
Produk ini sesuai digunakan untuk mengetahui diri hamil atau tidak pada hari pertama terlepas haid.
Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, tetapi air kencing pertama waktu pagi adalah lebih digalakkan kerana paras hCG lebih tinggi.
Walaupun harga murah, namun UPT ini sangat sensitif dan menjanjikan ketepatan hasil keputusan sepantas 1 minit.
Clearblue Digital Pregnancy Test, antara UPT yang boleh detect awal
UPT test digital ini boleh mengesan kehamilan walaupun paras hCG rendah, iaitu seawal 5 hari sebelum tarikh datang period. Tahap keberkesanannya meningkat kepada 99% dari hari terlepas haid.
Dengan paparan ‘hamil’ atau ‘tidak hamil’ yang boleh diperolehi dalam tempoh masa 3 minit, ia pastinya dapat memudahkan penggunaan tanpa perlu anda berasa keliru.
Ujian kehamilan Clearblue Digital ini bukan sahaja boleh mengesan sama ada diri hamil atau tidak, malah untuk dapat menentukan usia kehamilan. Mungkin disebabkan itu harganya sedikit mahal berbanding UPT lain.
Clearblue Plus Pregnancy Test
Anda boleh menggunakan produk ini untuk check UPT 5 hari sebelum period dan akan memperolehi keputusan 99% tepat untuk mengesan tahap hormon kehamilan.
2 cara penggunaannya, sama ada terus kencing pada stick atau merendamkan hujung stick ke dalam sampel air kencing.
Anda akan mendapat hasil keputusan dalam jangka masa 2 minit sahaja. Keputusan akan tertera dengan jelas pada indikator: 2 garis jika hamil dan 1 garis sekiranya tidak hamil.
Kesimpulan
[embed-health-tool-ovulation]