Umur Terbaik untuk Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan wanita berfikir untuk menimang cahaya mata sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam hidup mereka. Untuk menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam hidup adalah keputusan penting. Ahli saintis percaya bahawa keputusan penting ini perlu dibuat pada usia tertentu.

Apakah umur terbaik untuk hamil?

Usia pertengahan 20-an dikira sebagai usia terbaik untuk hamil dan menjaga bayi. Ia dikira sebagai tahun yang paling subur untuk kebanyakan lelaki dan wanita. Untuk wanita, haid ketika ini adalah lebih teratur, telur juga lebih kuat dan sihat (iaitu sekitar 400 000 telur dikeluarkan semasa hayat anda), jadi kemungkinan untuk kesuburan hampir kukuh. Secara puratanya, wanita usia 20-24 tahun mempunyai lebih daripada 20 peratus peluang hamil pada setiap bulan dengan melakukan seks tanpa perlindungan yang kerap.

Apakah kebaikan dan keburukan mendapat anak pada usia pertengahan 20-an?

Bergelar ibu pada usia pertengahan 20-an berkemungkinan dapat mengurangkan risiko keguguran disebabkan proses penuaan badan. Kehamilan pada umur ini juga boleh menghindarkan anak anda daripada mendapat keadaan kesihatan yang berbahaya. Juga, pada usia yang muda, anda lebih bertenaga untuk menjaga bayi.

Jika menimang cahaya mata pada awal 20-an baik untuk kesihatan anda, hamil di usia 30-an pula adalah lebih terjamin dari aspek kewangan anda dan pasangan. Ketika ini, ramai wanita yang mungkin mempunyai pekerjaan yang stabil, jadi cuti bersalin bukanlah masalah untuk anda. Selepas habis tempoh berpantang, anda boleh kembali semula ke tempat kerja dan menyesuaikan diri dengan perubahan baru di tempat kerja. Sebagai tambahan, wanita yang berusia pertengahan 20-an dan 30-an mempunyai lebih pengalaman dalam hidup dan persiapan yang lebih rapi untuk menjaga bayi. Malah, mereka ini juga lebih bersedia dengan perubahan kehidupan dan kurang mendapat masalah kesihatan berbanding dengan mereka yang berusia 40-an.

Apa perlu buat jika saya mahu melewatkan kehamilan?

Disebabkan beberapa alasan seperti masalah kewangan, keluarga, pasangan ataupun belum bersedia, sesetengah wanita mungkin mahu melewatkan sementara kehamilan mereka. Akan tetapi, jika masa untuk menghasilkan telur terbaik yang berkualiti telah hampir, maka mungkin anda boleh mempertimbangkan kaedah membekukan telur untuk digunakan pada kemudian hari. Walaupun kos untuk membekukan telur sedikit tinggi, namun ia adalah lebih baik jika anda perlu menggunakan kaedah kesuburan lain di usia hujung 30-an atau memasuki 40-an – ketika usia ini peluang anda untuk hamil adalah rendah. Peluang kejayaan anda dengan dibantu oleh teknologi reproduktif nyata lebih tinggi di usia muda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan