Mengapa Masih Belum Hamil? Ini 8 Tanda Wanita Tidak Subur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 10/12/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Masalah ketidaksuburan adalah sesuatu yang menyedihkan ramai pasangan. Lebih penting lagi, dalam kebanyakan kes, pasangan yang sukar untuk hamil tidak tahu bahawa mereka mengalami masalah ketidaksuburan. Artikel ini memberikan pembaca maklumat mengenai tanda-tanda jika seseorang wanita itu tidak subur.

Perubahan kitaran haid anda

Kebanyakan masalah kesihatan seperti haid datang lambat atau haid lebih banyak berbanding biasa boleh menjadi petunjuk kepada ketidaksuburan seseorang wanita. Situasi lain yang berkaitan dengan kitaran haid adalah seseorang wanita itu didatangi haid setiap bulan, tetapi tidak mengalami ovulasi. Ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita mempunyai tanda-tanda ovulasi tidak teratur.

Masalah ini boleh menghalang wanita untuk hamil. Berita baiknya adalah terdapat rawatan untuk masalah ovulasi ini.

Anda tidak didatangi haid langsung

Satu lagi tanda jelas yang menunjukkan anda mengalami masalah ketidaksuburan adalah anda tidak didatangi haid langsung atau kitaran haid anda tiba-tiba terhenti. Dalam situasi ini, anda perlu berjumpa dengan pakar secepat mungkin.

Haid anda amat menyakitkan

Ramai wanita yang mengalami masalah haid yang amat menyakitkan. Ini juga merupakan salah satu petanda anda tidak subur. Jika anda mengalami masalah seperti ini; sakit melampau semasa tempoh haid ataupun sakit semasa melakukan hubungan seks, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah dan menjalani rawatan yang perlu. Ini merupakan simptom-simptom endometriosis atau masalah kesihatan serius yang lain.

Anda mengalami masalah jerawat yang teruk

Keadaan ini menunjukkan bahawa paras hormon anda bermasalah. Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh kekurangan ovulasi yang berlaku kepada wanita yang mengalami lebihan androgen. Oleh itu, pemeriksaan perubatan adalah amat penting ketika ini.

Anda lihat rambut hitam tumbuh pada tempat baru di badan anda

Wanita yang ditumbuhi rambut pada tempat yang tidak dikehendaki pada tubuh mereka boleh menghadapi kesukaran untuk hamil. Pertumbuhan rambut ini adalah petanda anda mengalami sindrom ovari. Pun begitu, usah risau kerana terdapat perubatan untuk masalah ini.

Anda mengalami masalah kehilangan rambut- atau rambut semakin menipis

Masalah kehilangan rambut berkait dengan masalah hormon dan juga ketidaksuburan. Jadi, jika anda mempunyai masalah dengan rambut anda, anda perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor.

Nafsu seks anda berkurang secara mendadak

Nafsu seks yang semakin menurun juga mungkin menjadi tanda-tanda ketidaksuburan. Selain stres atau kemurungan, endometriosis juga boleh menjurus kepada berkurangnya keinginan untuk melakukan seks atau membuatkan seks menjadi amat menyakitkan. Seperti yang dinyatakan di atas, endometriosis menjadikan wanita sukar untuk hamil.

Berat badan anda naik tanpa sebab yang jelas

Jika anda tiba-tiba naik berat badan tanpa sebab, walaupun mengambil diet yang seimbang, anda perlu berwaspada. Lebihan androgen menjadikan tubuh anda sukar untuk menghasilkan insulin, menyebabkan seseorang individu itu mudah naik berat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Anda demam? Pasti anda rasa susah untuk tidur malam. Ini kami bawakan kepada anda 7 tip untuk anda tidur dengan lena ketika sedang sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    hidup gembira

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan