
Stillbirth atau kematian bayi dalam kandungan adalah kebimbangan umum yang dihadapi kebanyakan wanita hamil. Walaupun tidak ada cara yang kukuh untuk mengelakkan kelahiran mati, lebih banyak pengetahuan mengenainya mungkin menurunkan risiko anda.
Apa yang menyebabkan stillbirth ?
Apabila bayi mati dalam rahim selepas 20 minggu kehamilan, ia dipanggil kelahiran mati atau stillbirth. Keadaan ini boleh berlaku kepada setiap wanita. Kebanyakan wanita yang mengalami kelahiran mati masih boleh mengandung secara sihat pada masa akan datang.
Siapa yang berisiko mengalami stillbirth?
Walaupun kelahiran mati boleh berlaku kepada sesiapa, ada keadaan-keadaan tertentu yang mungkin menyebabkan ibu hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi.
- Ibu dengan diabetes atau tekanan darah tinggi
- Ibu berusia 35 tahun ke atas
- Para ibu yang obes sebelum hamil
- Bayi yang sangat kecil atau sangat besar berbanding usia kehamilan mereka
- Para ibu yang pernah mengalami kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah, kelahiran pramatang, kelahiran mati dan preeklampsia
- Para ibu yang cenderung merokok, minum, menggunakan dadah jalanan, ubat tahan sakit preskripsi.
- Para ibu yang berbangsa Amerika Afrika (2-3 kali lebih besar risiko).
Apakah punca-punca biasa kelahiran mati?
Kelahirkan mati mungkin disebabkan oleh beberapa masalah berkaitan si ibu, bayi, plasenta atau tali pusat, termasuklah:
- Masalah dengan plasenta
- Jangkitan ibu, bayi atau plasenta
- Kelainan talipusat
- Kecacatan dalam kandungan atau kromosom yang tidak normal
- Sekatan pertumbuhan janin
Apa yang boleh saya lakukan untuk melindungi bayi saya yang belum lahir?
Walaupun dengan kemajuan perubatan hari ini, masih sukar bagi doktor untuk meramalkan dan mencegah semua kes kelahiran mati. Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan risiko kelahiran mati dengan cara:
- Memastikan penjagaan pranatal dipatuhi
- Mengelakkan penggunaan rokok, alkohol dan dadah
- Mencuba yang terbaik untuk mengawal keadaan perubatan anda yang sedia ada seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi
- Segera menemui doktor sekiranya anda mengalami pendarahan, kebocoran atau rasa sakit yang mencucuk
Semasa trimester terakhir anda, anda perlu lebih memberi perhatian dan mengira tendangan bayi anda pada masa yang sama setiap hari apabila bayi anda paling aktif. Jika anda sudah lewat daripada tarikh yang sewajarnya, bincang dengan doktor anda. Kehamilan lebih lama daripada 42 minggu mungkin berisiko tinggi untuk kelahiran mati.
Bagaimana dengan menghitung tendangan bayi saya?
Tendangan bayi anda boleh menjadi penanda aras yang penting mengenai kesihatannya. Dari minggu ke-28, anda harus mula mengira pergerakan bayi anda seperti tendangan, berpusing, bergolek atau sebarang pergerakan ringan. Ini akan membantu anda mengenali masalah lebih awal. Anda boleh mengikuti arahan di bawah:
- Mulakan apabila bayi anda biasanya paling aktif
- Duduk dengan kaki anda lebih tinggi atau berbaring pada sisi anda
- Kirakan tendangan bayi anda sehingga mencapai 10. Anda akan mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk melakukannya.
- Gunakan carta kiraan bilangan untuk mengingati tempoh masa yang diperlukan untuk merasakan 10 tendangan
- Perhatikan sebarang peningkatan atau penurunan secara tiba-tiba dalam pergerakan bayi anda.
Sekiranya anda tidak dapat merasakan 10 tendangan dari bayi anda dalam masa dua jam, hubungi doktor anda dengan segera.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: