“Tak Kisah Hamil Lambat, Sebab IVF Kan Ada”, Ini 7 Mitos Tentang Kemandulan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 22/03/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Apabila menyentuh tentang kesuburan, seringkali kemandulan pada wanita menjadi satu topik yang banyak diperkatakan. Selalunya wanita akan dipersalahkan jika berlaku kemandulan. Adakah lelaki tidak berisiko untuk mandul? Bagaimana pula dengan rawatan IVF yang dijalani, adakah ia hanya disebabkan oleh faktor kemandulan wanita semata-mata?

Di sini kami senaraikan beberapa mitos atau salah faham yang sering muncul apabila kita memperkatakan mengenai hal kemandulan dan rawatan IVF

#1. “Kemandulan adalah masalah wanita semata-mata”

Ini adalah antara salah satu mitos berkenaan ketidaksuburan yang paling banyak dipercayai oleh ramai orang.

Kemandulan bukanlah hanya masalah daripada wanita semata-mata, ia turut melibatkan kaum lelaki.

Kedua-dua lelaki dan wanita berpotensi untuk mengalami masalah kesuburan. 

Bagi orang lelaki, mereka juga boleh mempunyai simptom kemandulan seperti kesakitan pada testikel. 

#2. “Jika lelaki boleh pancut, itu bermaksud dia tidak mandul”

Walaupun zakar seseorang lelaki itu boleh menegang dan boleh melakukan ejakulasi, ia bukanlah satu jaminan bahawa spermanya berada dalam keadaan yang sihat dan baik.

Bagi seseorang lelaki, kemandulan yang dialami biasanya disebabkan oleh jumlah, bentuk dan pergerakan sperma miliknya.

Anda tidak boleh menentukan bahawa sperma anda mempunyai masalah dengan hanya melihat kepada fizikal air mani semata-mata.

Ini kerana, daripada jumlah air mani yang dikeluarkan, hanya 2 ke 5% daripadanya adalah sperma. Komponen lain adalah cecair yang terkandung dengan gula, asid amino, hormon dan mineral. 

Walau bagaimanapun, mati pucuk mungkin boleh menandakan bahawa seseorang itu memiliki masalah kesuburan.

Ia mungkin menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki tahap testosteron yang rendah atau disebabkan oleh kecederaan fizikal yang dialami sebelum ini.

#3. “Kebanyakan orang memerlukan rawatan IVF”

rawatan ivf

Walaupun rawatan IVF mendapat liputan yang agak meluas seolah-olah semua orang melakukannya, tapi kekerapan individu yang mendapatkan rawatan ini tidaklah seramai yang disangka. 

Di Amerika Syarikat sahaja, hanya 5% daripada keseluruhan rawatan kesuburan melibatkan rawatan IVF. 

Mungkin anda tertanya-tanya, adakah anda perlu mendapatkan rawatan IVF?

Ia sebenarnya bergantung kepada sebab mengapa anda tidak berkemampuan untuk hamil.

Sekiranya tiub fallopio anda tersekat, atau seseorang lelaki itu memiliki kemandulan yang agak teruk, maka anda mungkin memerlukan rawatan IVF.

Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan anda perlu menjalani rawatan IVF atas saranan doktor yang merawat anda. 

#4. “Orang muda tidak akan mandul”

Semakin anda tua, maka semakin mudah untuk anda mengalami ketidaksuburan.

Namun, ini tidak bermakna orang muda tidak akan berisiko untuk mengalami kemandulan. 

Menurut laporan daripada Center for Disease Control (CDC), 9% wanita yang berumur antara 15 hingga 29 tahun dilaporkan mempunyai kesukaran untuk hamil.

Jumlah tersebut meningkat kepada 14% bagi wanita yang berumur antara 30 hingga 34 tahun. Manakala 16% daripada wanita yang berumur 40 hingga 44 tahun turut dikesan mempunyai masalah yang sama. 

#5. “Jangan risau mengenai umur. Rawatan IVF kan ada”

rawatan ivf

Zaman ini, ramai lelaki dan wanita yang telah berkerjaya lebih cenderung untuk mula berkahwin sedikit lewat daripada biasa.

Mungkin ada yang mula berkahwin setelah umur mencapai 30-an. 

Ramai yang beranggapan, tidak mengapa berkahwin lewat kerana rawatan IVF tersedia sekiranya mereka sukar untuk hamil apabila usia sudah mula lanjut.

Namun, umur sebenarnya memainkan peranan yang amat penting untuk dipertimbangkan.

Walaupun rawatan IVF sememangnya tersedia untuk anda jalani, namun ia bukanlah semudah yang anda sangkakan.

Anda pasti tahu bahawa tahap kesuburan akan menurun seiring dengan peningkatan usia. Begitu juga dengan rawatan IVF, kejayaan rawatan IVF juga akan berkurangan seiring dengan pertambahan usia anda. 

#6. “Diet dan gaya hidup tertentu boleh rawat semula kemandulan”

Tidak dinafikan bahawa banyak faktor gaya hidup dan pemilihan makanan tertentu boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Ini seperti merokok yang boleh menyebabkan kemandulan pada wanita dan juga lelaki.

Selain itu, mandian tab panas juga boleh mengurangkan jumlah sperma dalam kalangan kaum lelaki secara signifikan.

Walaupun diet dan gaya hidup tertentu boleh menjejaskan kesuburan seseorang, tidak bermakna dengan menukar diet boleh merawat kembali kemandulan yang telah terjadi. Ia tidak semudah itu. 

Walaupun ramai yang mendakwa bahawa terdapat jenis makanan tertentu yang boleh membantu anda untuk hamil dengan lebih cepat, ia sebenarnya tidak begitu diyakini memandangkan tidak terdapat bukti yang kukuh di sebalik dakwaan tersebut.

Namun anda tidak sepatutnya mengabaikan pemakanan yang sihat dalam diet harian anda.

Ia tidak merawat kemandulan tetapi ia mungkin boleh membantu anda untuk hamil.

#7. “Herba dan suplemen boleh tingkatkan kesuburan anda”

kemandulan pada wanita

Ada juga yang menyatakan bahawa herba-herba khusus, remedi atau suplemen boleh membantu meningkatkan kesuburan seseorang. Adakah ia benar?

Terdapat beberapa suplemen yang mungkin boleh membantu meningkatkan kesuburan seseorang namun ia tidak boleh merawatnya secara keseluruhan. 

Ingat, sebarang produk yang didakwa sebagai “semula jadi”, “alami, atau “asli”, tidak bermakna ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda.

Dalam sesetengah kes, ia boleh memberikan kesan tindak balas akibat daripada ubat-ubatan yang anda ambil. 

Walaupun vitamin dan mineral sememangnya baik untuk tubuh, ia boleh membahayakan kesihatan jika diambil dalam dos yang terlalu banyak. 

Nasihat daripada kami

Masih terdapat pelbagai lagi mitos yang sering berlegar di luar sana berkenaan isu kesuburan dan kemandulan.

Ini termasuklah kemandulan pada wanita yang sering disalah angggap dan juga ubat-ubat untuk merawat kemandulan.

Namun, 7 mitos yang kami senaraikan di atas adalah yang paling kerap berlegar dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Jika anda tidak begitu pasti berkenaan sesuatu perkara, hadirlah ke klinik atau hospital dan bertanyalah kepada doktor di sana.

Mereka pasti akan membantu anda dan menjelaskan segala keraguan yang anda fikirkan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

    Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

    Aduh, berdenyut pula. Adakah anda sering mengalami masalah sakit kepala ketika hamil? Jika ya, jom kenal pasti punca dan cara mengatasi pening.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

    Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mengesan kehamilan PCOS

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    kejang perut tanpa haid

    Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit tiroid ibu hamil

    Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    tiub fallopio

    Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan