Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 23/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Adakah aku mengandung?” Ini merupakan salah satu daripada soalan terpenting dalam hidup seorang  insan yang bergelar wanita.

Bagi pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga, menimang anak selalunya akan menjadi fokus mereka untuk mengembangkan bilangan ahli keluarga.

Semestinya kita akan mahukan jawapan yang paling tepat dan cepat apabila berkaitan dengan kehamilan agar tidak memberikan harapan manis yang palsu.

Bagi para isteri yang sedang berusaha untuk mengandung, pengalaman mengambil ujian kehamilan sememangnya boleh menjadi mendebar dan mengujakan!

Pada zaman moden ini, semua benda serba-serbi mudah dan cepat!

Ujian kehamilan boleh dilakukan hanya di rumah menggunakan urine pregnancy test (UPT) dan yang paling best, ia juga boleh dibeli di mana-mana farmasi atau supermarket berdekatan anda.

Kenali kit ujian kehamilan

ujian kehamilan

Ujian ini boleh dilakukan sama ada di rumah mahupun klinik. Ia berfungsi dengan mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sel-sel yang membentuk plasenta akan merembeskan HCG dan ia boleh dikesan dalam air kencing kira-kira 6 hingga 14 hari selepas berlakunya proses persenyawaan.

Cara-cara menggunakan alat ini cukup mudah kerana anda hanya perlu kencing pada kayu penguji tersebut.

Selain daripada cara itu, anda juga boleh mengumpulkan air kencing dan letak ke dalam bekas kecil lalu mencelupkan alat penguji ke dalamnya.

Anda juga mungkin diberikan pilihan lain dengan menggunakan alat penitik. Ia berfungsi dengan cara menitikkan sedikit sampel air kencing ke atas alat tersebut.

Masa bagi mendapat keputusan juga berbeza mengikut jenis-jenis alat ujian dan jenama yang digunakan.

Bagi membaca keputusan, anda sama ada akan melihat perubahan melibatkan warna atau simbol pada alatan tersebut.

Bagi ujian kehamilan yang menggunakan teknologi terbaharu, penggunaannya lebih mudah kerana ia akan terus menyatakan jawapan pada alatan tersebut sama ada anda pregnant” (hamil)atau “not pregnant” (tidak hamil).

Kit ujian kehamilan ini boleh diperoleh tanpa sebarang preskripsi doktor. Selain itu, ia murah dan sangat senang untuk digunakan.

Namun, sebelum anda mengambil ujian kehamilan, pastikan anda fahami dan melakukan perkara-perkara ini terlebih dahulu!

Persediaan melakukan ujian kehamilan bagi kaum wanita

  1. Jangan minum air terlalu banyak sebelum membuat ujian kehamilan.

minum air suam

Pastikan anda tidak meminum air dalam kuantiti yang banyak terutamanya apabila anda ingin melakukan ujian kehamilan ini.

Ini kerana, apabila kandungan air di dalam air kencing terlampau banyak, ia boleh mengganggu atau mengubah ketepatan keputusan kehamilan dan mungkin menghasilkan keputusan yang salah.

  1. Lakukan pada waktu pagi hari.

Ambil ujian kehamilan apabila anda mahu kencing pada belah pagi setelah bangun daripada tidur.

Ini kerana kandungan HCG akan berada pada tahap yang paling optimum untuk dikesan pada alat ujian kehamilan tersebut.

Namun jika anda terlupa untuk melakukan pada waktu pagi, pastikan anda tidak kencing sekurang-kurangnya dalam tempoh 4 jam sebelum melakukan ujian ini.

  1. Jangan rushing untuk mengambil ujian kehamilan, tunggu dulu!

Kajian mengatakan bahawa wanita harus menunggu lebih kurang 5 ke 10 hari selepas period anda secara rasminya lambat daripada tarikh yang sepatutnya.

Ini bagi memastikan hasil ujian itu benar-benar tepat kerana tahap kandungan HCG selalunya boleh dikesan di dalam air kencing lebih kurang 10 hari selepas mengandung.

Jika anda lakukan sebelum tempoh itu, kebarangkalian untuk keputusan ujian menjadi negatif adalah tinggi walaupun anda mungkin sebenarnya hamil.

Namun jika keputusan masih negatif, cuba lagi setelah beberapa hari kerana mungkin pada masa itu kandungan HCG masih belum meningkat.

Konklusi

Jika anda disahkan hamil setelah mengambil ujian ini, tahniah!

Pastikan anda segera melakukan temu janji bersama doktor untuk membuka buku pink bagi bakal ibu serta mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kehamilan.

Hasil ujian kehamilan yang anda lakukan di rumah itu akan dipastikan semula oleh doktor anda bagi mengesahkan kesahihan keputusan tersebut sama ada dengan melakukan ujian darah atau ujian fizikal.

Kemudian pastikan anda mengikut dan mengamalkan kesemua arahan dan nasihat doktor agar anda dapat merasai pengalaman hamil yang selamat dan sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Masih Belum Hamil? Jangan Risau, Ada Kajian Kata Risiko Kanser Ovari Rendah Jika Hamil Lewat

Anda rasa bila waktu yang paling sesuai untuk menimang cahaya mata? Wanita mempunyai keupayaan untuk mengandung di antara usia 12 dan 51 tahun...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Rancang Kehamilan 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Cepat Hamil, Lakukan Hubungan Intim Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Berkesan Ke?

Adakah wanita boleh hamil selepas haid tamat 1 hari dan seks dilakukan pada waktu ini? Jom kita klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/11/2020 . 3 minit bacaan

BAHAYA Ibu Hamil STRES, Boleh Bersalin Bayi Pramatang, Si Manja Pula Berdepan Risiko Sakit

Sepanjang tempoh kehamilan, perubahan emosi ibu mengandung perkara biasa. Tetapi jika berlebihan, ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

Apakah resepi kebahagian kehidupan suami isteri? Layanan kepada pasangan anda semestinya salah satu daripadanya tetapi elakkan melakukan 14 perkara ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

fibroid ketika hamil

Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
alahan sperma hamil

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
risiko mengandung

Ibu Hamil Yang Dijangkiti HPV, Baca Ini Untuk Tahu Apa Kesannya Terhadap Kandungan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan