
Kehamilan adalah proses yang mengggembirakan dalam kehidupan, tetapi tanpa penjagaan yang mencukupi, banyak risiko kesihatan yang boleh berlaku terhadap ibu atau anak dalam kandungan. Selepas mengetahui yang anda hamil, antara perkara yang paling penting adalah untuk melakukan ujian darah. Ini adalah perkara asas tetapi sangat penting untuk menentukan jenis darah ibu dan faktor Rh. Faktor Rh ibu adalah sangat mempengaruhi kesihatan bayi jadi sangat penting untuk mengetahui Faktor Rh daripada peringkat awal kehamilan.
Apakah itu ketidaksesuaian jenis darah?
Terdapat empat jenis utama kumpulan darah termasukla A, B, O dan AB yang diberi nilai faktor Rh untuk menentukan positif atau negatif Sekiranya jenis darah ibu tidak sepadan dengan anak, ketidaksesuaian jenis darah berlaku. Semasa kehamilan, sel darah merah ibu kemungkinan sampai ke janin dan plasenta. Sekiranya keadaan ini berlaku, antibody dari sel darah ibu akan dihasilkan untuk menyerang sel darah bayi dalam kandungan dan membawa kepada ketidaksesuaian Rh.
Tambahan lagi, sekiranya ibu menpunyai Rh-negatif manakala bayi mempunyai Rh-positif, antibodi akan terhasil dari tubuh ibu secara automatik dan kebolehan untuk sel darah bayi dan antibodi ibu bercantum mengakibatkan penguraian sel darah merah bayi. Akhirnya ini akan membawa kepada masalah jaundice dan beberapa keadaan lain. Risiko untuk menghadapi ketidaksesuaian Rh adalah lebih tinggi ketika hampir bersalin atau ketika bersalin. Tetapi ia jarang mengakibatkan masalah yang serius ketika dalam trimester pertama. Sebagai akibatnya, tubuh ibu akan menghasilkan imunisasi secara automatik untuk menyerang sel darah bayi yang baru lahir kerana ia menganggapnya sebagai bacteria atau virus yang mengancam. Doktor akan mengenalpasti ketidaksesuaian A-B-O:
– Jenis darah bayi adalah B, A atau AB manakala jenis darah ibu adalah O
– Jenis darah bayi adalah B atau AB manakala jenis darah ibu adalah A
– Jenis darah bayi adalah A atau AB manakala jenis darah ibu adalah B
Bagaimana untuk mengelakkan ketidaksesuaian jenis darah?
Sekiranya ketidaksesuaian tidak di diagnosis awal, bayi akan berisiko untuk mendapat jaundice yang kritikal menyebabkan kerosakan pada otak. Wanita hamil boleh mengelakkan ketidaksesuaian jenis darah dengan engambil ujian darah pada peringkat awal kehamilan. Sekiranya doktor mengesan ketidaksesuaian Rh, mereka akan memberi anda rawatan imun globulin Rh sekitar minggu ke 28.
Apakah kesan ketidaksesuaian Rh sewaktu hamil?
Walaupun ketidaksesuaian Rh tidak memberi kesan pada kesihatan anda dan bayi pada awal kehamilan, perkembangan antibodi Rh yang tidak terkawal mampu mengancam janin sewaktu peringkat kehamilan yang selanjutnya. Komplikasi ketidaksesuaian Rh termasuklah anemia yang serius, jaundice, kerosakan otak, dan kegagalan jantung pada bayi baru lahir. Dalam kes-kes terpencil, pertukaran transfuse kemungkinan perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi. Melalui prosedur ini, sel darah Rh negatif asal bayi akan digantikan dengan sel darah Rh-positif. Proses ini membantu menstabilkan tahap sel darah merah bayi dan mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih teruk.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: