backup og meta

8 Tip Mengurangkan Rasa Takut & Sakit Bersalin, Yang Terakhir Itu Penting!

8 Tip Mengurangkan Rasa Takut & Sakit Bersalin, Yang Terakhir Itu Penting!

Pengalaman bersalin setiap ibu hamil itu adalah berbeza, begitu juga dengan pengalaman bersalinkan setiap anak, tentu juga berbeza.

Ada yang mungkin mengalami sakit bersalin dan ada juga yang bernasib baik melahirkan anak tanpa sebarang masalah yang besar.

Salah satu sebab ibu tidak mengalami kesukaran semasa bersalin adalah kerana terdapat teknik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin.

Persediaan awal adalah penting bagi membantu ibu mengatasi rasa sakit hendak bersalin!

Mengapa ibu hamil akan merasai sakit bersalin?

Rasa takut akan sakit bersalin adalah normal untuk setiap ibu hamil.

Ini kerana otot badan ketika proses kelahiran, akan bekerja keras untuk mengeluarkan bayi di dalam rahim.

Kontraksi pada otot rahim dan tekanan pada serviks semasa tempoh bersalin akan membuatkan anda mengalami ketegangan pada bahagian abdomen, pangkal paha dan belakang badan.

Selain itu, bakal ibu juga akan rasa sakit hendak bersalin kerana berlakunya tekanan pada kantung dan usus yang menyebabkan kepala bayi semakin meregang ke arah tempat kelahiran.

Tips atasi rasa sakit bersalin bakal ibu boleh cuba!

sakit bersalin

#1. Ciptakan persekitaran kelahiran yang menenangkan

Semasa hampir tempoh kelahiran, pasangkan alunan zikir dan lagu yang menenangkan anda.

Selain itu, peralatan untuk bersalin juga mestilah yang dapat membantu anda memudahkan kelahiran seperti tilam yang lembut.

Jika anda bercadang untuk bersalin dengan posisi yang berbeza, sediakan peralatan yang perlu seperti bola kelahiran atau bangku kecil.

Walau bagaimanapun, pastikan polisi hospital bersalin anda membenarkan anda untuk mencuba posisi berbeza.

#2. Lengkapkan diri dengan ilmu bersalin sebelum ia tiba

Anda boleh dapatkannya melalui buku, majalah, laman sesawang, video, kelas pranatal atau bertanya kepada doktor.

Pelbagai informasi dapat membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.

#3. Luahkan ketakutan sakit bersalin kepada orang tersayang

Atasi ketakutan anda dengan cara meluahkannya kepada orang terdekat anda seperti suami ataupun ibu anda.

Doktor juga adalah orang yang terbaik untuk menasihati anda tentang cara-cara mengatasi rasa takut semasa bersalin.

sakit bersalin

#4. Wajib belajar teknik pernafasan!

Latihan teknik pernafasan adalah kunci paling penting untuk membantu memudahkan proses bersalin anda.

Bagi mempelajarinya, hadirilah kelas pranatal yang akan membantu anda mempelajari teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi kontraksi sebelum bersalin.

Caranya adalah dengan melepaskan tekanan pada setiap hembusan dan cuba juga menarik nafas laju pada setiap 2 atau 3 saat iaitu 20 hingga 30 kali seminit.

Jika anda kehilangan tempo, minta pertolongan pasangan anda untuk membantu anda mendapatkan semula rentak melalui pergerakan mata, tangan atau kepala.

#5. Alihkan perhatian anda dari bersalin ke perkara lain

Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda kegemaran anda).

Keadaan ini dapat merangsang deria anda dan mengurangkan kesakitan.

Selain itu, dengan mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan anda berada pada persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.

#6. Hangatkan tubuh badan dengan mandi air panas

Ini bagi melegakan kesakitan kontraksi, merehatkan minda anda malah ada kalanya ia juga membantu anda untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen anda atau bahagian belakang tubuh anda.

sakit bersalin

#7. Banyakkan bergerak sebelum proses bersalin itu tiba

Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin.

Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan.

Anda boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mencangkung mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati pada setiap pergerakan anda!

#8. Minta suami sentiasa kekal berada di sisi anda

Sentuhan atau urutan daripada suami juga dapat membantu melegakan sakit bersalin anda.

Anda boleh minta suami menggenggam tangan anda, membelai pipi atau rambut anda, atau mungkin juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda semasa proses kelahiran. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dealing With Pain During Childbirth, https://kidshealth.org/en/parents/childbirth-pain.html, Accessed Oct 23 2021.
  2. Dealing with Pain During Childbirth, https://familydoctor.org/dealing-pain-childbirth/, Accessed Oct 23 2021.
  3. Worried about the pain of labor and delivery? It’s not as bad as you think!, https://www.asahq.org/about-asa/newsroom/news-releases/2018/05/pain-of-labor-and-delivery, Accessed Oct 23 2021.
  4. The nature and consequences of childbirth pain, https://www.ejog.org/article/0028-2243(95)02058-Z/fulltext, Accessed Oct 23 2021.
  5. Pain relief in labour, https://www.nhs.uk/pregnancy/labour-and-birth/what-happens/pain-relief-in-labour/, Accessed Oct 23 2021.

Versi Terbaru

22/10/2021

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kesakitan Bersalin Masih Terasa? Ibu Boleh Cuba 8 Tip Hilangkan Trauma Ini

Ini Persediaan Untuk Bersalin Di Hospital Perlu Bakal Ibu Ketahui, Barulah Tak Kelam-kabut


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 22/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan