backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Due Date Bersalin Sudah Dekat? Persiapkan Diri Dengan Perkara Penting Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/10/2021

Due Date Bersalin Sudah Dekat? Persiapkan Diri Dengan Perkara Penting Ini!

Sebagai ibu hamil yang sudah hampir tiba waktu untuk melahirkan janin dalam kandungan, sudah pasti anda akan pening memikirkan persiapan bayi baru lahir.

Sebenarnya, ia bukanlah sesukar mana jika anda telah bersedia lebih awal lagi dengan persiapan bayi baru lahir yang perlu dipertimbangkan sebelum tiba waktunya.

Persoalannya, apakah persiapan-persiapan tersebut? Adakah anda juga perlu tahu senarai barang  baby newborn dan jenama barang baby yang bagus? Jom teruskan membaca!

Persiapan

Persiapan bayi baru lahir, apa perlu disediakan? 

Pengalaman melahirkan bayi adalah kenangan manis buat wanita, namun ia bukanlah satu proses mudah dan boleh dilalui tanpa sebarang persiapan atau persediaan.

Anda perlu meramalkan dan memikirkan lebih jauh ke hadapan bagi memastikan proses tersebut dapat berjalan dengan lebih lancar agar tiada kesulitan dialami kelak.

Ia bukan sekadar memilih nama atau meneka jantina anak sahaja ya? Anda perlu tahu senarai semak yang penting di samping bersedia secara mental dan fizikal!

Senarai semak

Sebelum tiba waktu untuk melahirkan, sila periksa setiap senarai semak berikut bersama pasangan untuk memastikan proses tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Terdapat 3 aspek asas yang perlu anda ambil tahu, sila catatkan dan tandakan ia sebagai panduan.

persiapan bayi baru lahir

Perkara perlu buat sebelum bersalin

Pertama sekali, anda dan pasangan haruslah lakukan semua perkara-perkara di bawah ini sebelum bersalin iaitu:

  • Daftarkan diri di hospital yang telah kalian pilih
  • Nyatakan pilihan anda untuk bersalin normal atau tidak
  • Catitkan nombor telefon unit bersalin di hospital tersebut
  • Tentukan waktu dan jalan paling tepat untuk pergi ke hospital
  • Tentukan pengangkutan untuk membawa anda pergi ke hospital
  • Pastikan anda tahu di mana perlu tuju sesudah sampai di hospital
  • Rancangkan lebih awal jika bercadang untuk menderma darah tali pusat

Dengan perancangan ini, maka kalian tidaklah akan mengalami situasi kelam-kabut atau huru-hara apabila sudah sampai waktu untuk melahirkan kelak.

Keperluan buat bayi baru lahir

Sebagai persiapan bayi baru lahir, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda sediakan sebelum bersalin dan membawa cahaya mata anda pulang ke rumah:

  • Kerusi bayi yang diperakui undang-undang untuk kenderaan anda
  • Barangan penyusuan susu badan seperti bra dan pad penyusuan
  • Susu formula, botol dan puting bayi untuk kecemasan
  • Lampin bayi sama ada jenis pakai semula atau pakai buang
  • Peralatan untuk membersihkan bayi seperti sabun, tisu basah, berus rambut dan lain-lain
  • Pakaian untuk bayi dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Buaian untuk bayi yang mudah dibawa ke mana sahaja
  • Selimut bayi yang boleh dipakaikan selepas mereka lahir

Oleh itu, anda mungkin perlu sediakan senarai barang  baby newborn dan tentukan jenama barang baby yang bagus lebih awal untuk mendapatkan pilihan terbaik.

Kemudahan perlu bawa ke hospital

persiapan bayi baru lahir

Jangan hanya fokuskan kepada bayi sahaja ya, anda dan pasangan juga perlu sediakan kemudahan untuk diri sendiri bagi kegunaan kalian di hospital:

  • Informasi berkaitan perlindungan insurans
  • Makanan yang sihat untuk anda dan pasangan ketika di hospital
  • Pakaian yang selesa dipakai semasa dan selepas pulang dari hospital
  • Peralatan membersihkan diri seperti berus gigi, ubat gigi, sikat rambut dan lain-lain
  • Kamera untuk merakam kenangan manis di saat melahirkan

Meskipun ia kelihatan seperti perkara asas sahaja, namun jangan semberono tentangnya kerana tanpanya anda dan pasangan mungkin akan terpinga saat di hospital.

Mental dan Fizikal

Persiapan bayi baru lahir juga bukanlah meliputi pada barangan yang perlu dibawa ke hospital sahaja, anda juga perlu bersedia secara mental dan fizikal.

#1. Lakukan senaman dan latihan untuk bersalin

Di samping anda menyediakan persiapan bayi baru lahir, sila lakukan senaman dan latihan untuk bersalin agar tubuh badan anda lebih bersedia untuk melaluinya.

Dapatkan nasihat dari pakar untuk melakukan aktiviti seperti yoga, skuat atau kegel untuk menguatkan otot yang anda akan gunakan untuk menolak ketika bersalin.

#2. Uruskan stres dan cuba untuk lebih relaks

Tidak dinafikan, kehamilan juga akan mendatang stres berlebihan namun itu adalah sesuatu yang tidak baik bagi persiapan bayi baru lahir anda pula nanti.

Oleh itu, sila uruskan stres agar tubuh badan dapat lebih relaks dengan cara tidur secukupnya, makan sesihatnya serta elakkan perkara yang menambah tekanan.

#3. Fahamkan perbezaan posisi melahirkan bayi

Posisi melahirkan tradisional melibatkan anda berbaring menelentang yang sebenarnya mungkin akan memberi tekanan kepada saraf pelvik lalu meningkatkan rasa sakit.

Anda mungkin boleh mengubah posisi ini dengan berbaring mengiring atau sebagainya, namun sila dapatkan pandangan doktor mengenai perkara ini.

persiapan bayi baru lahir

#4. Dapatkan sokongan emosi

Bukan sahaja tubuh badan yang akan terjejas ketika proses kehamilan dan melahirkan ini, namun sudah pasti emosi anda juga sedikit terganggu.

Disebabkan itu, sila dapatkan sokongan daripada orang di sekeliling anda terutamanya pasangan, keluarga, rakan bagi memastikan anda tidak keseorangan untuk melaluinya.

#5. Siapkan diri untuk menahan dan mengawal kesakitan

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa proses melahirkan ini akan menyebabkan kesakitan ekoran kontraksi dan prosedur lain untuk menolak bayi keluar ketika bersalin.

Namun, wujud beberapa teknik untuk menahan dan mengawal kesakitan ini melalui pernafasan, urutan, tuaman dan sokongan yang mungkin dapat membantu anda dalam hal ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/10/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan