backup og meta

Ada 4 Mitos Cegah Hamil Jika Pancut Luar Yang Tak Boleh 'Pakai', Tengok Nombor 2 Tu!

Ada 4 Mitos Cegah Hamil Jika Pancut Luar Yang Tak Boleh 'Pakai', Tengok Nombor 2 Tu!

Alaaa…peluang kehamilan tipis kalau pancut luar, biasa dengar, bukan? Tetapi tahukah anda, hanya terdedah kepada air mazi boleh mengandung? Bagaimana pula dengan pacut luar, adalah amalan ini selamat? Jom, ketahui jawapannya dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Benarkah terdedah pada air mazi boleh mengandung?

Soalan yang lazim ditanya: “Adakah saya berkemungkinan hamil tanpa pancut dalam?”  Jawapannya adalah ya, tetapi peluangnya adalah sangat rendah.

Cara terbaik untuk mengelak kehamilan daripada berlaku adalah dengan menggunakan perlindungan semasa melakukan hubungan kelamin.

Untuk hamil, telur perlu bersenyawa dengan sperma. Biasanya, ini terjadi apabila air mani mengalami ejakulasi dan masuk ke dalam faraj, bukan menerusi contoh air mazi.

Umumnya, air mani yang dihasilkan lelaki mengandungi berjuta lebih sperma tetapi hanya satu daripadanya yang akan bersenyawa dengan telur semasa proses persenyawaan.

Risiko hamil tanpa pancut dalam

Terdapat beberapa mitos yang menjadi kepercayaan kebanyakan individu mengenai kebarangkalian untuk anda hamil tanpa penembusan. Mari lihat satu persatu.

Mitos 1: Air mazi boleh mengandung

air mazi boleh mengandung
Air mani berwarna putih pekat.

Sebelum lelaki mendapat ejakulasi, zakarnya akan mengeluarkan cecair jernih yang dipanggil:

  • air mazi
  • atau pra-klimaks (cecair pra-ejakulasi)

Setiap lelaki tidak ada cara untuk mengawal penghasilan cecair ini. Namun, pra-klimaks tidak mengandungi sperma hidup dan sihat. Jaid, kebarangkalian air mazi boleh mengandung adalah rendah.

Peluang kehamilan boleh berlaku semasa pengeluaran cecaira pra-klimaks apabila anda sempat menarik beberapa sperma hidup yang masih ada dalam uretra daripada ejakulasi sebelumnya.

Jadi berhati-hati atau anda mungkin menerima perkhabaran kehamilan mengejut yang tidak disangka!

Mitos 2: Anda boleh hamil daripada ‘bergoyang gerudi’

Sekali lagi, jawapannya adalah 99.9% tidak.

Rujuk kembali definisi di atas, kehamilan terjadi apabila sperma bertemu dengan telur. Ini tidak mungkin berlaku jika ia beralas. Walaupun jika anda tanpa berpakaian, peluangnya masih lagi tipis.

Untuk sperma sampai kepada telur, ia perlu melalui faraj anda, kemudian melalui serviks dan melepasi rahim. Seterusnya sperma perlu melalui tiub fallopian menuju ke ovari supaya akhirnya sampai ke telur.

Paling cepat sperma boleh sampai adalah 45 minit untuk menghabiskan perjalanan tersebut.

Akan tetapi, jika air mani berada pada labia anda, sperma boleh masuk ke terusan faraj. Ini adalah tidak mungkin tetapi juga tidak mustahil, maka peluang kehamilan tetap wujud, okay?

Mitos 3: Anda boleh hamil melalui onani

air mazi boleh mengandung
Onani boleh sebabkan kehamilan?

Sudah tentu tidak jika anda adalah seorang wanita yang beronani.

Walau bagaimanapun, peluang kehamilan adalah mungkin jika anda dan pasangan melakukan onani bersama-sama di mana sperma mungkin berada pada tangan anda ataupun pasangan dan kemudian berpindah ke faraj anda melalui perlakuan onani.

Jadi masih wujud risiko untuk mengandung walaupun mungkin tipis.

Mitos 4: Anda boleh hamil daripada sperma yang ada dalam tab mandian panas atau kolam renang

air mazi boleh mengandung
Antara maksud warna air mani.

Tidak, kerana persekitaran untuk sperma bertahan adalah pada mukus alkali.

Sudah tentulah dalam bahagian alat sulit wanita kerana faraj adalah persekitaran asid tetapi dalam kitaran bulanan seseorang wanita, ia akan menghasilkan cecair yang dipanggil mukus serviks yang akan mengubah kimia semula jadi faraj. Ia adalah penting untuk sperma bertahan.

Terkena air mazi boleh mengandung? Masih ada kemungkinan!

Mungkin peratusan untuk anda hamil tanpa pancut adalah tipis dan rendah. Namun harus diingatkan dalam keadaan tertentu perkara tersebut boleh berlaku tetapi peluangnya tersangatlah rendah.

Jadi, jika anda tidak mahu hamil, disarankan untuk menggunakan perlindungan dan pelajari mengenai hubungan selamat.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Can I get pregnant if I have sex without penetration? http://www.nhs.uk/chq/Pages/975.aspx?CategoryID=54. Accessed August 22, 2016.
  2. Can You Get Pregnant With Precum? http://americanpregnancy.org/getting-pregnant/can-you-get-pregnant-with-precum/. Accessed August 22, 2016.
  3. Human Reproduction and the Signs of Fertility. http://www.njnfp.org/resources/signsoffertility.php. Accessed August 22, 2016.
  4. Your guide to sex without penetration. https://www.bedsider.org/features/1396-your-guide-to-sex-without-penetration. Accessed October 2, 2022.
  5. Is Sex without penetration even better? https://www.aarp.org/home-family/sex-intimacy/info-12-2012/great-sex-without-intercourse.html. Accessed October 2, 2022.

Versi Terbaru

24/05/2024

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Semak 12 Tanda Awal Mengandung Ini, No. 12 Simptom Paling 'Rare'!

Ibu Hamil, Ini 6 Cara Nak Bezakan Pecah Air Ketuban Dengan Air Kencing!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nurul Iftida Basri

Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 24/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan