backup og meta

Tingkatkan Tahap Kesuburan Lelaki Dengan Pemakanan? Ini Caranya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/01/2022

    Tingkatkan Tahap Kesuburan Lelaki Dengan Pemakanan? Ini Caranya!

    Sedang merancang keluarga? Apa kata anda cuba tip untuk tingkatkan tahap kesuburan lelaki ini, mungkin dapat membantu pasangan cepat hamil.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Bagaimana nutrisi boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki?

    Umum mengetahui apa yang kita makan dan minum akan menjejaskan kesihatan kita. Pemakanan juga akan memberi kesan kepada tahap kesuburan kita.

    Kajian menunjukkan nutrisi mempunyai impak kepada sperma anda. Bergantung kepada jenis makanan yang diambil, kualiti dan kuantiti sperma mampu dipertingkatkan dan diperkuatkan.

    Berikut merupakan 4 cara tabiat pemakanan sihat mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki:

    Membentuk DNA yang sihat

    tahap kesuburan lelaki

    DNA anak terbentuk hasil daripada ibu dan bapanya. Namun, beberapa bahan kimia dan kekurangan nutrisi boleh merosakkan DNA.

    Pencernaan makanan sihat yang mengandungi antioksida pelindung DNA serta nutrisi akan melindungi DNA daripada kerosakan.

    Bahan kimia luar seperti asap rokok, racun serangga, alkohol dan sebagainya juga akan merosakkan DNA.

    Meningkatkan tahap kesihatan sperma penting dalam tahap kesuburan lelaki

    Diet yang baik akan membantu dalam pembentukan sperma yang sihat.

    Pengambilan nutrien yang cukup akan mengelakkan kerosakan sperma sekaligus meningkatkan tahap kesihatan sperma anda.

    Nutrien seperti zinc, asid folik dan vitamin C terbukti membantu meningkatkan tahap kesihatan dan mobiliti sperma. Kualiti sperma adalah lebih penting berbanding kuantitinya.

    Kajian juga menunjukkan bahawa kaum adam yang mempunyai kuantiti sperma yang sedikit juga mempunyai tahap kesuburan yang tinggi sekiranya kualiti sperma mereka berada di tahap yang baik.

    Baca juga:

    Menghasilkan sperma berkualiti melalui penjagaan kesihatan

    Mempunyai badan yang sihat semasa proses pembentukan sperma boleh membantu anda mempunyai anak yang sihat.

    Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa tahap kesihatan sperma adalah sama penting dengan telur wanita.

    Anda perlu tahu bahawa sperma dihasilkan dalam masa 3 bulan. Ini menunjukkan apa yang anda makan pada hari ini akan mempengaruhi pembentukan sperma pada masa 3 bulan akan datang.

    Ikuti diet yang baik sekurang-kurangnya dalam masa 3 bulan sebelum pembentukan sperma untuk menghasilkan sperma yang baik.

    Membantu meningkatkan keinginan seksual

    Apa yang anda makan sebenarnya membantu keinginan seksual anda dan meningkatkan tenaga.

    Diet yang kurang nutrisi dan hidrasi sebenarnya akan menyebabkan masalah hormon dan keinginan seksual lelaki.

    Ini akan menyebabkan kesukaran pasangan untuk bersama serta menurunkan tahap kesihatan sperma.

    tahap kesuburan lelaki

    Apakah jenis makanan yang membantu meningkatkan tahap kesihatan sperma?

    • Makanan yang kaya dengan vitamin C dan antioksida yang lain. Nutrien-nutrien ini akan mengelakkan kecacatan dalam sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.
    • Makanan yang kaya dengan zinc. Zinc membantu melindungi sperma daripada bakteria. Selain itu, zinc juga melindungi sperma daripada radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel sperma. Kekurangan zinc juga membuatkan kualiti sperma terjejas sekaligus menyumbang kepada masalah kesuburan. Contoh makanan yang mengandungi zinc adalah daging lembu, daging ayam dan tiram.
    • Makanan yang kaya dengan asid folik. Tanpa asid folik, badan kita tidak dapat menghasilkan DNA yang diperlukan semasa penghasilan bayi. Anda boleh memperolehi nutrien ini dalam sayur-sayuran hijau, kebanyakan buah-buahan contohnya alpukat, kekacang, bijirin dan roti.
    • Jangan mengambil alkohol. Kajian menunjukkan pengambilan alkohol dengan kerap akan menjejaskan tahap kesuburan lelaki. Selain itu, alkohol juga akan mengurangkan keinginan seksual serta menjejaskan kualiti sperma lelaki.
    • Ambil pelbagai jenis vitamin setiap hari. Ini akan membantu anda mendapatkan nutrien yang diperlukan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan