Minggu 17

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda sedang membesar dengan baik dan kini sebesar saiz lobak putih (turnip), seberat kira-kira 150 gram dan kepanjangan daripada kepala ke kaki kira-kira 12cm

Kini, terdapat beberapa lemak terkumpul pada badan bayi anda. Lemak badan bayi anda akan terus berkembang dan menjadi dua pertiga daripada berat badan bayi sewaktu kelahiran. Lemak badan adalah penting untuk memanaskan bayi anda. Pada masa ini, jantung bayi anda telah berdegup lebih kerap, pada kira-kira 140-150 denyutan seminit. Ini adalah hampir dua kali lebih laju daripada degupan jantung anda! Ini bermakna bayi anda semakin kuat dan akan memerlukan banyak nutrien dan oksigen. Plasenta anda akan berkembang cepat untuk menyokong keperluan bayi anda.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Payudara anda terus berkembang dan boleh menyebabkan ketidakselesaan. Hormon anda akan menyebabkan lebih banyak aliran darah ke payudara sebagai persediaan untuk pengeluaran susu. Ini boleh menyebabkan vena lebih kelihatan. Saiz payudara anda juga semakin bertambah. Pastikan bra baru anda selesa untuk memberikan payudara anda sokongan yang sewajarnya.

Selera makan anda juga kian bertambah. Rasa loya anda juga mungkin telah hilang semasa trimester kedua ini. Bagus! Anda kini dapat menikmati makanan dan memberi nutrien penting kepada bayi anda. Jauhkan diri anda dari makanan yang tinggi kandungan gula dan tinggi lemak. Walaupun anda terliur dengannya, anda perlu kekal sihat dan memberikan bayi anda nutrien dan vitamin yang mencukupi untuk pembesaran. Ramai orang akan mengatakan bahawa anda “makan untuk dua orang” tetapi jangan mengambil ini terlalu literal bagi mengelakkan pertambahan berat badan yang lebih cepat daripada yang sepatutnya. Rancang  makanan anda dan pilih buah-buahan dan sayur-sayuran. Ingat bahawa anda hanya boleh menambah 300 kalori sehari.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Anda mungkin bimbang suhu badan anda meningkat atau berpeluh dengan lebih mudah. Ia bukanlah perkara yang perlu dirisaukan tetapi boleh menyebabkan anda tidak selesa. Cuba untuk sejukkan diri dengan memakai pakaian yang longgar, mandi mandian sejuk atau menggunakan kipas peribadi. Jumlah darah anda semakin meningkat dan mengalir dengan lebih cepat. Ini boleh menyebabkan kulit anda berasa merah dan panas. Penting untuk anda memastikan kulit anda sejuk dan kering. Apabila badan anda panas, bayi anda juga boleh berasa panas, yang membawa kepada kesan berbahaya. Berpeluh berlebihan juga boleh membawa kepada dehidrasi. Pastikan anda minum air dengan banyak.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Adakah anda berasa pening dan bimbang pada saat ini? Bertenang, ini bukanlah satu fenomena berbahaya. Ia adalah simptom yang agak biasa, dan hampir selalu berlaku sewaktu anda hamil. Apabila anda merasa pening, baring ke kiri dan angkat kaki ke atas setinggi mungkin; atau anda boleh duduk dan meletakkan kepala di antara kedua lututnya. Ambil nafas dalam-dalam dan longgarkan pakaian yang ketat. Sebaik sahaja anda berasa lebih baik, makan sedikit dan maklumkan doktor anda tentang rasa pening ini dalam lawatan seterusnya. Jatuh pengsan sebenarnya sangat jarang berlaku, tetapi jika anda pengsan, jangan ambil ringan, anda perlu menemui doktor dengan segera.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Jika anda belum pernah menemui doktor pada bulan ini, anda mungkin mahu menjadualkan lawatan pada minggu ini. Semasa temu janji, doktor mungkin melakukan ujian berikut:

  • Ukur berat badan dan tekanan darah;
  • Periksa gula dan protein dalam air kencing;
  • Pemeriksaan kadar jantung janin;
  • Pemeriksaan saiz rahim melalui luaran
  • Pemeriksaan ketinggian dari bahagian bawah rahim;
  • Periksa sama ada tangan dan kaki anda mempunyai urat bengkak atau varikos atau tidak.

Beritahu doktor mengenai sebarang simptom yang luar biasa atau mengganggu. Ia adalah idea yang baik untuk menyenaraikan senarai soalan sebelum anda berjumpa dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk menjadi sihat dan selamat:

X-ray

X-ray secara umumnya adalah selamat semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, tahap keselamatan bergantung kepada jenis X-ray yang perlu anda jalani dan jumlah pendedahan radiasi. Kebanyakan ujian X-ray terbukti tidak menyebabkan kemudaratan kepada janin anda. Tetapi, anda juga perlu tahu bahawa pendedahan radiasi terlalu banyak dan pendedahan radiasi berkadar tinggi akan meningkatkan risiko berbahaya kepada bayi anda. Kesan-kesan berbahaya termasuklah menjejaskan perkembangan mental, kecacatan kelahiran atau leukemia kanak-kanak.

Tiada senaman

Anda mungkin bimbang tidak bersenam dengan cukup. Senaman sentiasa disyorkan tetapi ada kalanya anda mungkin tidak dapat bersenam jika anda telah diarahkan doktor untuk berehat di atas katil. Doktor anda mengehadkan aktiviti fizikal untuk memastikan keselamatan anda dan bayi jika anda berisiko mengalami keguguran atau kelahiran pramatang, mempunyai serviks tidak kompeten, pendarahan atau titis darah, atau telah didiagnosis dengan plasenta previa atau pre-eklampsia. Bincanglah dengan doktor anda tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan.

Gambaran Janin Minggu ke-17

perkembangan janin minggu ke-17

Mari kita lihat perkembangan anda dan bayi anda pada minggu 18!

Hello Health Group tidak menawarkan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Benarkah Pil Perancang Mempengaruhi Fasa Menopaus? Wanita ‘Tengah Merancang’ Wajib Baca!

    Menopaus boleh menjadi masa yang sukar dan membingungkan bagi para wanita. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang mengamalkan pil pencegah kehamilan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 26/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

    Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Berjimat, Guna Kit Ujian Kehamilan Berkali-kali, Boleh Ke? Ini Cara Betul Guna UPT

    Ujian kehamilan murah dan mudah untuk didapatkan tetapi masih ramai lagi menggunakannya berulang kali. Boleh ke? Jika anda ingin tahu, baca artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS Masalah Air Ketuban Sedikit Petanda Bahaya Pada Janin! Nak Atasinya? Ikut 5 Tip Ini

    Masalah air ketuban sedikit boleh berpunca daripada perkembangan anak dalam kandungan. Jika tidak diberi perhatian, ia boleh menyebabkan komplikasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 11/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    pil perancang

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    parut czer

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    ujian kehamilan

    Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan