Minggu 31

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda kini mempunyai saiz seperti sebiji kelapa, dengan berat 1.5 kg dan kepanjangan 40 cm daripada kepala ke tumit.

Pada waktu ini bayi anda membuang air kencing sekitar 250 ml sehari ke dalam air ketuban. Bayi anda juga menelan air ketuban tersebut yang akan digantikan sepenuhnya beberapa kali sehari. Air ketuban berlebihan mungkin menunjukkan bahawa bayi anda tidak menelan dengan normal atau terdapat halangan gastrousus. Air ketuban yang sedikit pula menunjukkan bayi anda tidak kencing dengan betul dan mungkin mempunyai masalah pada buah pinggang atau saluran kencing. Doktor anda akan mengukur isi padu air ketuban sebagai pemeriksaan rutin melalui ultrabunyi.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Anda mungkin merasakan uterus anda mengeras iaitu mengalami kontraksi Braxton Hicks sewaktu tempoh separuh kedua kehamilan. Kontraksi ini tidak seragam dan kebiasaannya berlangsung lebih kurang 30 saat. Pada waktu ini ia sepatutnya tidak kerap dan tidak menyakitkan. Kontraksi yang kerap, walaupun tidak menyakitkan mungkin merupakan petanda kelahiran pramasa. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami lebih daripada 4 kontraksi dalam sejam atau sebarang tanda kelahiran pramasa. Ini termasuklah penambahan cecair daripada vagina atau perubahan jenis lendiran (jika menjadi berair, bermukus atau berdarah walaupun sedikit), sakit abdomen atau sakit senggugut. rasa tekanan pada kawasan pelvik atau sakit pinggang, terutamanya jika anda tidak mengalaminya sebelum ini.

Kelenjar susu dalam payudara anda telah mula membuat kolostrum pada waktu ini. Kolostrum ialah prasusu yang menyediakan kalori dan nutrisi yang diperlukan bayi anda sewaktu beberapa hari pertama selepas kelahiran sebelum susu anda ada. Bagi sesetengah wanita kolostrum mereka cair sementara bagi yang lain ia tebal dan kekuningan. Jika anda mendapati payudara anda mengeluarkan kolostrum, anda boleh membeli pad bra pakai buang untuk melindungi kebocoran pada pakaian anda.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Untuk memenuhi keperluan kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih banyak darah daripada biasa supaya darah boleh dipam dengan laju. Bagaimanapun, perubahan dalam sistem kardiovaskular untuk menampung perkembangan bayi boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan dan rasa tidak selesa. Apabila vena anda kian membesar untuk menampung isi padu darah yang meningkat, ia akan jelas kelihatan dan anda boleh melihat saluran darah berwarna merah atau hijau di bawah kulit, terutamanya pada kaki dan buku lali.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Pada trimester ketiga, anda memiliki satu lagi masalah pundi kencing; terkucil disebabkan tekanan pada abdomen, Ini menyebabkan pundi kencing sukar dikawal dan anda akan mudah terkucil jika ketawa, bersin, batuk, mengangkat beban berat. Untuk memastikan sama ada ia air kencing atau air ketuban, anda harus menghidunya. Maklumkan pada doktor jika air tersebut tidak berbau hancing seperti air kencing tapi berbau manis seperti air ketuban.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Anda mungkin akan perlu bertemu doktor dengan lebih kerap pada bulan hadapan, setiap 2 minggu, kemudian setiap seminggu sekali sehingga waktu kelahiran. Pada bulan ini, tekanan darah dan berat badan anda akan diukur; anda mungkin ditanya tentang sebarang tanda dan simptom yang anda alami. Doktor anda juga mungkin menyuruh anda menjelaskan pergerakan bayi anda; waktu bayi banyak bergerak, dan waktu bayi lebih banyak diam. Saiz uterus anda akan diperiksa seperti biasa.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Secara umumnya, adalah selamat untuk anda berjalan sepanjang tempoh kehamilan, walaupun akan menjadi lebih sukar dengan peningkatan saiz abdomen anda, tetapi tidak berbahaya kepada bayi. Atlet larian sekalipun harus mengubah rutinnya dengan perkembangan bayi yang dikandung.

Bagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk bersenam jika anda mengalami plasenta previa, di mana plasenta menutup serviks, disebabkan terlalu banyak melompat boleh menyebabkan pendarahan. Ia juga tidak selamat jika anda mengalami tekanan darah tinggi disebabkan kehamilan atau mempunyai risiko bersalin pramasa.

Bagaimanakah perkembangan bayi anda minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

    Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

    Guna Kaedah Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini Pro & Kontra Jika Cik Abang Lakukannya

    Adakah anda sebagai suami isteri pernah terfikir dan tertanya sama ada teknik pancut luar itu berkesan atau tidak? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Rawat Sakit Kepala Semasa Hamil? Kenal Pasti Puncanya Sebab Ia Berbeza Ikut Trimester

    Sepanjang tempoh mengandung, kepala kerap berdenyut? Adakah sakit kepala ketika hamil satu keadaan yang normal? Ikuti penjelasannya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 01/12/2020 . 3 minit bacaan

    Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

    Sindrom pramenstruasi (PMS) mampu menyebabkan beberapa simptom yang menyerupai tanda-tanda kehamilan. Perkara ini boleh mengelirukan para wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    petua hilangkan selsema

    Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    sakit belakang semasa mengandung

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan