
Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi, anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri. Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah.
Bila lakukan ujian?
Wanita perlu mengambil ujian sekurang-kurangnya seminggu selepas mereka terlepas tempoh haid bagi mendapatkan hasil yang paling tepat. Ambil terlalu awal boleh cenderung kepada jawapan palsu apabila ujian adalah negatif tetapi sebenarnya, anda hamil. Dinasihatkan untuk mengambil ujian pada waktu pagi apabila air kencing pekat.
Sejauh mana ketepatan ujian?
Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu ujian air kencing di rumah dan ujian darah yang dijalankan di pusat perubatan. Ujian air kencing dirumah adalah 99% tepat manakala ujian darah adalah lebih tepat. Ketepatan ujian kehamilan bergantung kepada:
- Sejauh mana wanita ikut arahan
- Bila berlakuh implantasi
- Apabila anda mengambil ujian (berapa lama selepas kehamilan anda mengambil ujian)
- Sifat atau sensitiviti ujian kehamilan
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ujian membawa hasil palsu jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Selain itu, jika pengambil ujian itu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, ia boleh menjejaskan ketepatan ujian.
Bagaimana melakukan ujian kehamilan di rumah?
Ujian kehamilan di rumah adalah sangat mudah digunakan dan memberikan hasil yang tepat dalam masa yang singkat selagi wanita ikut arahan dengan teliti.
Terdapat banyak cara untuk melakukan ujian. Ini adalah bagaimana untuk menggunakan ujian bukan digital.
Langkah 1: Wanita boleh memilih salah satu daripada kaedah ini:
- Kumpul air kencing awal pagi dalam cawan. Rendamkan batang ujian ke dalam air kencing.
- Pastikan batang ujian terus dalam aliran air kencing.
- Kumpul air kencing dalam cawan. Menggunakan penitis untuk titiskan air kencing ke kayu ujian.
Langkah 2:Tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya.
Langkah 3: Baca hasilnya. Bergantung kepada jenis kit ujian, hasilnya ditunjukkan berbeza. Jika anda hamil, hasil ujian boleh menjadi:
- Dua baris
- Berwarna
- Tanda “+”
Jika wanita menggunakan ujian digital, langkah 1 dan langkah 2 adalah sama seperti dalam ujian bukan digital. Walau bagaimanapun, pada langkah terakhir, ujian akan membaca keputusan dengan jelas, sama ada “mengandung” atau “tidak mengandung”.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya?
Jika ujian memberikan hasil positif, jumpa ke doktor untuk mengesahkan.
Jika ujian memberikan hasil negatif tetapi anda masih percaya bahawa anda sebenarnya hamil, pergi ke pusat perubatan juga.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: