
Anda sekarang akan memasuki minggu keempat kehamilan. Bayi anda sekarang dalam saiz biji popi, iaitu lebih kurang 2 mm. Pada waktu ini bayi anda secara teknikalnya dipanggil embrio. Sewaktu fasa perkembangan ini, sel mula berkembang dalam semua organ penting bayi: otak, jantung, paru-paru, organ dalaman. Tangan dan kaki juga akan mula terbentuk. Untuk menyediakan perlindungan, amniotic sac dan yolk sac akan mula terbentuk di sekitar embrio. Yolk sac akan menyediakan darah dan membantu memberikan nutrien kepada embrio sehinggalah plasenta mengambil alih tugas tersebut. Bayi anda sekarang mempunyai 3 lapisan berbeza: bahagian dalam (endoderm), bahagian tengah (mesoderm) dan bahagian luar (ectoderm). Bahagian dalam akan membentuk sistem pencernaan, hati dan paru-paru sementara bahagian tengah akan membentuk jantung, organ kelamin, tulang, buah pinggang, dan otot. Bahagian luar akan bertukar menjadi sistem saraf, rambut, kulit dan kuku bayi anda.
Pada minggu ini embrio akan menempel pada uterus, atau dipanggil implantasi.
Setelah ditempel, janin akan menghasilkan hormon dipanggil human chorionic gonadotropin (HCG), yang membantu mengekalkan lapisan uterus dan juga menghantar isyarat kepada ovari supaya berhenti mengeluarkan telur setiap bulan, lantas menyebabkan haid bulanan anda terhenti. Sesetengah wanita mungkin mengalami sedikit kekejangan dan titisan darah sewaktu minggu ini semasa implantasi berlaku, dan mereka mungkin menyangkakan ini sebagai darah haid disebabkan waktu keluarnya pada sekitar waktu diramalkan haid.
HCG ialah hormon yang diukur dalam ujian kehamilan. Minggu ini ujian kehamilan kemungkinan besar dapat mengesan kehamilan anda! HCG juga menyebabkan simptom kehamilan yang akan kelihatan pada minggu ini. Anda mungkin berasa penat, kebas atau sakit dada, loya. Simptom ini boleh disalah anggap sebagai haid. Tetapi jika sehingga hujung minggu ini, haid anda tidak berlaku, maka kehamilan anda telah berlaku!
Anda mungkin tertanya-tanya jika anda mengalami simptom awal kehamilan. Antara tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin hamil ialah:
Jika anda mengalami sebarang simptom, anda boleh memastikannya dengan ujian kehamilan. Ujian kehamilan boleh dilakukan seawal hari pertama anda terlepas haid.
Maklumkan doktor jika anda mengalami tanda dan simptom kehamilan. Jika anda risau tentang sebarang perubahan pada badan anda, doktor anda adalah orang terbaik yang dapat membantu anda. Ini ialah masa yang sesuai untuk menemui doktor OBGYN (doktor yang khusus dalam kehamilan dan bersalin) yang sesuai dengan anda. Doktor OBGYN anda akan menyambut kelahiran bayi anda. Adalah penting untuk menemui doktor yang anda sukai dan pastikan doktor tersebut sentiasa dimaklumkan dengan keadaan anda.
Satu-satunya ujian yang perlu anda ketahui ialah ujian kehamilan. Jika anda tidak menggunakannya minggu lepas, ini ialah masa yang baik untuk mencubanya sekarang.
Ujian kehamilan ini mungkin mengelirukan untuk dibaca. Keputusannya mungkin tidak jelas bagi sesetengah orang. Anda juga mungkin perlu menguji beberapa kali untuk memastikan keputusannya.
Wanita hamil tidak boleh menderma darah. Secara teorinya, menderma darah sewaktu hamil boleh menyebabkan anemia disebabkan pengurangan zat besi. Tambahan pula proses derma darah belum dibuktikan selamat untuk wanita hamil. Jadi, penganjur program derma darah kebiasaannya tidak membenarkan wanita hamil menderma darah. Wanita yang baru sahaja melahirkan anak juga tidak patut mendermakan darah. Persatuan Bulan Sabit Merah menyarankan anda menunggu sehingga 6 minggu selepas kelahiran. Selepas tempoh tersebut, anda boleh menderma darah walaupun sedang menyusu badan.
Kebanyakan wanita yang pernah hamil boleh mendermakan darah tetapi bagi sesetengah wanita, kehamilan mungkin menjejaskan keupayaan mendermakan platelet. Darah daripada sesetengah wanita yang mempunyai antibodi tertentu boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit yang menerima darah. Pusat pendermaan darah boleh menguji kandungan antibodi dalam darah anda sebelum membenarkan anda menderma platelet.
Jom lihat bagaimaa bayi anda membesar dalam minggu ke-5!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed May 27, 2016.
Your pregnancy – 4 weeks http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-4-weeks_1080.bc. Accessed May 27, 2016.
Pregnancy Calendar – week 4 http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week4.html. Accessed May 27, 2016.
4 Weeks Pregnant. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/week-by-week/week-4.aspx. Accessed May 27, 2016.
Versi Terbaru
26/11/2019
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel