home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Mengurus Hipertensi Kronik Semasa Kehamilan

Mengurus Hipertensi Kronik Semasa Kehamilan

Apabila tekanan darah anda meningkat kira-kira 140/90 atau lebih, atau hanya satu angka menaik, ini bermaksud anda mempunyai tekanan darah tinggi. Kebanyakan wanita dengan tekanan darah tinggi boleh mengandung secara normal. Walau bagaimanapun, tekanan darah tinggi semasa mengandung boleh menyebabkan anda dan bayi anda mengalami komplikasi tertentu. Kita perlu membezakan antara hipertensi kronik dengan hipertensi kehamilan. Hipertensi kronik berlaku apabila anda mempunyai tekanan darah tinggi sebelum anda mengandung 20 minggu atau bertahan lebih lama daripada 12 minggu selepas melahirkan.

Bagaimanakah menguruskan hipertensi kronik semasa hamil?

Walaupun kita tidak dapat merawat hipertensi kronik sepenuhnya, namun terdapat banyak cara untuk menguruskan tekanan darah anda semasa mengandung dangan baik. Cara terbaik untuk menjaga bayi anda sedang berkembang adalah dengan menjaga diri anda, beberapa caranya adalah:

  • Makan makanan yang sihat, dan mengehadkan pengambilan garam terutamanya kerana garam mengandungi natrium yang akan menjadikan tekanan darah lebih tinggi.
  • Tunaikan semua temujanji pra-natal anda dengan doktor.
  • Aktif secara fizikal, walaupun pegawai penjagaan kesihatan anda mungkin membiarkan anda beristirahat jika anda mengalami preeklampsia. Berjalan atau berenang beberapa kali seminggu adalah baik untuk anda dan bayi anda.
  • Jangan merokok, minum alkohol, atau mengambil dadah tanpa nasihat doktor. Adalah sangat penting untuk menurunkan tekanan darah anda dan membantu bayi anda menjadi sihat.
  • Pantau berat badan anda. Doktor atau bidan anda boleh membantu anda menetapkan matlamat berat sewaktu kehamilan supaya berat badan anda tidak berlebihan.
  • Cuba pastikan tahap stres anda rendah. Walaupun ini mungkin sukar dilakukan, terutamanya jika anda terus bekerja, mempunyai anak kecil, atau mempunyai jadual yang sibuk. Tetapi ia dapat membantu anda dan bayi anda menjadi lebih sihat. Justeru itu, anda harus cuba mencari sedikit masa untuk berehat.

Tekanan darah biasanya menurun sewaktu peringkat awal kehamilan, jadi ubat sering tidak diperlukan untuk hipertensi kronik melainkan tekanan darah meningkat ke paras yang lebih tinggi. Anda perlu bertanya kepada doktor sebelum menggunakan ubat hipertensi kerana hanya sebilangan ubat yang selamat untuk ibu mengandung. Ubatan tersebut adalah ‘inhibitor ACE’ (angiotensin-converting enzyme inhibitors) dan ‘angiotensin II receptor blockers’ (ARBs). Doktor anda mungkin mencadangkan anda mengambil aspirin dalam dos rendah semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan anda untuk mengurangkan risiko preeklampsia.

Anda perlu menjaga kesihatan anda, kerana adalah sangat penting apabila anda mempunyai hipertensi kronik dan sedang hamil. Ini untuk membantu anda menjaga kesihatan anda dan agar bayi anda dilahirkan dengan selamat dan sihat.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Chronic high blood pressure in pregnancy. https://www.babycenter.com/0_chronic-high-blood-pressure-in-pregnancy_1427404.bc. Accessed on March 26, 2017.

High Blood Pressure During Pregnancy. http://americanpregnancy.org/pregnancy-complications/high-blood-pressure-during-pregnancy/. Accessed on March 26, 2017.

High blood pressure and pregnancy: Know the facts. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20046098. Accessed on March 26, 2017.

Pregnancy and Chronic High Blood Pressure – Topic Overview. http://www.webmd.com/baby/tc/pregnancy-and-chronic-high-blood-pressure-topic-overview. Accessed on March 26, 2017.

High Blood Pressure During Pregnancy – Topic Overview. http://www.webmd.com/baby/tc/high-blood-pressure-during-pregnancy-topic-overview#1. Accessed on March 26, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin Disemak pada 27/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x