Ibu Mengandung, JANGAN Ambil 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 11/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Semasa mengandung, macam-macam benda terasa ingin disuap ke mulut. Tetapi ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita hamil. Ingin tahu apakah makanan tersebut?

Wanita hamil perlukan makanan berkhasiat

Seorang wanita hamil perlu memastikan setiap makanan yang diambil membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk janin membesar dan berkembang dengan baik. Selain itu badan juga perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik untuk bersedia dengan perubahan.

Untuk proses kehamilan yang sihat, diet pemakanan ibu mengandung perlulah seimbang dan berkhasiat. Ia perlu mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan lemak serta mengambil pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.

Sesetengah diet pemakanan wanita hamil mungkin dipengaruhi kepercayaan bangsa, keperluan asas agama atau berdasarkan tahap kesihatan. Jadi pastikan anda mendapatkan rundingan dan nasihat doktor sebelum merancang sebarang diet kehamilan.

Tetapi bukan semua makanan boleh diambil dan dimakan oleh wanita hamil. Ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita yang sedang mengandung. Ia adalah kerana kesan yang mungkin berlaku kepada diri atau bayi dalam kandungan.

wanita hamil

4 makanan harus dielakkan

Jom semak senarai 4 makanan perlu dihindari wanita hamil:

  1. Makanan laut tinggi merkuri

Merkuri adalah 1 elemen bertoksik tinggi dan biasanya ditemui di kawasan laut yang tercemar. Jadi wanita yang sedang hamil sangat perlu mengelakkan daripada memakannya.

Pengambilan makanan bermerkuri boleh mendatangkan kesan kepada bayi dalam kandungan. Ia menyebabkan perkembangan bayi menjadi lambat dan berisiko meningkatkan masalah kerosakan saraf bayi.

Kandungan merkuri yang tinggi dalam makanan berisiko menjejaskan sistem imun badan, fungsi buah pinggang serta sistem saraf.

Jika ibu hamil ingin memakan makanan laut, pastikan anda mengehadkan pengambilannya sekitar 1 atau 2 kali sebulan dalam jumlah yang sedikit.

Antara makanan yang mengandungi merkuri adalah:

  • Ikan makarel
  • Ikan tuna
  • Ikan yu
  1. Ikan mentah

Jika anda penggemar makanan sushi terutamanya yang mengandungi ikan mentah, sila berikan perhatian. Ini kerana ia tersenarai antara 9 jenis makanan harus dielakkan wanita hamil.

Ikan mentah berisiko menyebabkan pelbagai jangkitan seperti norovirus, Vibro, Salmonella dan Listeria. Sesetengah jangkitan mungkin hanya mendatangkan kesan kepada ibu mengandung, menjadikan mereka lemah dan terhidrasi.

Namun, terdapat juga jangkitan yang menjejaskan bayi dalam kandungan. Ia boleh memberikan kesan serius sehingga menyebabkan kematian bayi dalam kandungan. 

  1. Daging separuh masak, mentah dan diproses

Pengambilan daging separuh masak atau mentah boleh meningkatkan risiko jangkitan beberapa bakteria atau parasit termasuklah Toxoplasma, E.coli, Listeria dan Salmonella.

Bakteria tersebut boleh mengancam kesihatan bayi yang belum lahir, menyebabkan kematian atau penyakit neurologi kronik termasuk ketidakupayaan intelektual, buta dan epilepsi. 

Daging yang diproses seperti sosej atau daging burger juga adalah makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana jenis daging ini mungkin dijangkiti pelbagai bakteria dalam proses penghasilan atau penyimpanannya.

  1. Telur mentah

Jika anda peminat telur separuh masak atau mentah, ketahuilah bahawa ia juga termasuk dalam makanan harus dielakkan oleh ibu mengandung.

Ini kerana telur mentah mungkin mengandungi Salmonella. Antara simptom jangkitan yang mungkin dialami ibu hamil adalah demam, loya, muntah, kekejangan perut dan cirit-birit. 

Walau bagaimanapun, ia bukanlah kes yang biasa berlaku dan ini mungkin terjadi disebabkan kulit telur yang tidak dibasuh bersih. 

Dalam sesetengah kes, ia mungkin menyebabkan kekejangan pada uterus. Keadaan ini cenderung menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau kematian bayi dalam kandungan.

Jadi ibu hamil semua, pastikan telur yang akan anda ambil masak sepenuhnya, okay?

9-jenis-makanan-harus-dielakkan

Pentingkan kebersihan

Makanan yang bersih adalah 1 perkara yang perlu dititikberatkan oleh wanita hamil. Elakkan memakan buah-buahan atau sayuran yang tidak dibasuh kerana ia mungkin mengandungi bakteria dan parasit.

Jadi pastikan makanan yang akan diambil terjamin kebersihannya. Hindari jenis-jenis makanan harus dielakkan jika anda tidak mahu berdepan sebarang komplikasi sepanjang tempoh kehamilan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Bersalin secara pembedahan caesarean bermakna memerlukan lebih penjagaan terutamanya pada parut czer. Jom kenal pasti tanda-tandanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

    Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

    Suntikan depo provera lazim digunakan bagi mengelakkan kehamilan daripada berlaku. Seperti ubat lain, ia turut mempunyai kesan sampingan seperti...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    merancang kehamilan

    Usah Gusar, Penghidap Talasemia Masih Berpeluang Miliki Zuriat, Cuma Kena Tahu Risikonya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    libido wanita hamil

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit punggung ketika hamil

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    wanita hamil

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan