
Semasa kehamilan, wanita mungkin akan mengalami beberapa jenis ketidakselesaan. Simptom ini adalah berbeza bergantung kepada individu. Berikut merupakan huraian ketidakselesaan dan perubahan yang berlaku pada badan anda semasa hamil.
Mual dan muntah-muntah
Mual dan muntah-muntah adalah dua simptom yang dialami oleh kebanyakan wanita ketika trimester pertama ataupun sepanjang tempoh kehamilan. Ia selalunya berada pada tahap yang paling teruk ketika waktu pagi disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan wanita.
Keletihan
Keletihan akan berlaku apabila anda ingin menyesuaikan diri dengan kehamilan. Dalam beberapa kes, keletihan ini akan mengakibatkan anemia apabila sel darah merah dalam badan anda mengurangkan kadar oksigen yang dibawa dan kadar zat besi juga menurun.
Hemorrhoids
Hemorrhoids ini boleh berlaku ketika tempoh kehamilan. Ketika ini, rektum dan perineum anda sedang berada dalam tekanan. Selain itu, risiko sembelit dan sel darah anda juga akan meningkat.
Vena Varikos
Anda mungkin akan perasan terdapat kebengkakan pada salur vena di kaki dan sekitar bukaan faraj anda. Anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal semasa lewat kehamilan anda.
Senak dan pedih ulu hati
Sentiasa ingat untuk makan dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan berbaring selepas makan. Ini dapat mengurangkan senak dan pedih ulu hati semasa kehamilan.
Gusi berdarah
Wanita hamil juga kerap mengalami gusi berdarah akibat daripada peningkatan aliran darah. Simptom ini kebiasaannya akan hilang selepas melahirkan anak.
‘Pica’
‘Pica’ ialah gangguan pemakanan yang membuat seorang wanita hamil ingin makan bahan bukan makanan seperti pasir, tanah atau arang yang tidak mempunyai sebarang nutrisi.
Pembengkakan atau retensi air
Pembengkakan yang tidak serius adalah biasa ketika kehamilan. Namun begitu, pembengkakan yang teruk sebenarnya boleh menjadi petanda praeklampsia. Segera berjumpa doktor jika terdapat pembengkakan yang abnormal pada abdan anda.
Perubahan pada kulit
Anda mungkin akan perasan terdapat tompok berbeza dengan warna kulit pada muka, dahi atau pipi. Kondisi ini dinamakan ‘mask of pregnancy’ dan kebiasaannya akan hilang selepas melahirkan bayi.
‘Stretch mark’
Disebabkan oleh pertambahan berat badan yang mendadak, ‘stretch mark’ yang berwarna seakan kemerahan akan muncul pada abdomen, payudara, paha atau punggung.
Infeksi yis
Anda juga bersiko dijangkiti infeksi yis. Simptomnya termasuklah lelehan berwarna keputihan yang keluar daripada faraj.
Hidung tersumbat atau hidung berdarah
Peningkatan aliran darah mampu menyebabkan hidung tersumbat pada saluran pernafasan lalu menyebabkan hidung berdarah.
Sembelit
Anda mungkin akan mengalami sembelit kerana sistem pencernaan dan pergerakan usus terganggu akibat terdapat tekanan pada rektum dan usus serta perubahan hormon.
Sakit belakang
Apabila berat badan anda meningkat semasa hamil, keseimbangan normal anda akan terjejas kerana pusat graviti anda telah berubah tempat. Ini akan menyebabkan sakit belakang.
Pening
Pening kepala tidak dapat dielakkan semasa kehamilan. Banyak punca yang boleh menyebabkannya termasuklah kurang tekanan darah, kurang tekanan gula, kurang zat besi, terlalu banyak bergerak atau dehidrasi.
Sakit kepala
Perubahan pada kadar hormon akan menyebabkan sakit kepala, terutamanya pada trimester pertama kehamilan. Anda boleh melegakan simprom ini dengan banyakkan berehat serta mengambil nutrisi dan air yang mencukupi.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: