Buasir adalah sejenis penyakit yang boleh terjadi pada sesiapa sahaja termasuklah individu yang sedang hamil. Persoalannya, apakah kesan buasir kepada ibu mengandung?
Adakah kehamilan itu akan terjejas? Tenang, sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai buasir ketika hamil dengan lebih lanjut!
Apakah itu buasir?
Buasir atau hemoroid merupakan satu kondisi urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur.
Di dalam saluran dubur yang menghubungkan rektum dengan anus, terdapat beberapa saluran darah lembut yang akan membantu individu ketika membuang air besar dengan merembeskan mukus.
Hemoroid akan terjadi apabila terdapat pembengkakan pada saluran-saluran darah ini.
Saluran darah yang membengkak ini akan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar dan seterusnya akan membentuk sebuah benjolan yang kecil dan lembut.
Benjolan ini boleh dirasai oleh anda dan akan mendatangkan kegatalan serta kesakitan. Ini juga merupakan kesan buasir kepada ibu mengandung.
Jadi, sila berjumpa doktor sekiranya anda berasa tidak selesa pada punggung anda ya!
Ibu hamil juga boleh mengalaminya? Apa kesan buasir kepada ibu mengandung?
Buasir juga boleh terjadi ketika sedang hamil.
Kondisi ini mungkin akan terjadi kepada ibu hamil terutamanya ketika trimester ketiga kehamilan.
Ini kerana pada ketika ini rahim akan memberi tekanan kepada urat-urat di sekitarnya lalu menyebabkan saluran darah membengkak.
Selain itu, ibu hamil cenderung mengalami hemoroid dan juga sembelit atas faktor perubahan hormon yang berlaku dalam badan.
Perubahan hormon ini akan mengakibatkan sistem pencernaan badan menjadi lemah sekali gus meninggikan kesan buasir kepada ibu mengandung.
Antara punca lain ibu hamil mengalami masalah hemoroid adalah pengambilan vitamin pranatal.
Meskipun tujuan utama pengambilan vitamin tersebut adalah memastikan kesihatan bayi dan ibu, namun vitamin-vitamin ini turut hadir dengan besi sintetik yang boleh menyumbang kepada masalah sembelit.
Bukan sahaja ketika sedang hamil, hemoroid juga berisiko terjadi ketika ibu hamil sedang dalam proses melahirkan bayi.
Buasir mungkin akan berlaku ketika ibu hamil meneran untuk menolak bayi keluar.
Cara mencegah kesan buasir kepada ibu mengandung
Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Oleh itu, sebelum mengalaminya, wajar untuk ibu hamil cuba untuk mengambil langkah awal mencegah hemoroid bagi mengelakkan kesan buasir kepada ibu mengandung.
Berikut merupakan beberapa tip mencegah buasir ketika hamil:
- Minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan hidrasi
- Makan makanan yang mempunyai serat tinggi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Segera ke tandas untuk membuang air untuk mengelakkan najis kering dan keras
- Ketika sedang membuang air besar, julurkan kaki ke atas bangku. Ini akan membantu meluaskan ruang untuk mengeluarkan najis
- Lakukan senaman sekerap mungkin
- Berjumpa pakar obstetrik untuk mendapatkan preskripsi julap yang selamat diambil ketika hamil
Bagaimanakah merawat buasir ketika hamil?
Sekiranya keadaan ini sudah terjadi, anda tidak perlu risau kerana kondisi ini boleh dirawat dan diubati. Perkara yang paling penting adalah segera berhubung dengan pakar perubatan.
Berikut merupakan beberapa tip merawat buasir ketika hamil:
- Gunakan tekanan sejuk seperti plastik berisi ais untuk mengurangkan bengkak serta melegakan kesakitan dan kegatalan di sekitar kawasan buasir
- Cuci kawasan hemoroid dengan lembut dan bersih setiap kali selepas membuang air besar kemudian keringkannya dengan tisu
- Elakkan menggaru kawasan buasir kerana perbuatan ini hanya akan menjadikannya lebih teruk
- Gunakan jari anda untuk menolak masuk buasir yang terkeluar itu perlahan-lahan
- Berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi ubat sapu atau ubat supositori yang perlu dimasukkan ke dalam dubur untuk melegakan kegatalan dan kesakitan
Dalam kebanyakan kes, hemoroid akan mengecut dan kesan buasir kepada ibu mengandung sembuh dengan sendirinya apabila tubuh badan anda sudah pulih sepenuhnya selepas melahirkan bayi.
Pun begitu, terdapat juga kes-kes di mana kondisi buasir ini berada pada tahap yang teruk.
Kes sebegini memerlukan rawatan yang lebih drastik contohnya penggunaan suntikan bahan kimia, cahaya inframerah ataupun penggunaan gelang getah untuk mengikat dasar buasir sehingga ia mengecut dengan sendiri.
Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mungkin sedang mengalami hemoroid, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut okay!
[embed-health-tool-ovulation]