backup og meta

6 Tip Turunkan Berat Badan Semasa Menyusu, Bayi Pun Akan Dapat Nutrisi Yang Sama!

6 Tip Turunkan Berat Badan Semasa Menyusu, Bayi Pun Akan Dapat Nutrisi Yang Sama!

Penyusuan susu ibu adalah peringkat yang sangat penting untuk bayi anda, jadi anda harus makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Dengan disiplin dan amalan pemakanan yang betul, anda boleh kuruskan badan anda.

Malah, pemakanan yang sihat dan seimbang serta senaman yang kerap, anda boleh berjaya kehilangan berat badan lebih banyak dan pada masa yang sama memastikan bayi tidak kekurangan nutrisi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Cara kuruskan badan dengan cepat

Berikut adalah beberapa cara kuruskan badan yang anda boleh cuba:

#1. Cara turunkan berat badan 3 kg seminggu dengan buah-buahan dan sayur-sayuran

kuruskan badan
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkhasiat.

Semasa menyusu, jangan lupa untuk memasukkan pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran dalam pemakanan anda. 

Ini akan menyediakan vitamin dan mineral yang paling diperlukan dalam tubuh anda dan yang secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada bayi. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga memberikan tubuh anda komponen cecair yang juga sangat penting dalam pembentukan susu ibu.

#2. Protein

Diet anda harus kaya dengan protein jika anda ingin kuruskan badan kerana:

  • Ini akan memastikan pengukuhan otot bayi dan juga memberi tenaga serta kekuatan yang diperlukan.
  • Apabila anda kurang mengambil protein, anda akan berasa letih dan bekalan susu anda juga mungkin terjejas.

#3. Lemak baik

Semasa fasa penyusuan badan, badan anda juga memerlukan lemak. Tetapi ini tidak sepatutnya menjadi lemak yang tidak sihat. 

Oleh itu, selain daripada lemak mono dan polyunsaturated, anda harus elak daripada lemak yang tidak sesuai. 

Mengambil lemak lain bukan sahaja akan menyebabkan penyakit jantung tetapi juga menambahkan berat badan anda.

Cara turunkan berat badan 3 kg seminggu #4. Cara kuruskan badan dengan minum banyak air

Air sangat penting untuk ibu menyusu dan ia berfungsi sebagai minuman terbaik.

Ibu menyusu harus mengambil sekurang-kurangnya 12-16 cawan air setiap hari. Setiap cawan mestilah kira-kira 150-180ml.

Air membantu menjaga agar tubuh anda bebas dan sentiasa terhidrasi.

#5. Daging dan ikan

Ada yang mengatakan bahawa makan daging mungkin tidak bermanfaat semasa menyusu, tetapi jangan lupa bahawa ia adalah sumber protein dan asid lemak omega 3 yang sangat baik. Masukkan daging ke dalam diet anda untuk turun berat badan 1 kg sehari semasa menyusu.

Anda harus cuba makan daging tanpa lemak atau daging putih bukannya merah. Ini termasuk pemotongan ayam.

Kebanyakan makanan laut adalah daging putih; pilih ikan dengan kandungan merkuri yang rendah.

kuruskan badan
Makanan terbaik untuk badan anda.

#6. Tip kuruskan badan dengan bersenam

Idea untuk memakan diet di atas tidak berguna jika anda tidak melakukan beberapa latihan harian. Kami mengesyorkan anda untuk melakukan senaman kuruskan badan seperti berjalan sekurang-kurangnya 30-45 minit sehari.

Pada peringkat awal penyusuan badan, anda tidak boleh mengambil senaman yang ketat tetapi jumlah aktiviti fizikal yang kecil dapat membuat anda aktif.

Anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui latihan yang sesuai untuk anda.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How To Lose Weight While Breastfeeding. https://health.clevelandclinic.org/postpartum-weight-loss. Diakses 25 Oktober 2024.

Many breastfeeding mothers lose weight. https://www.uclahealth.org/news/article/many-breastfeeding-mothers-lose-weight. Diakses 25 Oktober 2024.

Losing weight after pregnancy. https://www.mountsinai.org/health-library/selfcare-instructions/losing-weight-after-pregnancy. Diakses 25 Oktober 2024.

Women’s Wellness: Breastfeeding and weight loss. https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/womens-wellness-breast-feeding-and-weight-loss/. Diakses 25 Oktober 2024.

Losing weight safely after birth. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/losing-weight-after-birth-safely. Diakses 25 Oktober 2024.

Versi Terbaru

25/10/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ini 3 Pilihan Selamat Untuk Keluarkan Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Perut Ibu Mengandung Kecil Lagi-Lagi Kalau Hamil Kali Pertama, Adakah Ia Normal?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan