Kenali Ubat yang Selamat & Berbahaya diambil semasa Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pengambilan ubat tanpa preskripi adalah perkara yang tidak mampu dielakkan bagi wanita hamil. Ini kerana pelbagai ketidakselesaan kesihatan yang mereka hadapi disebabkan perubahan hormon dan pelarasan badan semasa hamil membuatkan ibu kadangkala mencari ubat tanpa preskripsi. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana ini adalah keadaan biasa yang dilalui oleh wanita hamil. Namun, adalah penting untuk anda tahu jenis-jenis ubat yang selamat dan tidak selamat untuk wanita hamil. Dengan cara ini boleh membantu menghalang berlakunya sebarang risiko mendapat komplikasi kehamilan seperti keguguran, bayi mati dalam kandungan (stillbirth), dan kecacatan kelahiran.

Ubat yang benar-benar selamat diambil semasa hamil

Hakikatnya, tiada sebarang ubat dari segi perubatan yang 100% selamat untuk kehamilan, tidak kiralah jika dengan preskripsi, tanpa preskripsi, suplemen, ataupun herba. Jadi, diwajibkan bagi setiap wanita hamil untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor jika ingin mengambil suatu jenis ubat yang baru ataupun menukar pengambilan ubat mereka sekarang ini. Ibu hamil perlu mengikuti dos yang ditetapkan bagi mengelakkan penyalahgunaan ubat ataupun terlebih dos.

Ubat yang biasanya selamat untuk kehamilan

Kebarangkalian kandungan terjejas adalah rendah jika anda mengikuti pengambilan ubat dengan dos yang disarankan, dan hanya mengambilnya semasa diperlukan sahaja:
– Acetaminophen (Nama komersil: Anacin Aspirin-Free, Tylenol, Shake that Ache): Digunakan untuk merawat demam, selesema, sakit, pening kepala atau demam panas. Jangan ambil acetaminophen lebih daripada 3 hari berturut-turut untuk demam, dan jangan ambil lebih daripada 10 hari berturut-turut untuk melegakan sakit.
– Antacids (Nama komersil: Maalox, Mylanta, Rolaids, Tums)/Simethicone (Nama komersil: Gas-X, Maalox Anti-Gas, Mylanta Gas, Mylicon): Digunakan untuk merawat pedih hulu hati dan perut bermasalah seperti sakit perut dan perut kembung.
– Psyllium (Nama komersil: Metamucil, Perdiem)/ Polycarbophil (Equalactin, Mitrolan): Julap serat dan melembutkan najis.
– Dextromethorphan (Nama komersil: Benylin Adult, Vicks 44): Ubat untuk melegakan batuk
– Guaifenesin (Nama komersil: Hytuss, Mucinex): Ekspektoran (Agen yang merangsang pelepasan mukus dalam sistem pernafasan). Walau bagaimanapun, doktor menyarankan supaya wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan ubat ini semasa trimester akhir.
Krim buasir/ hemorrhoid (Nama komersil: Witch hazel, Preparation H, Tucks)
– Ubat tidur hanya dibenarkan jika diambil pada jangka pendek.
Suplemen nutrien: Asid folik adalah amat disarankan untuk menghalang kecacatan kelahiran. Selain itu, ibu hamil juga perlu mengelakkan daripada pengambilan vitamin A berlebihan kerana boleh meracun bayi.

Ubat yang berbahaya semasa hamil

Ubat-ubat di bawah adalah sangat perlu dielakkan semasa hamil kerana telah terbukti boleh membahayakan janin.
– Aspirin, ibuprofen (Nama komersil: Advil, Motrin) dan naproxen (Nama komersil: Aleve): ubat untuk merawat demam, selesema, sakit kepala, dan demam. Acetaminophen (Tylenol) terbukti merupakan alternatif yang berkesan menggantikan aspirin dan ibuprofen.
– Isotretinoin (Nama komersil: Accutane, Absorica): ubat untuk merawat jerawat
– Thalidomide (Nama komersil: Thalomid): ubat untuk merawat pelbagai penaykit myeloma dan penyakit kulit tertentu
Perencat enzim penukaran-Angiotensin (ACE): Ubat untuk merawat kegagalan jantung kongestif dan tekanan darah tinggi. Ubat-ubat ini hanya boleh diambil semasa trimester pertama.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

    "Kenapa aku rasa kejang perut, padahal bukan tengah haid pun.." Pernahkah senario ini terjadi kepada anda? Anda pasti keliru bukan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Usah Gusar, Penghidap Talasemia Masih Berpeluang Miliki Zuriat, Cuma Kena Tahu Risikonya

    Penghidap penyakit talasemia tidak boleh memiliki cahaya mata? Pada yang sedang merancang kehamilan, anda boleh mengandung, cuma ada risiko perlu difahami.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Menyusu Badan Sebab Itu Period Tidak Teratur? TAK SEMESTINYA! Ia Mungkin Kerana Hormon Ini…

    Tahukah kalian bahawa wanita mungkin akan mengalami period tidak teratur akibat menyusu bayi dengan badan? Jom klik artikel untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Penyakit kanser kesan daripada duduk terlalu lama? Bahaya, cuba baca artikel ini. Pastikan anda bukan dari golongan mereka yang terlalu banyak duduk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    stres pasca trauma

    Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    kanser hati

    Apa Itu Kanser Hati: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan
    kekuatan otot

    Usia Baru Masuk 30-an Tapi Badan Rasa ‘Lemau’? Ini Ada Senaman Sesuai Untuk Anda Kuatkan Otot

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang pelvik

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan